*WASIAT, HIBAH, AMANAH - TIGA INSTRUMEN YANG BERBEZA*
ASSALAMUALAIKUM, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian yang dikasihi Allah swt
Sebenarnya terdapat tiga Instrumen yang berbeza untuk Perancangan Harta:
1. Wasiat
2. Hibah
3. Amanah
Kita biasa dengar Wasiat dan Hibah. Kita jarang dengar Amanah.
Sini saya nak cuba kongsikan secara am yang Paling Asas mengenai perbezaan Wasiat - Hibah - Amanah ni.
Tujuan saya, bila kita dah paham mechanism asas tiap satu Instrumen ni, senang saya nak kaitkan semua ni dengan Kosnya.
Kenapa nak kena kaitkan dengan Kos?
Jujurnya la, bila kita terpikir nak buat Wasiat ke, Hibah ke, Amanah ke, for sure kita nak tau Kosnya berapa.
Kalau kita tak dapat exact number pun, at least kita paham justification kenapa Kos tu jadi camtu.
Ni tujuan sebenar saya untuk perkongsian ringkas kali ni.
Paling senang kita nak faham perbezaan Wasiat - Hibah - Amanah ni adalah mengikut perspektif Pusaka.
Mula-mula sekali kena paham apa itu Pusaka:
Apa bezanya Pusaka vs Harta?
Technically, dua-dua tu refer pada benda yang sama je = Aset Kita.
Yang bezakannya tu status kita sebagai Pemilik Aset:
1. Masa kita masih Hidup,
Aset kita dipanggil *Harta*.
2. Lepas kita dah Mati,
Aset kita dipanggil *Pusaka*.
Bila kita bercerita pasal Pembahagian Faraid, kita sebenarnya refer kepada Aset yang bernama Pusaka.
*Key point untuk semua orang tau, hanya Pusaka sahaja yang akan tertakluk kepada Pembahagian Faraid.*
Maksudnya, kalau Aset yang kita ada tu tak jadi Pusaka kita bila kita Mati, then Aset tu tak perlu dibahagikan secara Faraid sesama Waris kita.
*Apa maksudnya tu Harta kita tak jadi Pusaka kita lepas kita Mati?*
Maksudnya, semasa kita masih Hidup lagi kita dah "Keluarkan" Aset tu daripada Harta kita.
"Keluarkan" Aset daripada Harta kita = Kita "Buang" Status kita sebagai Pemilik Aset daripada Aset tu..
Macam mana nak "Keluarkan Aset" atau "Buang Status Pemilik Aset" tu?
*Inilah yang terjadi bila kita buat Hibah atau Amanah.*
Untuk recap, secara amnya semua Harta kita akan convert jadi Pusaka kita lepas kita Mati.
Pusaka perlu dibahagi sesama Waris secara Pembahagian Faraid.
Kalau kita buat Wasiat, Harta kita still dikira Pusaka dan still tertakluk kepada Pembahagian Faraid
(Pengecualian = Wasiat 1/3 Harta kepada bukan Waris tu)
Melainkan kalau kita buat Hibah atau Amanah untuk Harta Tertentu kita.
Technically, kita dah keluarkan Harta Tertentu tu daripada Senarai Harta kita.
So bila kita Mati, Harta Tertentu tu bukan Pusaka kita dan takkan tertakluk kepada Pembahagian Faraid.
Sebab tu bagi saya, paling senang nak faham Wasiat - Hibah - Amanah ni bila kita pandang dari perspektif Pusaka.
Ada sikit je lagi info tambahan yang kita patut tau untuk faham asas perbezaan Wasiat - Hibah -Amanah ni:
*WASIAT*
Melibatkan Satu Pihak:
1. Pemilik Aset
Wasiat hanyalah Pesanan-Pesanan yang ditinggalkan Pemilik Aset.
Saya dah cerita panjang lebar mengenai Salah Faham Tentang Wasiat yang berpunca daripada kita anggap Wasiat ni Instrumen untuk Topik Harta semata-mata.
Wasiat jauh lebih Versatile dan Banyak Fungsi lain untuk kematian kita.
Ada sekurang-kurangnya Tujuh Jenis Pesanan Penting yang kita boleh letak dalam Wasiat, dan yang Ketujuh tu baru la Pesanan Berkaitan Harta.
Untuk Topik Harta, lebih tepat lagi kalau kita guna Instrumen Hibah atau Amanah.
Hibah dan Amanah ni ada banyak Persamaan.
Antaranya yang Penting untuk kita tau:
1. Dua-duanya melibatkan Perbuatan kita Keluarkan Aset kita daripada Senarai Harta kita.
2. Dua-duanya melibatkan Kontrak.
Perbezaan kedua-dua ni pun ada beberapa, tapi yang Paling Penting untuk kita tau hanyalah satu, iaitu cara Aset tu sampai kepada Pemilik Baharunya:
1. Hibah = Melibatkan Dua Pihak = Pemberi beri Aset direct kepada Penerima.
2. Amanah = Melibatkan Tiga Pihak = Pemberi beri Aset melalui perantaraan Orang Tengah.
Kita faham je mechanism cara Aset sampai ni, insyaAllah kita terus paham perbezaan Hibah dan Amanah.
*HIBAH*
Melibatkan Dua Pihak:
1. Pemberi (Pemilik Aset).
2. Penerima.
Pemberi tu Berikan Aset Direct kepada Penerimanya.
Konsep ni sangat direct to the point, tak perlu olahan lagi.
Ada satu jenis Kontrak je yang terlibat kat sini = Kontrak Hibah
*AMANAH*
Melibatkan Tiga Pihak:
1. Pemberi (Pemilik Aset).
2. Penerima.
3. Orang Tengah (Pemegang Amanah).
Pemberi tu Berikan Aset melalui Orang Tengah kepada Penerimanya.
Technically, Aset tu akan jadi "Hak Milik" Orang Tengah ni, tapi untuk Sementara Waktu sahaja.
Pada masa yang sama, Orang Tengah ni kena tandatangan Surat Ikatan Amanah untuk declare yang Aset dia pegang tu hanyalah sebagai Wakil sahaja.
= Sebagai Pemegang Amanah sahaja.
In one sense, kita sebenarnya boleh jugak kata yang Amanah ni satu bentuk Hibah.
Penerima Hibah yang pertama tu hanyalah Penerima Sementara. Dia pegangkan je Aset tu bagi pihak Penerima Sebenar.
Ada la sebab-sebab tertentu kenapa Penerima Sebenar tu tak boleh terima Aset tu buat masa tu dan terpaksa bergantung kepada proxy
Orang Tengah ni.
Ada dua jenis Kontrak yang terlibat kat sini = Kontrak Hibah + Kontrak Surat Ikatan Amanah.
Lepas kita dah faham asas Wasiat - Hibah - Amanah ni, kita boleh dapat general idea berkaitan Kos-Kosnya.
*Wasiat*
Hanya libatkan Satu Pihak = Kos paling Murah.
Sebab Wasiat ni hanya Sehelai Kertas yang dipenuhi dengan Pesanan-Pesanan sahaja.
Untuk sempurnakan satu-satu Wasiat ni, hanya Pemilik Aset je yang terlibat.
*Hibah*
Libatkan Dua Pihak = Kosnya akan lebih tinggi daripada Wasiat sebab Hibah ni satu Kontrak.
Bila Kontrak, maksudnya untuk sempurnakannya akan ada:
1. Dua Pihak yang terlibat = Pemilik Aset & Penerima Aset.
2. Ritual Akad antara Kedua-Dua Pihak ni = Pemilik Jelas Memberi & Penerima Jelas Menerima.
*Amanah*
Libatkan Tiga Pihak = Kos paling Tinggi sebab Dua Perkara:
1. Ada Dua Jenis Kontrak:
Kontrak Hibah ni satu Dokumen & Kontrak Surat Ikatan Amanah ni satu Dokumen. Tiap satunya tu Kosnya berbeza.
2. Pemegang Amanah Ada Tugas:
Orang yang diberikan Amanah ni umpama diupah menjadi Pengurus Harta tu. Mana ada orang buat kerja dengan Free. Jadi, sepanjang dia pegangkan Harta kita tu, sepanjang tu jugak la ada Kos Upah nya.
So, kita boleh expect Amanah akan ada Kos Jauh Lebih Tinggi daripada Wasiat atau Hibah.
Macam yang saya dah sebut tadi, saya nak kongsikan perbezaan Ketiga-Tiga Instrumen ni secara am sahaja.
Perkaitan Ketiga-Tiga Instrumen ni dengan Kos bagi saya adalah penting, sebab realitinya bila kita nak buat Wasiat ke, Hibah ke, Amanah ke, for sure kita nak tau Kosnya berapa.
Kalaupun kita tak dapat exact figure, kita mampu buat anggaran sendiri based on kefahaman kita pada basic structure Instrumen tu.
Ada orang akan kata, Amanah tu sebenarnya Hibah jugak.
Saya prefer untuk pisahkan Amanah daripada Hibah sebab fungsi sebenar Amanah adalah sangat luas.
Kalau saya dah limitkan Amanah tu sebahagian daripada Hibah, bermakna saya dah limitkan potensi Amanah tu sendiri.
*NOTA PENTING:*
Hanya sebab kita dah keluarkan Aset kita tu daripada Senarai Harta kita, bukan bermakna kita terpisah terus daripada Aset kita tu.
Kita masih boleh legally guna Manfaat Aset kita tu sesuka hati kita selagi mana kita tak buat Hibah Mutlak kepada Penerima.
Option yang kita ada:
1. Hibah Bersyarat
(Hibah Ruqba)
2. Amanah
(seperti yang saya cerita kat atas tu)
Banyak isu kita dengar pasal Mak kena halau dari rumah la, Ayah hilang rumah sebab kena cagar la, tu sebab diorang buat Hibah Mutlak.
Bukannya Hibah Bersyarat atau Amanah.
Sila hubungi sy kalau anda berminat nak buat Wasiat, Hibah atau Amanah:
Emme Marina
PENGURUS AGENSI HANS LEGASI
PERUNDING HARTA PERWARISAN ISLAM
6010-337 9012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan