Inspirasi Kisah Kejayaan Walter Barbershop (Walter Empire)

Kisah Walter Empire.

Untuk makluman, saya memulakan bisnes minyak rambut tanpa pinjam bank. Saya lamgsung tidak pernah tahu apa itu bisnes.

Saya tidak pernah pergi kelas marketing, Fb ads atau sebagainya kerana dulu saya tidak pernah tahu bahawa ianya wujud. Tetapi Allah beri ilham dan idea bahawa saya hanya perlu google sahaja segala maklumat yang saya perlukan.

Daripada menjual secara runcit, Allah beri ilham dan ilmu untuk menjual secara online. Dari situ saya 'try and error'. Segala maklumat di google dan youtube saya cuba.

Alhamdulillah dalam masa 6 bulan dapat lahirkan beribu orang ejen dan jualan mencecah angka yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Kemudian, Terdetik di hati sampai bila ingin begini, apa seterusnya? Maka Allah beri ilham untuk buka kedai Gunting Rambut pertama dengan sewa Rm500 di dalam UKM. Tanpa saya tahu gunting rambut dan tanpa ada pekerja mahir. Tetapi, Allah berikan saya pasukan seorang demi seorang datang sertai syarikat ini. Allah mudahkan segalanya.

Bermula dengan jual minyak rambut, kemudian buka kedai gunting rambut satu per satu sehingga hari ini Alhamdulillah sudah ada 18 cawangan. Semua ini terjadi dalam keadaan saya tidak pernah terkejar kejar atau terburu buru. Allah berikan segalanya.

Kini minyak rambut itu dijual secara online, Kepada Ejen dan di 18 cawangan kedai fizikal iaitu Walter Barbershop. Rupanya Allah berikan saya 3 channel untuk jual minyak rambut ini sambil berkongsi rezeki dengan 74 orang Anak Muda dalam Walter Empire.

Jika nak katakan saya rajin, ada ramai orang lebih rajin dari saya. Jika nak kata saya bijak, Begitu juga ramai lebih bijak di luar sana. Tidak lain ianya hanya datang dari Allah swt.

Dari cerita saya ini, Dapatkah kita rasakan bahawa betapa Allah Maha Besar. Betapa kita lemah dan tiada daya upaya walau sedikit tanpa Allah. Dia berikan apa sahaja kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki dan Dia boleh tarik segalanya sekelip mata.

Segalanya tentang dunia, tidak lain hanyalah ujian bagi hambaNya.

Adakah saya sudah berjaya?

Belum lagi.

Kerana kejayaan yang Mutlak adalah apabila kita mati nanti, Kita dipilih ke Syurga. Itu adalah fokus dari permulaan sebelum ada apa apa hingga diberi kesenangan dunia dan apabila kesenangan dunia di ambil semula.

Redha Allah adalah paling utama dari segala galanya.

.


Catat Ulasan

0 Ulasan