Cara Guna Al Quran Digital Mushaf AlFatih

 Tutorial : Cara Guna Al Quran Digital Mushaf Al Fatih


cara guna al quran digital mushaf al fatih

Assalamualaikum semua, sila pastikan di dalam set Al Quran Digital Mushaf Al Fatih, anda dapat kesemua set di atas ya.

Produk Al Fatih yang boleh digunakan dengan pen Al Qolam adalah:-

  • 1. Al Quran Al Fatih
  • 2. Buku Teknik Fasih Mengaji
  • 3. Al Quran Portable

Al Quran Digital Mushaf Al Fatih


Pada Al Quran Mushaf Al Fatih anda boleh membaca:-

cara guna al quran digital mushaf al fatih



  • Perkataan
  • Ayat
  • Halaman
  • Asma Ul Husna

Buku Teknik Fasih Mengaji 


cara guna al quran digital mushaf al fatih



Buku teknik fasih mengaji ini sebenarnya ialah Iqra. Cara susunan belajar adalah lebih tersusun dan lengkap berbanding iqra pink yang biasa digunakan di Malaysia. Oleh itu anak-anak anda dapat belajar dengan lebih mendalam dan lebih mahir dengan contoh-contoh dan latihan di buku teknik fasih mengaji dari Al Qolam

Al Quran Portable


cara guna al quran digital mushaf al fatih


Al Quran Portable ni sebenarnya sekeping kad yang mengandungi 114 surah yang ada di dalam Al Quran. Seperti MP3 kad. Anda tekan sahaja pada mana-mana surah, pen akan bacakan surah tersebut. Mudah kan?


Baiklah jom kita belajar cara menggunakan Pen Al Qolam bagi Mushaf Al Fatih

Cara Guna Pen Quran Digital Mushaf Al Fatih

Al Quran, Buku teknik dan kad portable telah dicodingkan dan perlukan pen al Qolam untuk mengenali produk-produk ini dahulu sebelum digunakan.

1. Tekan butang power dan bila ON akan keluar audio al Qolam.
2. Selepas On, barulah anda tekan pada mana-mana set Al Fatih di muka hadapan atau pada ruang yang diminta untuk anda tekan. Sebagai contoh,

Untuk mulakan bacaan pada Mushaf Al Fatih, anda perlu letakkan hujung pen Al Qolam pada cover Al Quran, pen digital tersebut akan mengenali apakah produk tersebut, menyebut namanya dan kemudian barulah anda mula membaca al Quran. 

Lihat bagaimana caranya di video ini ya



Di mana nak letak atau sentuh pen al Qolam?


Perkataan - letak sahaja pada perkataan tersebut
Ayat - letak pada number ayat
Halaman - letak pada surah halaman tersebut
Surah - gunakan kad portable al Quran
Alif baa taa dan iqra - gunakan buku teknik fasih mengaji

Saya kongsikan juga cara mudah untuk anda fahami al Quran mushaf al fatih secara bergambar


cara guna al quran digital mushaf al fatih


Semoga entri ini membantu anda semua!


Jika ada sebarang masalah, boleh contact saya semula Puan Emme Marina ya. Insya Allah kami akan cuba bantu sebaiknya berkaitan Set Al Quran Digital Mushaf Al Fatih ni.



Catat Ulasan

0 Ulasan