Nak Cuba Istiqomah Zikir Setiap Hari? Jom Cuba Download Apps Tally Counter Ni..

Siapa yang tidak sukakan tasbih digital di pasaran? Untuk para wanita, untuk diri saya sendiri, mini tasbih digital dengan manik Swarovski sangat cantik. Namun, ada kekurangan iaitu tasbih digital mini ini tidak tahan lama, dan mudah rosak. 

Saya pernah ada tasbih mini beberapa kali, namun tidak tahan lama dan akhirnya terbuang begitu sahaja.

Walaupun harga asal sebenarnya murah, tetapi apabila diletakkan bersama manik swarovski, harga mini tasbih digital ini boleh mencecah antara RM20 - RM40 seunit.

Namun ini semua perbincangan sahaja kan, ada yang boleh jaga tasbih masing-masing sebaiknya, itulah yang terbaik! Tahniah semua

Hari ini saya nak kongsikan salah satu aplikasi tasbih digital yang sedang saya gunakan sekarang :)

Saya suka kerana boleh setkan zikir-zikir pada skrin dan memudahkan urusan saya menyebut zikir tersebut. 

Mari saya kongsikan apakah aplikasi tasbih digital counter yang saya gunakan.


Perkenalkan Aplikasi Tally Counter - Pro

Tally counter - Pro merupakan produk tasbih digital counter yang boleh anda download dari Play Store. Anda boleh gunakan secara percuma sahaja, jangan risau, tak perlu beli. 

Namun jika anda tidak mahukan gangguan iklan, bayaran seumur hidup adalah RM9.99 sahaja

Saya guna percuma sahaja tau. 


tasbih digital counter 1

Lihat senarai zikir yang saya setkan di dalam aplikasi tasbih digital counter ini. Memanglah anda lihat banyak tetapi bergantung kemampuan masing-masing ya, ada yang saya buat harian, ada yang bukan. Yang penting di sini bagi saya ialah, saya boleh senaraikan zikir yang ada, cuba amalkan minima 11x, 100x atau 1000x (tulis ya kerana ia dapat membantu diri kita fokus dan cuba buat sebaiknya)



tasbih digital counter 2

Ini ialah panduan pada ruangan utama, anda boleh lihat sendiri.


tasbih digital counter 3


Jika nak tambah zikir, sila tekan icon "tambah", tuliskan nama zikir, berapa kali supaya anda ingat dan fokus.


tasbih digital counter 4

Untuk ruangan themes, saya guna percuma sahaja. Jika anda suka yang pro, anda perlu subscribe ya, bayaran sekali sahaja.


tasbih digital counter

Ruangan settings, di sini anda boleh on/off kan fungsi yang anda ingin guna, nak silent kiraan zikir ker, nak bunyikan ke (bunyinya tak kuat ya, soft sahaja). 

Anda boleh tentukan bagaimana setting zikir.


tasbih digital counter 5


Bagaimana? 

Menarik bukan?

Diharap dengan aplikasi Tally Counter ini, kita semua rajin untuk jadikan rutin zikir ini setiap hari. Letakkan apps ini pada muka depan skrin handphone ye!

Jadi setiap kali anda buka handphone, anda akan lihat apps Tally Counter dan akan ingat bahawa anda perlu berzikir hari ini.


----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Turut Menjual Pelbagai Jenis Al-Quran, boleh refer sini : https://www.facebook.com/alquranbookstore


Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

5. Servis Penulisan, artikel dan copywriting

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Catat Ulasan

0 Ulasan