Website ini ialah website rasmi saya sebagai seller Jam Buruj. Bagi yang pernah mengikuti saya di blog ini, anda mungkin tahu saya sudah bersama Buruj Watches dari tahun 2016-2017 lagi. Saya berniaga melalui platform FB, Blog, Lazada, Shopee dan terkini platform website jualan di www.jamburuj.com
Selain mengambil order secara manual melalui WhatsApp dan Facebook Page, saya turut menyediakan website jamburuj.com sebagai tapak pembelian untuk pelanggan Jam Buruj agar pembelian dapat berlaku secara automatik. Pelanggan boleh menempah jam Buruj tanpa tunggu saya respon di page atau Whatsapp.
Tujuan website ini diwujudkan adalah untuk:
- memudahkan pelanggan membuat pembelian
- menyediakan maklumat produk dengan lebih teratur
- memastikan proses pembelian berjalan secara sistematik
Seperti mana-mana website jualan, ada masa tertentu yang memerlukan semakan dan penambahbaikan sistem.
Hari ini adalah salah satu daripadanya. :)
Kemaskini Sistem Website Jam Buruj
Sepanjang hari ini, saya membuat beberapa semakan dan pembetulan pada website jamburuj.com.
Terdapat tiga perkara utama yang dikenal pasti dan sedang diselesaikan.
1. Isu Pembelian Melalui Telefon (Mobile View)
Perkara pertama yang dikesan ialah gangguan pada proses pembelian melalui telefon. Pada tahun 2025, hampir 99.9 peratus kita menggunakan handphone untuk skroll apa juga maklumat termasuklah membuat pembelian. Jadi sangat penting untuk saya pastikan website ini tiada masalah teknikal apabila pelanggan ingin membuat pembelian.
Dan apa yang berlaku adalah, apabila pelanggan ini "add to cart", muncul notis iaitu "nounce is invalid", erti kata lain, pelanggan tidak dapat meletakkan produk yang mereka ingin beli ke dalam shopping cart. Masalah itu kan?
Walaupun website boleh diakses seperti biasa, pengalaman pembelian melalui telefon tidak berjalan dengan lancar. Saya pada ketika itu, menyemak melalui browser di laptop saya, selepas semakan dibuat tiada isu dijumpai. Namun pelanggan masih tidak dapat membuat tempahan dan kemudian saya cuba pula pada handphone saya, dan barulah muncul error yang sama.
Memandangkan majoriti pelanggan membuat pembelian menggunakan telefon, isu ini diberi keutamaan supaya proses pembelian boleh dilakukan dengan selesa dan jelas. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika saya berjaya selesaikan isu ini dan pembelian di website dapat dilakukan dengan lancar!
2. Isu Email Order & Setup Sistem Email
Perkara kedua melibatkan email order. Saya mula pelik kerana tiada order notis yang masuk ke dalam email yang telah saya tetapkan. Setelah saya buat test email (dummy), rupanya email tersebut telah disekat dan saya terpaksa membuat setup email sekali lagi menggunakan plugin yang berbeza dari awal setup website ni.
Adakalanya terdapat situasi di mana:
- order berjaya dibuat
- tetapi email pengesahan tidak diterima seperti sepatutnya
Untuk memastikan sistem ini berfungsi dengan baik, maka saya telah:
- membuat setup email khas menggunakan domain website
- memasang plugin email yang sesuai untuk kestabilan penghantaran email
Terima kasih kepada pihak NetKL yang sudi membantu dengan tutorial yang ringkas dan mudah difahami. Langkah ini penting bagi memastikan:
- pelanggan menerima pengesahan pembelian
- rekod order dapat diurus dengan lebih teratur
3. Penambahan Fungsi Penulisan Di Website Jam Buruj
Selain sebagai tapak pembelian, saya juga ingin menjadikan website Jam Buruj sebagai tempat untuk berkongsi maklumat dan penulisan berkaitan produk. Menjadi impian saya juga untuk menulis artikel dakwah di tempat yang sesuai dengan niche jam solat.
Namun, setelah disemak dan sudah pun menulis artikel pertama, barulah saya perasan, theme website yang digunakan ini tidak menyediakan fungsi blog secara automatik. Maka, saya harus melakukan satu lagi teknikal, dengan memunculkan blog pada website tersebut dan secara automatik kesemua artikel yang ditulis bakal muncul di situ apabila diklik oleh pelanggan/pembaca.
Oleh itu, satu solusi telah dibangunkan supaya fungsi penulisan dapat diwujudkan dan digunakan dengan baik, selaras dengan perancangan jangka panjang website ini. Syukur alhamdulillah juga, isu ini telah berjaya diselesaikan pada hari yang sama.
Penutup
Kemaskini dan penambahbaikan ini dibuat bagi memastikan:
- website lebih stabil
- pengalaman pelanggan lebih baik
- dan sistem pembelian berjalan dengan lancar
Sekiranya terdapat sebarang gangguan sementara ketika proses pembelian, pelanggan boleh terus membuat order melalui WhatsApp seperti biasa. Sejujurnya, jarang berlaku masalah ini pada website client, tetapi dijadikan cerita dan pengalaman ia telah berlaku pada website sendiri!
Pada masa sama kan, saya bersyukur sangat-sangat memang tidak pernah lagi berlaku isu ini pada website client. Agaknya ketelitian pada client adalah lebih daripada website sendiri! (apa nak jadi ni emme). Tetapi ini adalah proses yang cukup menyenangkan dan menambahkan ilmu pengetahuan baru sebagai pembina website. Saya bersyukur dapat selesaikan ketiga-tiga masalah teknikal ini dalam beberapa jam sahaja dan ada juga interaksi dengan pihak netkl, saya minta bantuan juga, dan mereka membantu dengan sangat pantas sekali.
Berminat Bina Website Jualan Sendiri?
Sebagai makluman, walaupun website jamburuj.com ini adalah website rasmi saya sebagai seller Jam Buruj, proses membina, mengurus dan membaiki website ini dilakukan sendiri oleh saya.
Selain menjual produk, saya juga merupakan freelance yang membina website jualan untuk peniaga kecil, NGO dan bisnes home-based.
Jika anda seorang peniaga yang:
- sedang menjual melalui WhatsApp atau media sosial
- ingin mempunyai website sendiri sebagai tapak pembelian
- atau menghadapi masalah teknikal website sedia ada
anda boleh hubungi saya untuk berbincang keperluan website jualan yang sesuai dengan bisnes anda.
👉 WhatsApp saya di sini:
https://wa.me/60189100852
Kita boleh berbincang secara ringkas terlebih dahulu untuk lihat keperluan sebenar bisnes masing-masing.


.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 Ulasan