Meningkat 30 minggu usia kandungan minggu ni. Kesihatan dirasakan semakin merundum. Kedudukan rahim yang agak jatuh dan berat di bahagian bawah perut menyukar apa jua aktiviti tidak kira mengemas rumah, berdiri lama apatah lagi menundukkan badan.
Adakalanya terasa sukar untuk duduk mahupun baring.
Dalam kepayahan, tetapi saya tetap bersyukur Allah memberi nikmat sabar supaya saya dapat terus berusaha menjadi ibu dan isteri buat anak-anak dan suami tersayang.
Mungkin disebabkan lelah melakukan apa jua aktiviti termasuklah berjalan kaki. Maka separuh hari sahaja, saya sudah mengah dan merasa amat penat seolah-olah telah melakukan segunung pekerjaan berat. Allahu, saya berharap agar Allah tetap memberi saya kekuatan bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Isnin lepas, akhirnya anak saya dihantar pulang dari kampung. Demam. Mungkin rindu, mungkin juga kerana hujan berpanjangan di kampung. Anak kedua juga tidak sihat terkena jangkitan kuman,badannya habis dipenuhi bintik-bintik merah yang gatal. Selesai kakak demam, anak yang kedua pula menyusul.
Lagi kasihan,mak dan abah yang menghantar anak-anak turut tidak sihat dan demam. Syukur juga walau saya tidak sihat sepenuhnya, saya tidak dijangkiti demam. Jika tidak siapa pula mahu menjaga mereka semua. Menyîapkan makanan yang sihat.
Bila anak-anak kurang sihat, sup menjadi lauk terbaik. Lebihkan halia. Dimakan atau dihirup panas-panas. Mengembalikan kesegaran badan. Alhamdulillah, kakak makan dengan bersungguh dan mula pulih. Asbab sahaja supnya. Allah sudah rencanakan kesihatan kakak mula pulih petang selasa semalam.
Dalam pelbagai ujian, Allah tetap memberi rezeki melalui blog atau website dms saya. Apabila kedai berada di alam maya, tidak kira apa jua berlaku di belakang tabir. Kedai tetap terbuka selama 24 jam tanpa tutup. Walaupun ada kelewatan dari pihak saya menjawab dan mengambil tempahan. Janji Allah itu benar, jika rezeki itu milik kita,cepat atau lambat pastinya tetap milik kita.
Jangan pula kerana lewat terus kita abaikan pelanggan. Itu tidak baik. Santuni mereka dengan baik, dan layani pertanyaan mereka. Insha Allah. Allah Maha Baik.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan