Persediaan Awal Haji

Saya pasti setiap orang mahu menunaikan haji apatah lagi ingin menapakkan kaki pertama kali di tanah suci Mekah. Tidak kiralah haji atau umrah. Saya pun belum lagi diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki di sana.

persediaan awal haji



Sepatutnya kami suami isteri sudah merasai nikmat menunaikan umrah pada tahun 2020. Namun perancangan Allah lebih hebat, flight dibatalkan. Bukan sahaja kami, beribu jemaah umrah seluruh dunia dibatalkan penerbangan.

Sepi

Mekah dan Madinah juga ditutup.

Ya. Permulaan Covid-19. 

Alhamdulillah, terasa bahang keindahan dan kerinduan ke tanah suci Mekah apabila mak dan abah berjaya menunaikan haji pada tahun ini. Syukur Alhamdulillah.

Lama juga mak abah buat rayuan. Masakan tidak, sudah layak, tetapi tiada panggilan. Allah maha Baik mengurniakan rezeki haji buat mal abah tahun ni. Terima kasih Ya Allah 

Saya di Kuantan, mak abah di Jempol dan adik-adik di Selangor dan Johor. Tiada siapa sebenarnya melihat dan menguruskan persiapan haji mak abah. Persiapan yang saya maksudkan keperluan barangan.

Abah seperti biasa sudah tegal beriktikaf di liar negara. Abah sudah biasa keluar 4 bulan. Musafir dan uruskan diri kebiasaan. Abah kata, abah siap macam keluar 40 hari sahajalah. Ok.

Kebimbangan pada emak kerana mak jarang tidur di luar rumah. Di rumah semua ada, at least jika dah biasa bercamping atau iktikaf macam abah, tiadalah saya risai sangat. Mak kata, baldi beli di sana, atau tiadakah baldi wakaf?

Bagi saya, lebih baik kita ada semua keperluan daripada mengharap ada disediakan atau tidak. Bayangkan ada berapa ribu jemaah di sana. Urusan pula bukan atas perancangan kita.

Biarlah kita jadi orang yang ada, dan menyediakan daripada menerima. 

Oklah. Luahan hati. Kadangkala apa yang kita fikir takkan sama dengan apa yang orang lain fikir kan?

Paling penting, kita tidak susahkan orang lain walaupun ada petugas. Ya betul petugas haji ada, tetapi tidak mahulah seremeh carikan tali rafia nak ikat di khemah, carikan baldi atau gayung. Begitulah maksud saya.

Saya harap dan doa agar kita semua dapat ke tanah suci Mekah dan Madinah ya. Jomlah ke sana, Allah semoga Allah makbulkanlah doa ni. Saya nak bawa ni anak-anak semua ke sana. Aamiin 

Untuk persiapan haji, bagi saya petugas kursus dah berikan segala ilmu lengkap. Kita hanya perlu dengar, dan laksanakan. Daripada apa yang diceritakan, dari situ kita siapkan kelengkapan diri.

Masuk group Facebook, haa inilah kadang pentingnya facebook. Dalam banyak-banyak media sosial ni kan, hanya Facebook sahaja yang ada fungsi group. Jika nak guna Whatsapp atau Telegram faham ajelah tak semua suka. Penuh handphone. Tetapi Facebook groups ni terbaik.

Boleh buat group study, informasi dan pengiklanan. 

Mari saya kongsikan antara perkongsian dari para jemaah Haji Malaysia dari Facebook groups.


persediaan awal haji


persediaan awal haji


persediaan awal haji


Boleh dikatakan kebanyakkan group Facebook ini adalah public. Anda search sahaja "haji" di Facebook, kemudian tekan "Groups". Insya Allah, pelbagai jenis group akan keluar. 

group haji di facebook




Semoga bermanfaat. Awal-awal kita prepare sambil berdoa agar dijemput ke sana satu hari nanti. 

Aamin2 insyaAllah 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama