Akhirnya Berjaya Pegang Title Preferred Seller Shopee

Alhamdulillah, akhirnya setelah berjuang berniaga di Shopee kedai saya iaitu Emmemarina berjaya mendapat title pengiktirafan dari Shopee sebagai Preferred Seller pada bulan ini.

Sememangnya agak sukar bagi saya juga kerana saya menjual produk yang tinggi harganya iaitu hampir 90% produk di kedai saya bernilai RM100 ke atas dan ditambah ujian dengan DMS360 mempunyai persaingan main harga dan tiruan sebenarnya adalah sangat mengecewakan.

Jika kita teruskan usaha, tidak goyah akan halangan dan nafsu godaan untuk turut serta merosakkan harga produk dan amanah mana mungkin Allah hadiahkan nikmat buat kita semua. Saya bersyukur walaupun masih risau adakah saya mampu memikul status Preferred Seller Shopee ini bagi 3 bulan akan datang. Doakan agar saya dapat terus menyandang status Preferred Seller di Shopee atau singkatannya PS Shopee selagi mana ada kudrat dan rezeki berniaga di Shopee.




3 Perkara Penting Anda perlu Tahu Tentang Preferred Seller Shopee ialah:

  • Order sebulan sebanyak 50 order
  • Tiada penalti
  • 80% produk di kedai anda adalah READY STOK


Kenapa Penting Nak Jadi Preferred Seller Shopee Ni? Best ke?


Sebenarnya menjadi PS atau tidak ianya bergantung kepada anda. Anda boleh sahaja terus berniaga dan capai income berpuluh ribu sebulan dengan berniaga di Shopee tetapi tidak berstatus PS. Masalah utama yang anda akan hadapi ialah untuk meletakkan kedai anda 80% adalah READY STOK dan kebanyakkan seller di Shopee menggunakan status PRE ORDER bagi tempahan mereka. Jika anda tidak kisah akan status Preferred Seller anda bolehlah abaikan kepentingan untuk menggapai Preferred Seller Shopee. Jika anda menjual produk dari China atau Oversea mungkin sukar untuk dapat status PS, tetapi yakinlah memang ramai di kalangan rakan saya yang berjaya buat income beribu walaupun bukan sebagai PS di Shopee.MY


Insha Allah, EBOOK RAHSIA BUAT DUIT SHOPEE dari saya sendiri akan dikeluarkan tidak lama lagi. Anda bolehlah dapatkan, saya terangkan satu persatu dengan video sekali untuk anda tonton. Bukan saya seorang sahaja tetapi ada team yang kuat yang juga otai seller di Shopee yang turut memegang status Preferred Seller lebih dari 3 tahun berturut-turut. Malah ada dalam team kami yanag sale setahun (2017) adalah sebanyak RM500 ribu. Masya Allah. Hebat. Insha Allah beliau akan menulis mengenai TIPS & TRICKS BUAT DUIT DI SHOPEE.


DOAKAN KAMI CEPAT TERBITKAN BUKU SHOPEE YA.


Nak follow kedai saya di Shopee? Jom saling follow: anda boleh tinggalkan komen link kedai anda selepas follow kedai saya di Shopee ya

Link shopee: https://www.shopee.com.my/emmemarina

Catat Ulasan

0 Ulasan