Senarai Masjid Kids Friendly Untuk Jemaah Terawikh Seluruh Malaysia

 SENARAI MASJID MESRA KANAK-KANAK KETIKA RAMADAN.


‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ

Semalam ada yg bertanya tips bawa anak ke masjid. Jawapan saya tu , sahabat bertanya boleh cari masjid yg sediakan aktiviti & ruang kanak-kanak.

masjid mesra kanak-kanak terawikh



Berikut kami kongsikan senarai masjid-masjid yang mesra kanak-kanak dan menyediakan kemudahan seperti bilik khas dan penjaga untuk kanak-kanak ketika ayah ibu menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Kemaskini di buat pada tahun 2023.


Sekiranya terdapat masjid yang tidak disenaraikan, bolehlah sahabat kongsi dengan menyatakan negeri juga. Kami akan tambah dalam senarai kemudian.

Solat tarawih tidak wajib, namun dengan adanya kemudahan ini ia memberi peluang kepada ayah ibu untuk turut serta mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan ini, di samping membiasakan anak-anak dengan masjid dari kecil.

Antara 'Kids Friendly Mosques' yang bole menjadi pilihan suri untuk dikunjungi bersama suami dan anak-anak. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita dapat mengimarahkan masjid semaksima yang mungkin disamping dapat mendidik anak-anak sedari kecil dengan mendedahkan suasana ibadah di masjid.

Jom sama sama bawa anak-anak ke masjid!

KEDAH
Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani.

PULAU PINANG
Masjid Al Malik Khalid USM
Masjid Taman Tasek Mutiara
Masjid Bandar PERDA, Bkt Mertajam

PERAK
Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar
Masjid Proton, Tanjung Malim
Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas
Masjid Nurussalam, Gerik

SELANGOR
Masjid Bandar Bukit Raja, Klang
Masjid Bandar Seri Putra
Masjid At Taqwa, Bukit Mahkota
Masjid Hasanah, Bangi
Masjid Al-Umm Bangi
Masjid Al Falah USJ9
Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Masjid Puncak Alam
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
Masjid Taman Sutera, Kajang
Masjid Putra Heights, Subang Jaya
Masjid KLIA
Masjid Kota Damansara
Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
Masjid Jalan Templer, Petaling Jaya
Masjid Johan Setia, Klang
Masjid Bukit Antarabangsa
Masjid Petra, Kelana Jaya
Masjid Bandar Rinching
Masjid Al Khairiyah, Sri Gombak
Masjid UIAM, Gombak
Masjid Bukit Indah, Ampang
Surau Al Khausar, Bandar Baru Bangi
Masjid Zaid bin Haritsah, Gombak
Masjid Himmatul Aliyah, Shah Alam
Masjid An Naim, Jalan Kebun
Masjid At Taqwa, Desa Subang Permai
Surau An Nur, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi
Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya
Masjid Setia Alam, Shah Alam
Masjid Al Quddus 1, Seri Kembangan

KUALA LUMPUR
Masjid Wilayah
Masjid At Taqwa, TTDI
Masjid UTM, Jalan Semarak
Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
Masjid KLCC

PUTRAJAYA
Masjid Besi (ada playground).

NEGERI SEMBILAN
Masjid Putra, Nilai.

PAHANG
Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan
Masjid Rompin

JOHOR
Masjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru
Masjid Daing Abdul Rahman, Iskandar Puteri
Masjid Taman Pulai Indah

KELANTAN
Masjid At-Taqwa, Pasir Tumboh
Masjid Saidina Osman, Tanah Merah
Madinah Ramadan, Stadium Sultan Muhammad ke4.

TERENGGANU
Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu)
Madinah Ramadan 'Drawbridge'.
Masjid Al Muktafibillah Shah (Ladang), Kuala Terengganu
Masjid Universiti Malaysia Terengganu

SABAH
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Credit: Parent Connect


-----

Ada beberapa masjid di Selangor khususnya, rakan saya berkongsi ada nursery dan sangatlah memudahkan urusan solat jemaah khususnya di bulan Ramadan. Subhanallah. Seronok kan?

Semoga lebih banyak masjid mesra kanak-kanak ini dilaksanakan sempena bulan mulia ini.



Baca juga:

Catat Ulasan

0 Ulasan