Movie Review Under Paris 2024 (Spoiler Alert)

Movie dengan shark semestinya salah satu kegemaran saya, kecerdikan ikan jerung, keganasan dan man vs shark, sentiasa menjadi suatu kisah yang menarik untuk ditonton. 
Anda boleh tonton di Netflix atau percuma di Layar kaca 21. 

Sama seperti kisah ikan jerung yang lain, kisah ini turut memaparkan kengerian dan keganasan ikan jerung menyerang manusia. 

Trigger yang saya perasan adalah pada asalnya Lilith, ikan jerung betina yang disangka baka mako, terkejut apabila kulitnya digores oleh seorang saintis bagi mendapatkan keputusan perubahan drastik tumbesarannya. Akibatnya, 3 orang saintis telah diserang dengan ganas dan berakhirlah satu ekspidisi seorang saintis wanita bernama Sophia.

Tragik, menyebabkan trauma kepadanya.

Kemudian, Sophia setel down di Paris, plot menjadi menarik apabila ikan jerung Lilith rupanya sudah sampai di Sungai Seine dan sudah tentu menggemparkan kan?

Pencarian bermula.

Sekumpulan revolusi anak muda yang kononnya mampu berkomunikasi dengan ikan jerung yang ganas, berakhir dengan kematian yang menakutkan dan ramai diserang. 

Movie Under Paris 2024 ini, lebih banyak kematian berbanding kisah man shark yang lain. 

Lebih kurang sama apabila ramai konfius, eh, ikan jerung boleh hidup dalam air tawar ke? 

Plot twist lagi, rupanya ikan jerung Lilith bukanlah baka mako tetapi telah dimutasi dan tidak perlukan "male" untuk bunting. Haaa seramkan?

Kisah yang agak menarik untuk ditonton, agak cliche bila Mayor tidak mahu perbesarkan hal ikan jerung dan teruskan carnival dan lebih banyak kematian, letupan menjadikan ceritanya sedikit wow berbanding kisah shark yang lain.

Ending? Sharks win haha.

Pertama kalinya saya menonton kisah shark yang mendapat "rumah" mereka. Bandar Paris banjir besar dan penuhlah sungai dengan ikan-ikan jerung baka Lilith.

Pendapat saya, kisah ini tidak terlalu original tetapi penambah yang menarik. Saya agak suka juga apabila letupan berlaku di sungai Seine, membuatkan plot menarik, cuma saya rasa terlalu banyak kematian berlaku. Terlalu ganas, adakah kerana Lilith berdendam? Over protective? 

Adakah dalam kisah nyata, ikan jerung sememangnya sangat ganas, licik dan berdendam? Ada juga movie dari kisah benar, mengenai ikan jerung dan manusia, ikan tersebut mati dan wanita itu berjaya hidup. Menunjukkan betapa kejam seekor ikan jerung itu boleh jadi. 

Spoiler sangat?

Tontonlah, saya rekomen anda tengok movie Under Paris 2024 ini, movie ikan shark kan? Mestilah kena tengok! 


Catat Ulasan

0 Ulasan