Pengalaman Teman Anak Tampal Gigi Pertama Kali







Teks: Emme Marina Mohamad

Pada 2 minggu lepas, anak sulong saya ada pemeriksaan gigi di tadika perpaduannya. Bila difikirkan semula, saya agak jarang memeriksa gigi belakang dan atas anak-anak. Biasanya bila tengok gigi, tengok depan sahaja.. aduhai, apala saya ni bukan?

Boleh pula sebagai ibu saya terlupa betul mahu periksa keseluruhan gigi. Gagal sungguh saya rasakan.

Jadi, keputusannya apabila diperiksa oleh doktor gigi, rupanya ada 3 gigi kakak yang sudah mula rosak dan memerlukan tampalan segera. Haruslah ditampal jika tidak bimbang pula semakin melarat gigi tersebut.

Alhamdulillah, ada masa lapang pada hari rabu. Lalu saya bawa anak ke klinik kesihatan kami yang biasanya kami pergi.
Biasalah di klinik kesihatan ramai orang menunggu, jadi sementara menunggu anak-anak bermain di tempat khas kanak-kanak. Mujur juga mereka letakkan tempat permainan itu, jika tidak bosanlah anak-anak menunggu. Haa, bila anak bosan dan mula buat perangai, emaknyalah yang harus menanggung.

Walaupun anak saya kesemuanya perempuan tetapi nakal dan lasak tahu.

Apabila sampai giliran kakak, saya masuk bersama dua orang anak saya. Kami dibenarkan duduk di dalam bagi menemankan kakak membuat rawatan giginya. Sebenarnya saya risau juga kalau-kalau kakak tiba-tiba takut dan mula menangis.

Alhamdulillah,. Doktor gigi tersebut melayan kakak dengan lemah lembut. Setiap yang dia mahu lakukan diterangkan kepada kakak. Saya lihat kakak tenang sahaja dan ikut apa yang doktor gigi Sarankan. Tidak lama kemudian, rasanya tidak sampai 10 ke 15 minit. Sudah siap! Malah yang alatan seperti gerudi (sula hati sahaja panggil gerudi gigi) tidak digunakan. Rupanya, gerudi itu tidak diperlukan kerana lubang kerosakan gigi kakak masih tidak dalam. Syukur.

Maka siaplah satu tampalan. tinggal lagi dua. Bila lagi agaknya akan saya bawa anak saya ke klinik. Ini juga merupakan pengalaman pertama bagi balqis menjalani rawatan giginya.

Sudah sahaja buat rawatan. Gembira tidak terkata anak saya tu. Bangga la kejap gigi dah elok. Itulah akibat suka makan gula-gula, pantang dilihat. Sanggup pula tu menangis kerana nakkan juga makan gula-gula. Di rumah memang tidak diajar kerana kami tidak membelikan mereka makanan-makanan sampingan ini apatah lagi gula-gula. Tetapi itulah, faktor kekerapan memberus gigi turut memainkan peranan.

Semoga selepas ini, kakak dapat jaga giginya dengan baik.


Catat Ulasan

0 Ulasan