Program Ramadan NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) 2024

Bismillah, mewakili persatuan suri rumah rahmah insya Allah, saya menceritakan serba sedikit program-program yang bakal dan sedang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. 

Bagi pembaca dan rakan suri rumah yang mengikuti blog saya, terima kasih saya ucapkan. Pernah saya menceritakan tentang kewujudan kumpulan sokongan suri rumah yang berdaftar ini pada suatu masa dahulu (tahun 2023)


Baca sini:

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) : NGO Sokongan Para Surirumah


Alhamdulilah, tahun ini diberikan mandat dan kepercayaan untuk menjadi sebahagian dari warga kerja SRR di dalam team multimedia SRR. Team inilah menjadi penggerak menguruskan branding SRR dari segi menyampaikan informasi mengenai persatuan ini melalui sosial media rasmi SRR. 

Saya ditugaskan menguruskan media sosial secara umum, pic bagi FB page SRR. Kami mempunyai akaun Facebook Page, Instagram, Youtube dan TikTok. 

Setiap akaun ini mempunyai pic tersendiri, alhamdulillah. 

Alang-alang sudah bercerita, marilah sahabat ikuti perkembangan semasa NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) ini di platform-platform yang telah saya kongsikan;

Kita sudah pun masuk ke bulan mulia, Ramadan 2024. Team media SRR mulakan dengan penjualan Digital Ramadhan Planner 2024 yang sungguh interaktik dan menarik!

Kudos saya ucapkan buat rakan Puan Zakirah, Puan Maryam dan Puan Wafa di atas usaha mereka menyiapkan planner ramadan ini. Jomlah kita lihat best ke tak best planner ni kan?

digital planner ramadan 2024

digital planner ramadan 2024

digital planner ramadan 2024





Program Ramadan Persatuan Suri Rumah Rahmah SRR


1. Planner Ramadan 
2. Ramadan Workbook for kids
3. Projek Suri delicacies
4. Program Kasih Ramadan SRR
5. Infaq Ramadan 
6. ⁠ Perkongsian artikel ramadan di group Ramadan Di Hati Suri
7. ⁠Suri Tadabbur

Menarikkan? Dan banyak lagi perkongsian yang kami sediakan buat para suri rumah juga. Ada beberapa program yang khusus untuk ahli SRR, jadi jika sahabat berminat bolehlah jadi ahli SRR terlebih dahulu.

jom join persatuan suri rumah rahmah srr

JOM MASUK SRR


👍Ada circle positive yang betul dan best!
👍Dapat sokongan daripada suri yang lain.
👍Boleh sertai aktiviti yang menarik bersama Suri di seluruh Malaysia.
👍Boleh jadikan SRR sebagai platform untuk memajukan diri.
👍Ada inspirasi Suri, kata-kata semangat Dan banyak lagi!

Syarat-syarat menjadi ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia:
- Warganegara Malaysia
- Tinggal di Malaysia
- Berumur 25-45 tahun
- Melayu
- Beragama Islam
- Seorang suri rumah atau berpengalaman sebagai suri rumah sekurang kurangnya 1 tahun

Psst..yuran baru akan berkuatkuasa 16 mac 2024. 

Suri yang belum Masuk SRR boleh daftar sementara yuran masih murah sebelum 15 mac 2024

Psst...ahli yang nak upgrade keahlian ke seumur hidup juga boleh tau. 

Promosi Yuran RM15 akan berakhir pada 15 Mac 2024

Jangan Lepas peluang! 

Link pendaftaran 

Catat Ulasan

0 Ulasan