Buli di Sekolah: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu dan Saluran Aduan KPM

Anak-anak kita pergi ke sekolah dengan satu tujuan — untuk belajar, berkawan, dan merasai suasana yang selamat.

Namun, tidak semua pulang dengan senyuman. Ada yang kembali dengan hati yang luka.
Bukan kerana beratnya buku di beg sekolah, tetapi kerana kata-kata dan perbuatan yang melukakan

Buli Bukan Sekadar Gurauan

Ramai yang menganggap buli itu hanya ‘gurauan kawan-kawan’. Hakikatnya, buli merosakkan keyakinan, mencuri kebahagiaan, dan menjejaskan masa depan anak-anak kita.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), buli di sekolah boleh dibahagikan kepada 4 jenis salah laku utama:

  • Bukan Lisan- Dilakukan melalui isyarat atau gaya bahasa badan, gerak tubuh, isyarat lucah, memalukannya, mengasingkan daripada kumpulan, atau memek muka mengejek.

  • Siber- 

    Menggunakan teknologi dan media sosial untuk memalukan, mengugut, atau menyebarkan kebencian terhadap seseorang.
  • Fizikal- 

    Kekerasan atau keganasan fizikal ke atas tubuh badan atau harta benda, seperti memukul, menendang, menolak, atau merosakkan barang.
  • Lisan- 

    Perkataan seperti mengejek, mengusik, menghina, menyebarkan fitnah, mengancam, atau melakukan body shaming.

Tanda-Tanda Anak Mungkin Dibuli

Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu peka jika anak:

  • Enggan ke sekolah tanpa sebab munasabah.
  • Pulang dengan pakaian atau barang yang rosak.
  • Tiba-tiba hilang minat terhadap pelajaran.
  • Murung, senyap atau mudah marah.
  • Mempunyai kesan lebam atau luka yang tidak dapat dijelaskan.

Jika ini berlaku, jangan biarkan anak berdiam diri. Ajak mereka bercerita dan beri sokongan tanpa menyalahkan.

Saluran Aduan Buli Sekolah di Bawah KPM

jenis, tanda, saluran aduan KPM


Sekiranya buli berlaku di sekolah bawah KPM, aduan boleh dibuat melalui:

  • Sistem Aduan SISPAKlik di sini

  • Telefon Pejabat: 03-8884 9325

  • Telefon/WhatsApp: 014-800 9325

Makluman: Saluran ini hanya untuk kes buli yang berlaku di kalangan murid sekolah di bawah KPM.

Tanggungjawab Kita Bersama

Buli bukan isu kecil. Ia memerlukan kerjasama ibu bapa, guru, pelajar, dan komuniti.
Mari kita hentikan buli dengan satu langkah, satu suara, dan satu hati — demi keselamatan dan masa depan anak-anak kita. 



📌 Sumber grafik: Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan