Ibu Si Penjual Online

Assalamualaikum rakan blogger sekalian, pembaca-pembaca yang dikasihi.

Cewah. Macam di zaman persekolahan sahaja ya. Teringat pada zaman persekolahan saya seorang yang amat pemalu dan sukar untuk bercakap di depan kelas. Walaupun saya seorang yang agak happy go lucky bersama rakan-rakan dan adakalanya jenis cakap lepas. Tetapi, bila cikgu panggil saya "Emme, ke depan" haa.. kaku seribu bahasa. Lawaknya apabila di universiti dan saya membuat keputusan untuk berubah dan menyertai pupuk kepimpinan dan aktiviti. Terus sahaja boleh dan mampu berbicara di hadapan ribuan teman dan siap ada pakai mikrofon lagi. Pertama kali saya berbicara, gugupnya Masya Allah. Allah sahaja lah yang tahu. 

Menjadi seorang peniaga online sepenuh masa bukanlah terdapat di dalam perancangan hidup saya sebenarnya. Namun, saya juga tiada cita-cita khusus tentang apa yang saya ingin jadi apabila sudah graduate. Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan kimia. Secara logiknya saya bakal dan berada dalam bidang kejuruteraan yang mampu dipikul selaras dengan kemampuan dan kebolehan yang ada. Kerja pertama saya sebagai perantis ialah di Kilang membuat produk pengilangan itu sendiri. Plant design bagi oil and gas. Sangat best. Sebab materialnya, produksinya, pembuatannya dan pemeriksaannya mengujakan dan sangat selari dengan bidang pengajian saya. Namun, Allah itu lebih mengetahui. Walaupun saya boleh teruskan kerja di tempat praktikal, saya mengambil keputusan untuk menerima pelawaan dari Kilang semiconductor sebagai jurutera plating dan material. Tidak lari banyak dari pengajian namun bukanlah pengkhususan saya sebenarnya. Disebabkan basic kita adalah kimia sains dan elektrik, boleh lah kan? Dan di sinilah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya sekarang :) cewah.

Percayalah sebagai seorang wanita yang suka bekerja, mahu menyahut impian sendiri untuk mempunyai kerjaya sendiri, gaji sendiri. Perkahwinan ini bukanlah untuk anda fikirkan diri anda 100% tanpa rujukan suami anda. Dan pada awal kahwinnya kami di Sarawak dan sukar pula untuk saya meneruskan kerja oleh kerana faktor mengandung, jauh dari tempat kerja, tiada kerja kosong akhirnya saya cuba untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Aduhai, giler nak dibuatnya, kerana ini bukanlah apa yang saya inginkan dan tidak tahu apa nak buat tu pun satu jugak. Bosan pun mungkin faktor terbesar kita tidak mahu menjadi surirumah. Dan tidak dinafikan cemburu akan kejayaan sang suami sedangkan kita sama-sama ada ijazah. betul? Biasalah manusia ya. ada sahaja sifat-sifatnya.

Allah itu Maha Mengetahui. Maha Pengasih. Sejurus melahirkan anak pertama, saya mendapat tawaran di Nilai, Negeri Sembilan sebagai jurutera pemeriksa (QC) pula di Kilang Plastik. HUHU. Lain macam bidang-bidang kerja sayakan? Kejap plant design, kejap seminconductor, kejap plastic injection. Syukur dengan kasih sayang Allah, antara salah satu kelebihan yang diberikan kepada saya sebagai hambaNya ialah keupayaan menyerap ilmu dan menerimanya dengan baik. Allah rindunya bekerja. Sewaktu ini kami tinggal berjauhan. Sukar tahu. 

Akhirnya setelah onak dan duri, haa saya pendekkan lah cerita ni. Kami dapat tinggal bersama itupun suami saya rahsiakan dia dapat tukar dari Sarawak ke Semenanjung. Pada waktu tu, saya sudah berhenti kerja di Nilai dan menyambung pengajian di Universiti dalam peringkat Sarjana pula. Manalah tahu rezeki lain pula kan? Sewaktu inilah saya mula berjinak-jinak berniaga secara online. 

Bukan senang tahu. Ingatkan up je status produk tu ada orang beli agaknya. TAKDE!
Berbulan-bulan la takde. Kemudian adalah rezeki atas usaha tanpa henti dan saya mula belajar mengenai perniagaan. Bagaimana nak buat iklan. Bagaimana buat facebook page. Bagaimana buat iklan dekat facebook. Masa tu 100% saya berniaga di facebook. Medium lain tak reti lagi. Tak jemu beriklan, tak jemu topup ilmu. Beli ebook A, ebook B sebanyak-banyaknya. Yang free ilmu pun follow. Masya Allah, apabila minat mula hadir dan saya merasakan ianya serasi dalam diri saya sendiri. Saya mula suka dan mula berimpian untuk meletakkan gaji itu pada diri saya, atas usaha yang dikerjakan. Bukan lagi makan gaji. Bukan lagi mengikut arahan dan masa kerja. 

Duduk serumah dengan suami pada tahun ketiga perkahwinan kami, saya mula mengenali sifat suami saya. Dia mahu melihat isteri dan anak-anaknya ketika pulang, cuti tanpa risaukan waktu saya, dan saya boleh berada di apa jua waktu ketika suami dan anak-anak memerlukan saya tanpa perlu risaukan gaji dipotong, bos marah, menyusahkan rakan sekerja. Ianya amat sesuai dengan kehidupan yang saya miliki. Maka, kenapa tidak saya jadikan kerjaya berniaga ini sebagai kerjaya saya?

Sejak itu, saya mula serius belajar ilmu marketing, dan ilmu-ilmu selain berniaga ini untuk menaikkan taraf diri ke peringkat lebih atas. Impian saya bukan lagi gaji sebulan RM2,000 ke RM3,000 tetapi lebih lagi. Kini saya miliki empat orang anak di mana saya mengasuh mereka semuanya sendiri. Walaupun saya masih tidak sempurna namun melihat mereka setiap hari, membesar dengan sangat pantas sangat membahagiakan. Of course, anda boleh bayangkan kegilaan mengadap budak-budak pelbagai ragam ni setiap hari. haha. Nak cuba? haa, duduk la u ols dengan anak-anak selama 2 hari pon jadilah. Tengok tahan ke idok. Part ni saya citer kat entri lain la yek.

Siapa saya ya?

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Dengan berniaga saya bertemu rakan-rakan yang sangat positif. sentiasa mengingatkan saya tentang Pemberi Rezeki. Sentiasa ingatkan saya tentang keinsafan dan muhasabah diri. Bukan sahaja menyedarkan saya tentang bagaimana untuk maju dalam bisnes tetapi meningkatkan diri kita sebagai hambaNya. Allah itu maha baik sentiasa mengasihi dan mengampuni dosa kita semua.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ujian itu adalah rahmat dan kasih sayang Nya pada kita. 

Jika kalian nak tahu, saya merupakan agen sah DMS360 antara salah seorang leader DMS, menjual jam tangan azan, stevia rcc, barangan patchwork, tudung labuh instant, juga insha Allah saya bakal membuka sauna di rumah saya sendiri dengan kerjasama Libo Spa. Alhamdulillah.

Anda suka berniaga?
nasihat saya, jangan putus asa. Teruskan usaha bersama tawakkal dan doa kepada Allah. Kerana semua ini, rezeki, harta adalah milik Dia. Berbuat baik dengan Allah dan yakin Dia akan berikan kepada Anda. Ikut jalan yang benar, bukan ikut jalan suka hati korang. haha. Ingatlah kita ni seoarang yang beragama Islam. Maka ikutlah jalan yang diredhai Allah.

Insha Allah, kalian semua pasti berjaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan