7 Petua Mudah Kempiskan Perut dan Turunkan Berat Badan

Anda sedang mencari petua bagaimana boleh kuruskan badan dengan cepat dan selamat? Kehadiran pil-pil kurus amat merisaukan kerana kebanyakkannya tidak mempunyai lesen KKM dan walaupun ada, kita tetap perlu memikirkan kesan sampingan selepas mengamalkannya.

Dengan kaedah mengetahui punca makanan dan cara hidup yang lebih berkualiti anda sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih baik, lebih sihat dan pastinya selamat walaupun tanpa kehadiran pil kurus ini. Percayalah anda boleh kuruskan badan dengan cepat tanpa ubat =)

7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;

  • *      Minum air masak! Berapa banyak perlu minum ya? Sekurang-kurangnya 2 liter air bagi orang dewasa atau mengikut nisbah 25 kg = 1 Ltr. Contohnya berat anda 70 kg, jadi anda perlu minum sehari sekurang-kurangnya 2.8 Ltr sehari. Satu cara lagi ialah dengan melihat kepada perubahan air kencing anda, jika air kencing anda berwarna kuning itu bermakna anda kekurangan air masak, jika warnanya kuning cair atau seakan jernih itu bermakna badan anda menerima air masak secukupnya.

  • *      Bersenam. Tentu anda terus menggeleng kepala bukan? Sebenarnya tidak semua senaman itu susah, untuk senaman kempiskan perut anda boleh cuba kaedah senaman ini. Tarik nafas sambil tahan perut seketika dan lepaskan secara perlahan-perlahan. Ulang sekerap yang mungkin. Sit up juga senaman yang mudah dilakukan.

  • *      Tukar snek kegemaran anda. Jika selama ini snek kegemaran anda ialah gula-gula, coklat dan kek. Maka hentikanlah. Snek itulah sebenarnya yang menggemukkan anda. Gantikan snek kepada makanan ringan yang lebih sihat dan berfiber. Ini juga dapat melawaskan usus anda dan ianya lebih sihat untuk dimakan. Juga, makan buah dahulu sebelum makan nasi, dan selang 30 minit selepas makan barulah anda minum air ya.

  • *      Makanlah dengan perasaan yang tenang. Kunyah makanan dengan baik. Bukankah pesan Rasulullah saw untuk kita kunyah makanan selama 44 kali? Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.

  • *      Kurangkan garam atau bertukar ke garam bukit atau mineral. Garam yang berlebihan dalam badan sangat tidak baik kepada kesihatan malah boleh mendatangkan penyakit dan kegemukan. Bukankah objektif kita mahu menurunkan berat badan? Kurang masin adalah lebih baik.

  • *      Jauhi makanan manis dan gula tambahan. Badan kita tidak memerlukan gula tambahan, ini kerana makanan utama sahaja sudah ditukarkan kepada gula dalam badan. Akibat gula tambahan yang tidak bagus ini, bukan sahaja mengganggu system badan tetapi mengakibatkan penyakit dan lemak berlebihan. Juga elakkan ambil minuman 3 dalam 1 ya!


Baca sini à Tips Berjaya Kurus Dengan Hanya Bertukar Kepada Gula tanpa Kalori
 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan