Berniaga di Shopee. Alhamdulillah Sambutan Semakin Menggalakkan. Anda Bagaimana?



Assamualaikum,

Shopee semakin famous dek iklan di television dan dengan program "FREE SHIPPING". Sejujurnya nak memulakan perniagaan di Shopee memang agak mudah. Anda hanya perlukan handphone, mulakan mendaftar di Shopee dan mula membeli belah ataupun berniaga. Hanya 1 akaun sebagai keduanya. Maksud saya ialah, apabila anda mendaftar di Shopee anda hanya gunakan 1 akaun sahaja untuk menjadi sama ada pembeli anda peniaga. Tidak perlukan pendaftaran kali kedua untuk menjadi peniaga. Mudah sahaja kan?

Alhamdulillah, saya sendiri sudah berbulan berniaga di Shopee. Tidaklah terlalu mudah. Bezanya di Shopee jualan anda berjalan secara automatik, jika item anda diinginkan oleh pembeli mereka akan terus membuat bayaran serta merta tanpa perlu whatsapp anda atau hubungi anda, melainkan mereka anda soalan yang perlu ditanyakan kepada anda.

Persaingan tetap akan ada di mana sahaja. Bila anda berniaga di Shopee pastikan keyword anda, tajuk produk adalah tepat. Jadi pelanggan dapat terus menjumpai barangan yang mereka perlukan dan kebarangkalian bertemu dengan kedai anda juga tinggi. Dengan kelebihan "boost" yang disediakan oleh pihak Shopee anda boleh boost (iaitu naikkan produk anda ke carian atas) setiap 4 jam secara percuma. Haaa, baguskan?

Mungkin anda masih blurr kerana apa yang saya tuliskan ini anda tidak nampak gambarannya. Saya tidak katakan anda letak je produk di Shopee terus masuk sale beribu-ribu tetapi ianya lebih baik daripada tidak ada langsung. Insha Allah dengan terus konsisten mempromosikan kedai shopee anda, anda dapat jana pendapatan kedua di Shopee selain medium facebook, instagram dan lain-lain. Di Shopee tiada bayaran yang dikenakan. Ianya percuma. Jadi rugi jika kalian tidak gunakan medium ini.


Insha Allah next entri saya buatkan tutorial mendaftar di Shopee ya. Tunggu

Catat Ulasan

0 Ulasan