Rambut Gugur Lepas Bersalin – Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

 Selepas kelahiran anak kelima, saya mula alami masalah rambut gugur yang agak teruk.Setiap kali mandi atau sikat rambut, helaian jatuh tanpa henti. Boleh jelas nampak rambut di lantai agak banyak terutamanya di bilik saya. Mula-mula saya fikir perkara biasa untuk ibu lepas bersalin, tetapi sudah hampir 5 tahun, dan semakin teruk walaupun dah cuba pelbagai solusi. Bayangkan hidup anda sebegini? Syukur alhamdulillah, saya ada jumpa satu produk yang serasi, masih gugur lagi cuma dah tak terlalu banyak seperti dulu.

Sudah pasti untuk dapatkan solusi yang lebih nyata, nampaknya saya perlu bertemu dengan mereka yang lebih pakar. Bukan sekadar, beli produk cuba, tak ok, cuba lagi kan? Sampai bila?

Klinik Estetik Bukan Sekadar Spa

Terus terang, saya dulu pun tak tahu beza antara klinik estetik dan spa kecantikan. Bila jumpa perkongsian tentang Klinik Dr Bazilah, baru saya faham — klinik estetik bukan tempat urut atau facial semata-mata.

Kaunter pendaftaran Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur dengan reka bentuk moden minimalis dan suasana selesa.

Ruang menunggu Klinik Dr Bazilah yang kemas dan tenang dengan pencahayaan lembut dan dekorasi moden.



Klinik Dr Bazilah ialah klinik estetik Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh doktor bertauliah, menawarkan rawatan perubatan kulit dan rambut berdasarkan analisis sebenar. Ini bukan rawatan “teka-teka produk”, tapi rawatan berdasarkan sains dan diagnosis kesihatan.

Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut kita sebenarnya melalui tiga fasa utama dalam kitaran pertumbuhan, Dr Bazilah pernah terangkan pada posting beliau sebelum ini iaitu:

  1. Anagen (Pertumbuhan Aktif) – rambut tumbuh selama 2–6 tahun.
  2. Catagen (Peralihan) – akar rambut mula mengecut.
  3. Telogen (Rehat) – rambut gugur dan diganti rambut baru.

Selepas bersalin, perubahan hormon menyebabkan rambut terlalu cepat masuk fasa telogen — hasilnya, rambut gugur dengan banyak dan lambat tumbuh semula.

ajah kitaran pertumbuhan rambut anagen catagen telogen


Rawatan Rambut Gugur di Klinik Dr Bazilah

Antara rawatan yang dijalankan termasuk:

  • PRP (Platelet Rich Plasma) – darah sendiri diambil dan disuntik semula ke kulit kepala untuk aktifkan akar rambut.
  • Laser Hair Therapy – rangsangan cahaya laser untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
  • Hair Booster & Vitamin Scalp Treatment – bantu kuatkan akar rambut dan kurangkan keguguran.

Semua rawatan ini dilakukan di bawah pemantauan doktor. Inilah kelebihan klinik estetik, kerana ia menggabungkan rawatan saintifik dan perubatan, bukan sekadar kosmetik luaran.

Hasil Nyata Dari Pesakit Klinik Dr Bazilah

Kalau tengok gambar before-after yang klinik kongsi, memang meyakinkan.
Rambut yang dulunya jarang kembali tumbuh padat, dan kulit kepala tertutup dengan rambut baru.
Ada juga kes kanak-kanak yang alami tompokan botak — selepas rawatan, kulit kepala pulih sepenuhnya.

hasil rawatan rambut gugur sebelum dan selepas di Klinik Dr Bazilah

hasil rawatan rambut gugur sebelum dan selepas di Klinik Dr Bazilah

rawatan rambut gugur kanak-kanak di klinik estetik Kuala Lumpur

Melihat hasil sebegini buat saya kagum. Walaupun klinik ini beroperasi di Kuala Lumpur dan Bangi, saya sendiri berharap satu hari nanti Klinik Dr Bazilah buka cawangan di Kuantan supaya lebih ramai wanita boleh dapatkan rawatan selamat dan berkesan seperti ini.

Rambut Juga Amanah Diri

Dalam Islam, menjaga kesihatan diri adalah sebahagian daripada amanah.
Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam…”
(Surah Al-Isra’, ayat 70)

Rambut yang sihat melambangkan kebersihan dan keyakinan seorang wanita. Menjaganya bukan semata-mata untuk cantik, tapi tanda syukur kepada Allah atas tubuh yang dikurniakan. Bila diri sihat dan yakin, kita lebih tenang menjalankan amanah sebagai ibu dan isteri.

Lokasi & Maklumat Klinik

Kalau awak berada di sekitar Kuala Lumpur atau Bangi, boleh dapatkan konsultasi terus di:

Cawangan & Maklumat Klinik Dr Bazilah

Klinik Dr Bazilah, cawangan Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
📞 03-8922 9681 / 📱 011-1590 5931

Klinik Dr Bazilah, cawangan Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13,
Shah Alam, 40100 Selangor.
📞 03-5035 7359

Klinik Dr Bazilah, cawangan Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Estetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul,
8 Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
📱 013-817 7005

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 6.00 petang

Saluran Rasmi Klinik Dr Bazilah

📱 WhatsApp: wa.me/60196571563
🌍 Website: www.klinikdrbazilah.com
📘 Facebook: @klinikdrbazilah
📸 Instagram: @klinikdrbazilah
🎵 TikTok: @klinikdrbazilah

Penutup

Masalah rambut gugur selepas bersalin bukan perkara kecil. Ia boleh ganggu emosi, keyakinan, dan cara kita melihat diri sendiri.
Saya belum pernah ke Klinik Dr Bazilah, tapi jujur saya kagum dengan pendekatan perubatan mereka dan hasil yang dikongsi. Kalau ada rezeki dan peluang, saya pun nak cuba sendiri — khususnya jika rawatan sebegini sudah ada di Kuantan.

Bagi saya, rawatan bukan semata-mata untuk “nampak cantik”, tapi untuk pulihkan diri dan yakin semula selepas perjalanan panjang seorang ibu.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan