Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024 (Tips Disediakan)

 Jika anda mempunyai sebuah Facebook Page, khas untuk persatuan, perniagaan tidak kiralah apa juga sebab anda create sesebuah akaun. Akaun ini akan memerlukan admin untuk menjaganya.

cara tambah page roles facebook


Apakah maksud Admin atau Page Roles Facebook?

Secara ringkas, admin atau page roles ini bertindak sebagai ahli yang menguruskan FB Page. Jika anda perseorangan maka andalah admin FB page tersebut. Namun, jika anda membina sebuah page untuk kegunaan syarikat, sekolah atau persatuan, maka admin yang create page ini haruslah menambah lagi admin-admin lain untuk menguruskan dan menyelia page. 

Tidak semestinya orang yang create Facebook Page ini adalah kepunyaan "si dia". Harus faham, FB page berbentuk organisasi, syarikat, awam ini bukanlah milik peribadi. Namun untuk create sebuah FB page kita memerlukan "seseorang" untuk membinanya. Seperti mana tugas saya, membina Page Facebook untuk bisnes owner. Setelah siap, page itu akan saya berikan kepada owner. 


Syarat Create Page Facebook

Syarat utama untuk anda create sebuah Facebook Page adalah anda harus ada akaun Facebook. Ya, betul, Facebook Personal. 

Kedua, akaun personal anda sihat, tidak diban dan buat aktiviti suspicious.

Ok baiklah. Saya lihat Facebook baru sahaja menukar alqoritm mereka lagi, kini interface Page Facebook sudah seperti Facebook Personal versi Professional. Namun kriteria dan setting lain masih sama, cuma pertukaran interface dan term admin ditukar kepada "Pages Roles".

Kita akan menggunakan term, page setup, page access dan pages roles. Boleh ya


Cara Tambah Admin/ Page Roles Facebook

Step mudah; Ikut je langkah dibawah. Buka page anda; Tekan Setting; Tekan Page Roles; Pergi ke Assign Page Roles, pilih Facebook Access atau Task Access, cari user yang anda nak jadikan admin, kemudian submit. 

Langkah panjangnya, sila ikuti panduan bergambar dan tips yang saya berikan untuk anda faham setiap tugas yang bakal anda berikan kepada admin baru atau staff page anda. 

Mula-mula, buka apps Facebook akaun anda, kemudian, "switch" akaun personal kepada akaun page. Caranya anda tekan pada icon profile picture sebelah kanan dengan 3 garis. 

cara tambah pages roles facebook 1


Pilih Facebook page yang ingin anda kendalikan. 

cara tambah pages roles facebook 4




cara tambah pages roles facebook 2

Facebook akaun anda akan berubah menjadi profile page. Di dalam kes saya tunjukkan, "Emme Marina" bertukar ke akaun page "Perunding Faraid Wasiat Hibah Kuantan". Mudah sahaja kan?

Page Facebook memang memerlukan anda membukanya dari akaun Facebook personal, kemudian barulah anda boleh urus page pula. 



cara tambah pages roles facebook 1

Setelah bertukar ke page yang anda ingin tambah admin, atau berikan page access ini kepada orang lain. Sila tekan pada simbol 3 garis sebelah kanan (lihat gambar di atas) untuk pergi ke icon "Setting". Teruskan skroll sehingga anda jumpa "Audience and Visibility", kemudian tekan pada "Page Setup"


cara tambah pages roles facebook 5


Di area "Page Setup", klik "Page Access". Di sinilah anda akan berikan akses page kepada user Facebook yang lain.


cara tambah pages roles facebook 7

Akan ada tiga pilihan, tetapi anda hanya boleh pilih dua sahaja iaitu "People with Facebook Access" atau "People with Task Access" .

cara tambah pages roles facebook 8


Maksud Facebook Access atau Task Access adalah seperti di bawah: 

cara tambah pages roles facebook 9


cara tambah pages roles facebook 10


Bahasa ringkas;

Task access mempunyai akses yang limited, tidak akan menyentuh hal admin atau kontrol keseluruhan page, manakala Facebook Access tiada terhad, dan boleh melantik user yang lain sebagai admin atau staff untuk membantu menguruskan page tersebut. 

