Rebut Peluang Infaq Hari Arafah & Aidiladha Untuk Anak Yatim dan Asnaf 2026

 

infaq hari arafah dan aidiladha

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling besar dan mulia di sisi Allah SWT. Hari yang penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk umat Islam memperbanyakkan amal ibadah serta sedekah. 

Kadang-kadang kita rasa sedekah yang kita beri itu kecil sahaja.

Tetapi mungkin di sisi Allah, itulah amalan inilah yang menjadi asbab dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki dan diampunkan dosa kita.

Rasulullah ï·º bersabda:

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain Hari Arafah.”
— Riwayat Muslim

Sempena keberkatan Hari Arafah dan Aidiladha ini, Amal Till Jannah (ATJ) bersama anjuran Madrasah Iman Amal till Jannah membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menyumbang dalam:

Infaq Khas Makan Anak Yatim & Asnaf

Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan bagi menyediakan makanan dan keperluan buat anak yatim serta golongan asnaf agar mereka juga dapat merasai kegembiraan dan keberkatan Aidiladha.

Apa yang menyentuh hati saya, kadang-kadang kita mungkin hanya mampu memberi sedikit. Tetapi bagi mereka yang memerlukan, ia sangat bermakna.

Sebab itu saya rasa inilah antara peluang terbaik untuk kita sama-sama berkongsi rezeki.

Tak perlu tunggu mampu banyak.

Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.

Mudah-mudahan setiap sedekah yang kita diberikan menjadi asbab:

  • Allah meluaskan rezeki
  • dipermudahkan segala urusan
  • diampunkan dosa
  • dan menjadi saham akhirat yang berkekalan

📅 Infaq dibuka sehingga 22 Mei 2026

Link Infaq

Tuan puan yang ingin menyumbang boleh menggunakan pautan di bawah:

https://toyyibpay.com/Infaq-Khas-Belanja-Anak-Yatim

Semoga setiap sen yang diinfaqkan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong usaha membantu anak yatim dan asnaf.

Catat Ulasan

0 Ulasan