Mula Kembali Fokus Blog Sebagai Medium Jualan Dan Informasi

Memulakan kembali perjalanan sebagai seorang peniaga online sepenuh masa dengan tuntutan masa yang singkat dan sibuk agak sukar. Rupanya payah menguruskan bisnes dan menjadi suri rumah dan cuba yang terbaik melaksanakan setiap tanggungjawab yang ada. 

24 jam terasa singkat.

Sehari ada empat trip menjadi pemandu percuma untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah, tidak termasuk aktiviti luar yang mereka involve. Memenatkan.

Sebagai seorang wanita, aurat adalah satu perkara wajib yang harus kita dahulukan.

Apa sahaja yang kita pakai, perlu difikirkan apakah aurat itu akan tersingkap atau tidak.

Keluar sahaja rumah, pakai pakaian menutup aurat, dibuka kembali apabila pulang, dan begitulah kitarannya sebanyak empat - enam kali sehari, ini tidak termasuk trip ke kedai untuk membeli barangan basah untuk lauk seharian.

Jika malas, saya pakai sahaja telekung. Lawaknya, Allah membuat aturan, sudah siap bertelekung mengambil anak-anak dengan fikiran, aah, aku tak pergi mana-mana ni. Ambil dan pulang.

EH.. rupanya nak ke kedai. 

Aduh, pulang balik, tukar pakaian. Sudah buat 2-3 kali kerja kan? haha

Leka dengan menguruskan rumah, anak-anak, diri sendiri yang keletihan ini sememangnya dengan usia yang makin meningkat mula rasa sukar untuk multi tasking seperti dulu-dulu. 

Menaip ambil masa.

Mengeluarkan idea ambil masa.

Sudah terbaring, nak bangun juga lelah. 


Bila lihat sahaja sekeliling di rumah, perlu sapu dan vakum, perlu melipat baju. 

Ya, masak lagi. 


Maka dengan pelbagai alasan yang telah dicipta inilah, saya ingin fokus pada satu medium satu produk sahaja. Buat pengiklanan targetted. Sediakan blog juga sebagai risalah lengkap untuk pelanggan.

Renyah?

Ya. Tetapi berbaloi untuk dimulakan semula. 


Beginilah satu ketika dahulu cara saya susun bisnes agar pelanggan tidak lari dan dapat informasi yang mereka mahukan.

insya Allah, semoga Allah bantu.


Saya masih teguh melakukan bisnes dan menjual pelbagai produk, servis juga masih buat. Jangan risau, hubungi sahaja saya ya. 


Nak mula buat blog mudah sahaja guys. Anda ada gmail akaun? OK.


Cara buat blog untuk jualan

1. Create blog baru di sini www.blogger.com

2. Anda perlu letakkan TAJUK (ibarat nama kedai) dan domain (link rumah kedai anda), sebagai contoh, saya jual SMART PEN AL QOLAM, saya letak sahaja tajuk produk, SMART PEN AL QOLAM dan nama domain juga sama, www.smartpenalqolam.blogspot.com 

3. Sudah siap yang ini, letakkan informasi yang wajib iaitu, siapakah anda (about us/tentang kami), produk, testimoni, cara order dan yang sesuai anda rasakan untuk diletakkan sebagai menu utama untuk pelanggan lihat. Ini adalah cara anda "navigate" perjalanan pelanggan apabila mereka masuk ke laman kedai anda. 

4. Create post berkaitan produk sahaja, sebagai contoh post pertama tentang produk, post kedua, tutorial, post ketiga do and dont ke, apa sahaja yang anda rasa berguna untuk pembaca, adakah bermanfaat atau membantu pelanggan-pelanggan ini dengan posting anda. Anda juga boleh jer nak buat posting testimoni, feedback pelanggan atau artikel berkaitan dengan produk tersebut. 

5. Pastikan pada setiap posting, ada letakkan labels ya dan munculkan labels ini pada side bar anda. Jadi pembaca mudah nak cari artikel yang mereka inginkan. 


blog fokus untuk jualan


Setelah create blog baru untuk jualan anda, antara aktiviti yang saya suka ialah tukar theme. Theme ini ada yang percuma jadi tak perlu risau kena bayar ya. Pakai sahaja latest version yang ada tetapi percuma. Percuma ni adalah limitednya tetapi berbaloi sahaja. 

Jika nak beli, range 10 USD dan ke atas. 

Ya, dalam bentuk USD. 

blog untuk jualan 2


blog untuk jualan 3

Ambil masa untuk betulkan theme, editing, sedikit coding jika perlu. Tetapi buat sendiri lebih saya gemari dari upah orang, tahu buat takpe ya. Jika tak yakin, jangan main-main buat. 

Nak belajar, meh contact saya

Ulasan