Biasanya orang yang dipercayai akan diberikan Facebook Access, dan staff yang tidak ada keperluan menguruskan bahagian admin sebagai task access sahaja. 


Jika anda sekadar mahukan seseorang itu menguruskan content, tiada keperluan untuk setup atau manage page Facebook cukuplah sekadar memberi akses task. 

Jika seseorang itu diperlukan untuk menguruskan pentadbiran page, maka sebaiknya diberikan akses Facebook. 


Setelah anda buat pilihan yang terbaik untuk staff/pengurus media sosial anda, cari nama Facebook mereka atau masukkan email yang mereka gunakan semasa daftar di Facebook.


pages role facebook


Sebagai contoh, saya taip nama "Emme", kemudian jika keluar icon user "Emme" yang anda inginkan, tekan pada nama tersebut.


pages roles facebook 2

Dekat sini, anda boleh pilih untuk beri full control ataupun tidak. Jika anda bekerjasama dalam trust, anda boleh berikan akses full control, jika tidak, tidak perlu tick. "Emme" tetap akan boleh mentadbir page cuma tidak ada keupayaan untuk memberi izin admin kepada orang lain, delete page atau remove admin lain.

Perkara ini biasa berlaku, ianya pernah berlaku kepada saya tetapi lain kisahnya, saya merupakan stokis yang menguruskan page sendiri, tetapi syarikat ambil alih tanpa reason yang kukuh sedangkan saya boleh sahaja berhenti dan menukar page tersebut untuk kegunaan bisnes yang lain. Di dalam kes saya, tiada putih hitam yang page itu adalah page syarikat. Malah, saya yang buat page untuk bisnes jualan saya sendiri.


Kebiasaannya, jika saya mengurus tadbir page, saya akan meminta diberikan akses penuh, ini memudahkan saya untuk terus menguruskan page termasuklah menambah admin tanpa menunggu arahan bos. Mudah kerja saya juga kerana majoriti boss page saya tidak mahir IT.

Jika memerlukan admin/staff baru, mereka juga tidak tahu bagaimana caranya untuk tambah admin, apatah lagi meluangkan masa. 

Alhamdulillah, belum ada lagi kes aniaya yang pernah berlaku setakat ini. Namun kita faham semua orang perlu berhati-hati, jika anda tidak percaya staff atau admin itu sepenuhnya, bolehlah memberi akses yang diperlukan sahaja. Lain kali akses tersebut boleh diubah. Jangan risau


Contoh Admin bagi Page NGO Amal Till Jannah. 

page roles facebook

Kelebihan Akses Akaun Admin Page Facebook

Kelebihan utama memberikan akses page roles ini kepada user yang lain adalah security. Ibarat anda sedang sewa rumah beramai-ramai, dan seorang sahaja pegang kunci rumah. Apa akan jadi? 

Ya. Nak kena tunggu pemegang kunci balik dulu. 

Bergaduh.

Last-last yang marah tu, tukar je tombol rumah. Habislah semua orang kan? 

Begitu juga dengan akaun Page Facebook anda, jika untuk persendirian, kita faham tiada orang boleh akses, tetapi untuk syarikat, persatuan dan lain-lain tujuan penubuhan akaun page ini, akan ada ramai admin. Kesemuanya jelas tugas dan fungsi masing-masing. Jadi setiap orang mempunyai akses peribadi tersendiri yang boleh melihat, memantau dan menguruskan page tersebut. 

Anda tidak boleh memberikan password atau username akaun Facebook personal untuk orang lain keluar masuk. Itu bukan caranya, malah apabila pihak Facebook perasan perkara ini, anda bakal kehilangan page anda dan tidak boleh merayu semula untuk mendapatkannya. 

Maka anda terpaksalah membuat page baru, gara-gara kesilapan yang mudah.


Bagaimana? Sudah berjaya menambah admin / page roles Facebook anda?

Tahniah


Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua.


----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan