Review Tunas Manja Cafe (TMG Mart)

Hari ini saya nak review TMG Cafe atau nama penuh TMG ialah Tunas Manja Group. Tahukah anda Tunas Manja merupakan sebuah pasaraya negeri Pahang? Ya betul. Bermula dari tahun 1981, di daerah Kuantan. 

Pokoknya dengan isu boikot di sekeliling kita ni kan, eloklah kiranya kita sokong syarikat tempatan, tetapi ingat juga ya, turutan pembelian kita sebagai seorang muslim adalah:

  1. Beli produk Muslim local
  2. Support produk Bumiputera
  3. Support produk barangan dan syarikat di Malaysia
  4. Elak membeli barangan oversea khususnya dari US dan Penyokong Israel

Review Tunas Manja (TMG) Cafe

tunas manja tmg cafe



TMG Cafe tidak besar dan terletak di sebuah taman yang sedang pesat iaitu di Taman Tas. Jarak lebih kurang 5-10 KM dari rumah saya. Bolehlah sekadar nak cari minuman latte, ubah suasana dan paling best mencari pengganti ais krim untuk anak-anak. Rupanya sedap juga ya Oden yang dijual di sini, Familymart lain ceritalah kan, tetapi jika Oden, nampaknya saya sudah jumpa tempat untuk "me time" seorang diri sambil mata menjeling ke dalam pasaraya. 


tunas manja tmg cafe

Kecil sahaja TMG Cafe Taman Tas, anda mungkin nampak tak ramai kan, kosong. Sebabnya saya datang waktu kerja. Suri rumah katakan, memanglah datang time tak busy. So best la nak lepak kat sini dengan anak sambil menjerit (anak saya lasak).


tunas manja tmg cafe

TMG Cafe ini makanan berat tak silap saya ialah Oden. Lain-lain ialah pastries, bread, ada juga dijual ayam goreng, waffle dan air kopi serta boba milk. Harga juga tidak terlalu mahal. 

Harga Oden bermula dengan RM2.50 (set standard)

tunas manja tmg cafe


tunas manja tmg cafe

Paling disukai adalah ais krim mereka ni sedap! Serta tak mudah cair. Ada dua perisa iaitu coklat dan vanilla. Harga kon RM2.50, manakala cup RM3.50. 

tunas manja tmg cafe

Boleh tahan juga rasa Oden di TMG Cafe, Tunas Manja ni. Saya order air Capuccino ni pun sedap juga, bolehlah ganti Mc Donald's Cafe. Harga RM4.90 tak silap saya (lupa dah)


tunas manja tmg cafe

Apa pendapat orang Kuantan semua? Jika anda di luar kuantan, boleh cek outlet Tunas Manja kay.


Mengenai Pasaraya Tunas Manja (TMG)

tmg mart pasaraya tunas manja pahang


Tunas Manja Group ni merupakan syarikat pasaraya local Pahang. Kebanggaan Pahang jugalah ini ya TMG Mart ialah dari Tunas Manja Sdn Bhd (TMSB) sudah mempunyai 85 stores seluruh Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, dan juga Klang Valley. 

TMG Mart kepunyaan syarikat Malaysia, non muslim, menurut The Edge Malaysia

Maybulk's recently-appointed directors Datuk Chin Yoke Choon and Datuk Chin Yoke Kan own 16% in the group through Tunas Capital Sdn Bhd. The duo each own a 35% stake in Tunas Manja, with three family members owning the remaining 30% stake.



Sumber: https://theedgemalaysia.com/article/maybulk-diversifies-grocery-business-rm54-mil-investment


Jenis-Jenis Outlet TMG Mart

Tunas Manja di Kuantan dan seluruh Malaysia ada beberapa jenis:-

1. Borong & Retails (Supermarket)

2. TMG Mart

3. TMG Express 

4. TMG Cafe

Di Kuantan, untuk borong ada di dua tempat iaitu di Indera Mahkota, Tanjung Lumpur dan Batu 11 (dibuka 24 jam).

supermarket tmg borong dan runcit



tmg express


Saya lebih prefer ke TMG Mart Taman Tas kerana lebih dekat dan lebih banyak pilihan berbanding TMG Express di Taman Guru. Ketiga-tiga jenis pasaraya TMG ini memudahkan sebenarnya, anda boleh pilih dan pergi mengikut keselesaan. Oh ya, jangan lupa sign up membership TMG untuk lebih diskaun ya.


Terima kasih semua sudi baca entri review TMG Cafe. Tak semua local chain ni tak ok kan? Dekat Pahang ni, setelah sekian lama baru nak muncul Lotus, Fresh Choice, sebelum ni kita orang Kuantan ni, membeli sama ada di TMG Mart, Nirwana, Pantai Selamat, Eng Hong atau Cowboy, boleh dikatakan kesemua pasaraya ini adalah pasaraya local. 

Jadi memang orang Pahang ni support local ye tak?

Catat Ulasan

0 Ulasan