Projek Beli & Sedekah Al-Quran eNUUR

Saya bermula sebagai dropship Al-Quran Tagging eNUUR sejak tahun 2017. Alhamdulillah, pejam celik lama juga saya bersama mereka kan?

Sejak awal lagi, saya memang suka dengan cara pihak eNUUR menguruskan syarikat dan menjaga kualiti produk mereka. Bagi saya, produk Al-Quran bukan sekadar produk biasa, jadi cara pengurusan, servis dan penjagaan kualiti itu sangat penting.

Selain itu, saya juga suka secara personal dengan semangat founder eNUUR sendiri iaitu Puan Nur. Cara beliau membangunkan jenama ini dan usaha beliau dalam mendekatkan masyarakat dengan Al-Quran memang sangat memberi inspirasi kepada saya.

Dan produk pertama mereka yang viral iaitu Al-Quran tagging sangat memberi inspirasi dan membuatkan saya terbuka hati untuk lebih mendalami kandungan isi Al-Quran.

Kemudian sekitar tahun 2022 hingga 2023, eNUUR mula menjalankan projek sedekah Al-Quran serendah RM10 bagi membantu lebih ramai orang turut sama menyumbang Al-Quran kepada mereka yang memerlukan.

Namun dalam masa yang sama, ada juga beberapa perbincangan mengenai penggunaan istilah seperti waqaf, infaq dan sedekah. Dari segi pengendalian projek sebenarnya tiada masalah, tetapi penggunaan istilah tersebut perlu diperhalusi supaya lebih jelas dan tepat.

Daripada situ, lahirlah nama:

Projek Beli & Sedekah Al-Quran

projek beli dan sedekah al Quran


Konsepnya lebih mudah difahami bukan?

Penyumbang boleh membeli sebuah Al-Quran dan Al-Quran tersebut akan disedekahkan kepada:

  • orang awam
  • sekolah
  • institusi
  • anak yatim
  • asnaf
  • madrasah dan pusat pengajian
Disebabkan antara penerima sedekah Al-Quran ini adalah orang awam, maka terma "Waqaf" itu tidak sepadan dengan nama projek sebelumnya. Jelas ya?

Pada peringkat awal, saya sendiri turut berada dalam tim yang membantu menguruskan penerima Al-Quran ini. 

Kami mencari penerima yang benar-benar memerlukan termasuk sekolah, madrasah, pusat tahfiz dan komuniti tertentu. Jadi sedikit sebanyak saya tahu bagaimana pihak eNUUR menguruskan projek ini dengan teliti dan telus.

Setiap Al-Quran yang diterima akan diproses sebelum diagihkan. Nama penyumbang juga akan dicetak dan ditampal pada bahagian dalam Al-Quran sebelum diberikan kepada penerima.

projek beli dan sedekah al Quran
Sebagai contoh, apabila anda membeli Al-Quran dalam Projek Beli dan Sedekah Al Quran ini anda boleh request untuk diletakkan nama-nama penginfaq sama ada diri anda sendiri, teman, ahli keluarga atau buat insan yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, sekarang kita sudah masuk tahun 2026 dan projek ini masih terus berjalan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga sehingga ke Indonesia.

penerima sedekah al Quran enuur
Alhamdulillah, pihak eNUUR HQ telah berjaya menghantar sebanyak 70 naskhah Al-Quran untuk kegunaan pelajar di Rumah Tahfiz Ar-Rohim, Indonesia

Dan antara penerima-penerima Al Quran di Malaysia;

penerima sedekah al Quran

penerima sedekah al Quran

penerima sedekah al Quran

penerima sedekah al Quran


Antara pilihan yang tersedia dalam projek ini termasuk:
📖 Al-Quran Tagging
📖 Al-Quran Tanpa Tag
📖 Al-Quran Saiz B5
📖 Set Iqra’
📖 Al-Quran Mu'jam

Untuk Al-Quran Tagging, ia sangat membantu bagi mereka yang suka membuat rujukan dan tadabbur kerana mempunyai sistem tagging yang lebih mudah difahami.


Baca jugaAl Quran Tajwid Terjemahan Siap Tagging dari Sahabat Enuur


Manakala Al-Quran tanpa tag pula lebih sesuai bagi yang sukakan mushaf biasa dengan reka bentuk lebih minimal dan selesa untuk bacaan harian.

Bagi yang ingin melihat sendiri projek ini atau turut sama menyumbang Al-Quran, boleh lihat di link berikut:

https://emmemarinaent.bcl.my/form/projek-beli-dan-sedekah-al-quran

Semoga setiap naskhah Al-Quran yang disampaikan menjadi asbab hidayah, ilmu dan pahala yang berpanjangan buat semua penyumbang.

Aamin ya rabbal alamin.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan