3 Langkah Mudah Ketahui Stevia Anda Asli atau Tidak

Teks: Emme Marina Mohamad

Sebenarnya di luar sana, ada pelbagai jenis stevia dari segi jenama, kualiti dan rasa. Semestinya saya harus nasihatkan anda untuk memilih gula stevia yang original dan bukannya mempunyai campuran gula pasir yang tidak sepatutnya berada di dalam kandungan gula stevia ni.

Kita tidak mahu la pula niat ingin dapatkan stevia yang baik untuk kesihatan, tetapi last sekali end up terbeli pula stevia yang bukan original dan diletakkan gula pasir sebagai perasa manis gula tersebut. Padahnya? Jika anda seorang pesakit kencing manis, hajat ingin mencari alternatif gula dengan kosong kalori, kosong lemak dan kosong kolestrol dan gula stevia seharusnya membantu anda merawat masalah tersebut tetapi akibat tersalah beli, paras gula semakin naik dan kesihatan merosot. In shaa Allah, produk stevia yang saya jual ini bukanlah stevia palsu atau tidak original ya.

Bagaimana nak tahu jika stevia yang anda telah beli itu original atau tidak?

mudah sahaja. Ikuti 2 langkah ini untuk mengenal pasti gula stevia anda.

3 Langkah Mudah Ketahui Stevia Anda Ori atau Tidak


1. semut tak hurung bila di titis 

Stevia yang asli tidak akan dihurung atau dikerumuni oleh semut dan rakan-rakan sejenis yang lain. Malah mereka akan melarikan diri. Lihat gambar bagi bukti eksperimen kami ya





 Eksperimen ini anda boleh lakukan sendiri di rumah ya =)


2. letak bawah lidah rasa pahit

Ianya mungkin pelik tetapi benar. Caranya, titiskan pati stevia ini dibawah lidah, anda akan rasa pahit walaupun tekak dan atas lidah berasa manis.

3. Apabila dibakar tidak menghasilkan karamel

gula stevia ini tidak mempunyai karbohidrat atau kanji. Berbanding gula pasir apabila dibakar ianya akan dikaramel berwarna kuning perang tetapi berlainan dengan gula stevia, apabila dibakar ianya terus hilang. 

bagaimana?

teruja bukan?

inilah keistimewaan gula stevia, walaupun mempunyai rasa manis yang berlipat ganda, tetapi ianya sangat sihat dan tidak memudaratkan.
Share:

1 ulasan:

  1. kebanyakan stevia dijual mengandungi sucralose je banyak. Artificial sweetener. Stevianya cuma 5%

    BalasPadam