Petua Surutkan Bengkak Gusi Dengan Segera

Pengalaman bengkak gusi

Tiada siapa sukakan rasa sakit akibat bengkak gusi ataupun masalah gigi. Kesakitan dan ngilu serta sakit kepala yang berpanjangan menyebabkan kita tidak mampu untuk terus menahan deritanya. Saya sendiri sentiasa alami masalah gusi, gigi pecah, dan seangkatan dengannya sejak kecil. 


Bertambah teruk apabila mengandung, gigi-gigi ini menjadi rapuh dan mudah pecah. Disebabkan pernah alami trauma tersalah bius semasa mencabut gigi, saya mengalami anxiety dan panik attack apabila bertemu doktor gigi atau membuat rawatan di klinik pergigian. 


Paling teruk, bengkak di gusi bernanah, muka bengkak dan telinga juga berdesign. Tak usah katalah bab sakit kepala tu, sehari saya telan 4 biji panadol sekaligus untuk menahan kesakitan tersebut. 


Jadi kepada pembaca sekalian, nasihat saya janganlah ditangguh-tangguhkan bila anda sakit gigi, dari gigi yang rosak inilah datangnya pelbagai punca penyakit di dalam mulut. Pernah saya alami alergi gatal-gatal di badan dan doktor pakar sakit kulit menyarankan saya menampal dan merawat gigi yang rosak, kerana katanya ia juga salah satu faktor kuman merebak dan menyebabkan alergi. 


    Definisi Bengkak Gusi



    Bengkak gusi adalah kondisi di mana gusi mengalami pembengkakan atau radang. Hal ini boleh jadi disebabkan oleh berbagai faktor, termasuk infeksi, iritasi, penyakit gusi, cedera, atau reaksi alergi. Bengkak gusi sering kali disertai dengan gejala lain seperti kemerahan, nyeri, perdarahan, dan ngilu pada area tersebut. Jika tidak ditangani dengan baik, bengkak gusi dapat berkembang menjadi masalah kesihatan yang lebih serius seperti periodontitis, yang melibatkan kerosakan jaringan pendukung gigi. Penting kita mengenal pasti dan merawat penyebab bengkak gusi dengan tepat dan cepat agar kesihatan gusi dapat dipulihkan. Silalah segera berjumpa doktor gigi sekiranya gusi anda menjadi sangat sakit, mula mengakibatkan kesakitan seluruh muka atau sakit yang berpanjangan. 

    Penyebab Umum dan Gejala Bengkak Gusi


    Bengkak gusi dapat disebabkan oleh berbagai faktor. Berikut adalah beberapa penyebab umum bengkak gusi:

    1. Gingivitis: Gingivitis adalah peradangan pada gusi yang disebabkan oleh penumpukan plak bakteri di sekitar gigi. Jika plak tidak dibersihkan dengan baik melalui flos gigi dan penggunaan benang gigi, ini dapat menyebabkan iritasi gusi dan bengkak.

    2. Periodontitis: Jika gingivitis tidak diubati, dapat berkembang menjadi periodontitis, iaitu infeksi yang melibatkan kerosakan jaringan pendukung gigi. Gusi yang bengkak adalah salah satu gejala periodontitis yang lebih parah.

    3. Infeksi gigi: Infeksi pada gigi, seperti abses gigi atau radang akar gigi, dapat menyebabkan pembengkakan pada gusi di sekitar gigi yang terinfeksi.

    4. Cedera atau trauma: Cedera fisik pada gusi, misalnya akibat cedera saat memberus gigi, cedera gigi, atau kecelakaan, dapat menyebabkan bengkak pada gusi.

    5. Kehamilan: Perubahan hormonal selama kehamilan dapat menyebabkan peningkatan sensitiviti gusi dan menyebabkan bengkak.

    6. Reaksi alergi: Beberapa orang mungkin mengalami reaksi alergi terhadap bahan-bahan dalam produk perawatan mulut atau makanan tertentu, yang dapat menyebabkan bengkak gusi.

    7. Kekurangan nutrisi: Kekurangan vitamin C atau zat besi dalam diet dapat mempengaruhi kesihatan gusi dan menyebabkan bengkak.

    8. Kebiasaan merokok: Merokok dan penggunaan produk tembakau lainnya dapat mempengaruhi kesihatan gusi dan menyebabkan bengkak.


    Yang mana satu punca berlakunya bengkak gusi pada diri anda?


    Mari saya kongsikan petua-petua surut bengkak gusi, mana tahu anda amat perlukan petua ini ketika ini:


    Petua Atasi Sakit Gusi – 7 Info Penting


     
    Jadi pada hari ni saya akan kongsikan dengan anda cara hilangkan bengkak gusi dengan menggunakan bahan semula jadi. Badan kita sekarang ni tidak boleh diajar untuk menggunakan ubat ubatan selalu jadi mari kita gunakan bahan tradisional. Bahan bahan tradisional ini tidak mempunyai bahan bahan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya antara kaedah yang kita boleh gunakan adalah :

     
    #1 Minyak Cengkih
    Minyak cengkih ini boleh didapati di kedai kedai. Cara dia amat mudah cuma sapukan minyak cengkih dibahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari.

     
    #2 Limau Nipis
    Perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Seeloknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.

     
    #3 Madu
    Sebaiknya kita gunakan madu yang asli bukan madu yang dibeli di pasaraya. Cara merawat gusi bengkak menggunakan madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari .

     
    #4 Bawang merah
    Tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam kemudian sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tetapi harap bersabarlah ye dengan rasa dan bau bawang yang boleh tahan kuat.

     
    #5 Lemon & air panas
    Cara menggunakan lemon ni pun sama macam guna limau nipis itu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas, tetai seeloknya air suam la takkan kita nak berkumur dengan air panas. Lepastu kumur dua hari sekali ye sayang sayang semua.

     
    #6 Pijatan gusi
    Apa benda pula pijatan gusi ni? Pijatan gusi ini adalah kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Tetapi pastikan jari tu bersih dulu ye.

     
    #7 Baking soda
    Haa baking soda ni senang caranya. Ambil baking soda kemudia campur dengan air suam kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun takde masaalah sebab die mampu mencegah bakteria dalam mulut kita. 

    Sumber: http://sensistop.net/cara-hilangkan-bengkak-gusi/


    Tambahan:

    #8 Garam

    Amik garam dan larutkan dengan air suam. jangan terlalu panas ye panas mengakibatkan saraf anda lebih mengembang. Jadi pastikan airnya suam tetapi tidak terlalu panas. Kumur sebanyak yang mungkin untuk bunuh bakteria. (saya guna garam bukit himalaya)

    #9 Tuam bengkak dengan ais

    Apabila saraf sedang sakit, anda akan rasa panas pada muka dan area bengkak. Juga bisa kerana saraf panas yang mengembang. Sebaiknya ambil ketulan ais dan tuamkan pada area bermasalah. Balut ais dengan kain supaya tidak terlalu sejuk mengejut. Tuam beberapa ketika hingga saraf sejuk dan bengkak surut.

    #10 Stevia

    Stevia bagus kerana ianya anti bakteria semulajadi. Anda boleh titik atau kumur dengan air suam. (saya juga gunakan kaedah ini bersama air garam.)


    Dalam anda semua mencuba petua-petua surut bengkak gusi, jangan lupa ambil antibiotik untuk merawat sepenuhnya jangkitan kuman pada gigi anda. Dan terus dapatkan rawatan selanjutnya, sama ada perlu ditampal atau dicabut gigi tersebut.


    Semoga entri ini dapat membantu kalian semua. 


    PS: Sehingga hari ini, Jun 2023 semasa admin update blog berkenaan post - BENGKAK GUSI - saya masih lagi mengalami masalah yang berlanjutan. Selain makan ubat tahan sakit, berkumur dengan air garam merupakan solusi terbaik dan paling mudah. Jika sukar untuk mendapatkan bahan-bahan petua yang saya kongsikan dalam entri ini, gunakanlah garam sebagai anti bakteria bagi radang gusi anda.


    Mulakan dengan Bismillah, Selawat dan Membaca Surah Al-Fatihah sebagai syifa. Semoga bengkak gusi anda semakin baik dan pulih dengan segera

    1 Comments

    1. Kes awak ni lebih kurang mcm sy. Lepas tampal sementara gusi sy bengkak mcm awk. Tp sy tak boleh nk bukak mulut. Doc pn takde bagi ubat. Sy pegi klinik swasta. Ni sy nak tny doc tu balik. Brp lama ambil masa utk bengkak awk surut? Awk boleh bukak mulut ke time gusi bengkak tu?

      BalasPadam