Dibayar RM200 Bagi Satu Entri - Alhamdulillah Rezeki Menulis Blog

Bismillah

Assalamualaikum, dalam marketing mentor selalu mengatakan bahawa testimoni diri sendiri adalah yang terbaik. Tidak kira apa jua produk atau servis anda lakukan pada ketika ini, the best testimoni is your own. 

Diri anda adalah bukti terbaik yang orang lain lihat dan terkesan. Jadilah idola buat diri sendiri dan orang lain. Guru saya juga selalu berkata, "selamat memakmurkan insan lain". Maksud memakmurkan insan lain ialah kita memberi manfaat atau membantu insan lain sama ada melalui produk atau motivasi diri apa sahaja yang kita lakukan itu mampu memberi input positif kepada orang disekeliling kita. 

sebab  HOW WE DO ANYTHING . . IS HOW WE DO EVERYTHING

Sudah 3 tahun saya bersama Akademi bekerja di Rumah, 2 tahun bersama FAV Academy. Tidak jemu menuntut ilmu sama ada mengenali diri atau sentiasa upgrade diri untuk jadi insan lebih baik, tidak kira sebagai seorang muslim mahupun ilmu bisnes. Akademi bekerja di rumah, ialah sebuah tempat di mana saya belajar menulis. Kita sering dengar ayat COPYWRITING ya, saya dengar ayat ni dari tahun 2012 dari pelbagai guru marketing. Belajar buat ayat copywriting. Belajar menulis. Apa kronologinya. Apa kaedahnya.

Apakah saya sudah hebat? TIDAK! Rasanya tidak hebat. huhu. Kembali kepada Akademi bekerja di rumah, kami dibimbing untuk terus konsisten menulis di blog. Kenapa blog? Kerana akademi ini wujud untuk membimbing kita menggunakan marketing di blog tetapi anda tetap boleh menggunakan medium Facebook sebagai tempat mengasah skill penulisan anda semua. Bagi saya, saya memilih menulis di blog sepenuhnya mungkin kerana masih segan di arena Facebook.

Saya bersyukur selepas belajar menulis dan mula bisnes melalui Akademi bekerja di Rumah, gaya penulisan saya menjadi semakin baik dari sebelumnya. Kita bukan sahaja belajar menulis tetapi bagaimana membuat iklan tanpa tak sengaja. Haa, itulah copywriting. Sedar tak sedar. Melalui penulisan anda, anda memukau pembaca dan menarik pelanggan yakni prospek anda ke laman blog anda dan akhirnya membuat jualan di blog anda. 

Blog bukan ecommerce di mana anda campakkan segala barang kemudian biarkan ianya di situ. Di mana sahaja anda menjual anda perlu meraih kepercayaan pengguna untuk membeli produk anda. Walaupun anda menjual di ecommerce dan ada ecommerce anda tetap memerlukan emosi untuk menangkap pembeli anda. Anda tetap memerlukan trafik ke kedai anda dan pelanggan membeli produk anda. Tiada yang akan datang secara percuma dan sale berlaku secara mendadak tanpa sebarang usaha. 

Fantasi ini perlu diberhentikan!

Jika anda tidak percaya, anda boleh buat sendiri. Jual produk anda, campakkan di situ tanpa sebarang usaha pengiklanan sama ada percuma atau berbayar. Kita lihat adakah anda berjaya meraih RM1000 sebulan. 

Tahun 2017, adalah tahun di mana saya kurang aktif menulis. Sama ada berlaku mental block isues, atau tiada idea atau malas atau apa jua alasan diberikan. Itulah yang berlaku pada tahun 2017 di blog ini. Namun, pelanggan tetap hadir setiap bulan dan blog ini memberi banyak jasa kepada diri saya walaupun tidak kaya raya tetapi ianya mencukupi buat saya. Alhamdulillah. Tidak melalukan bisnes aktif di Facebook dan Instagram bayangkanla dari mana pula datangnya sale bukan?

Jadi saya mula kembali menulis, cuba gapai seminggu 5 entri cukuplah. Nak lagi bagus sehari tu 5 entri itu sudah terlalu aktif. Disebabkan niche blog ini ialah kisah surirumah berpendapatan sendiri maka adalah rojak di sana sini, namun inilah kisah hidup saya. Saya berniaga melalui medium blog dan saya bersyukur saya bertemu dengan Akademi bekerja di rumah. Terima kasih kerana membuka ruang ini buat kami semua belajar upgrade diri dan akhirnya mampu berniaga dengan baik. 

Kisahnya tajuk entri ini saya telahpun dibayar sebanyak RM200 oleh pihak traveloka untuk menulis hanya satu entri pada bulan lepas, April 2018. Saya dihubungi melalui email dan dinyatakan untuk menulis bagi pihak traveloka menggunakan keyword yang disediakan. Dilamar oleh traveloka amat-amat mengejutkan saya. Dalam risau dan tidak yakin saya terima juga lamaran tersebut. Simple sahaja penulisan saya ini, syukur pihak traveloka menerimanya tanpa sebarang edit. Entri ini diterima bulat-bulat dan akhirnya dipublish di blog ini dan dibayar sebanyak RM200. 





Terima kasih kepada pihak traveloka kerana sudi memilih saya dan rakan-rakan lain. Saya akan terus menulis dan kongsikan kepada kalian apa jua bentuk penulisan yang dapat memberi manfaat dan motivasi kepada kalian. Usah takut untuk mencuba. Masa depan kita ialah urusan Allah. Jika baik yang kita pilih, insha Allah usaha itu akan bercambah menjadi benih yang baik juga. 

Malah servis yang baru saya usahakan iaitu servis fb page, blog dan advertorial juga sudah ada pelanggan melalui blog ini. Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan anda semua. 

Melalui kelas blog akademi bekerja di rumah, kesemua penjualan utama saya di blog menggunakan blog-blog tersendiri. Anda lihat lah.. 

Anda belajar satu kelas, anda boleh wujudkan seberapa banyak kedai blog yang bantu anda jana pendapatan. Bukankah ianya berbaloi?


Nak tahu lebih lanjut mengenai Kelas Blog ABDR




Semoga entri ini dapat memberi semangat kepada kalian untuk terus berusaha dan tidak jemu melakukan apa yang anda sedang lakukan untuk kejayaan diri anda sendiri. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. 

Semoga kita bertemu lagi di entri akan datang.

Catat Ulasan

0 Ulasan