Bahaya Kenalkan Gula Biasa dan Garam Kepada Bayi

Banyak ibu yang merasa bingung bila harus memberikan garam-gula usai bayi memasuki MPASI (Makanan Pengganti ASI). Perunding pediatrik dari Apollo Cradle, Bangalore, dr. Sowmya C.C, M.B.B.S, DNB menyatakan bahawa selepas bayi berusia lebih daripada sembilan bulan baru boleh diberikan gula dan garam.

"Bayi sudah boleh makan makanan biasa setelah berusia sembilan bulan. Namun jika pengambilan gula dan garam terlalu awal boleh menyebabkan jangkitan telinga, tekak dan masalah gigi," terang Sowmaya seperti dilansir iDiva pada Jumat (21 // 11/2014).

Jika ada ibu yang mula memberikan gula atau garam sejak bayi berusia enam bulan Sowmaya menegaskan hal tersebut tidak tepat. "Para ibu harus tahu bahawa lebih baik memberikan gula atau garam selepas bayi berusia sembilan bulan," katanya.

Perunding senior doktor kanak-kanak, Ashish Sahni dari Sri Balaji Action Medical Institute, New Delhi menambah bahawa terlalu awal pengambilan garam dan makanan masin boleh mengganggu prestasi buah pinggang. Lalu, pengambilan gula dan makanan manis boleh membuat gigi susu rosak.
Jika doktor Sowmaya menyatakan bayi diberikan garam setelah berusia sembilan bulan, ahli nutrisi dari New Delhi, Lovneet Batra bahawa bayi harus terhindar dari gula hingga 12 bulan pertama, idealnya setelah berusia dua tahun. "Gula boleh membuat ketagihan dan menyebabkan hiperaktif," tambahnya.

Para doktor sepakat, bahawa makanan yang diberikan selama masa bayi merupakan asas untuk tabiat dan tingkah laku makan masa dewasa.

Sumber: http://m.liputan6.com/health/read/2137578/bahaya-bayi-diberi-makanan-dengan-gula-garam-terlalu-awal


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan