Pre Order Al Quran Tagging Batch 13 Dibuka

***𝐏𝐑𝐄 πŽπ‘πƒπ„π‘ 𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 πŸπŸ‘ 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€*** Batch 13 kini dibuka untuk pre order Al-Quran Tagging Humaira.


𝐍𝐀𝐅𝐄𝐄𝐒𝐀 / πŸπŸ—πŸ– 𝐓𝐀𝐆 :
1. A6 Magnet - RM95
2. A5 Wanita - RM135
3. A5 Magnet - RM120

π’π€π…π„π„π˜π€ / πŸ‘πŸ–πŸ‘ 𝐓𝐀𝐆 :
1. A5 Wanita - RM175
2. A5 Magnet - RM160

Harga belum termasuk postage.


𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐍𝐀𝐅𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π…π„π„π˜π€?

Nafeesa ialah Quran yang ada 198 tag. Iaitu 168 tag ayat dan 30 tag juzuk.

Safeeya ialah Quran yang ada 383 tag. Iaitu 353 tag ayat dan 30 tag juzuk.


𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π€πŸ” πŒπ€π†ππ„π“, π€πŸ“ π–π€ππˆπ“π€ 𝐃𝐀𝐍 π€πŸ“ πŒπ€π†ππ„π“?

Saiz A5 ialah separuh A4 dan saiz A6 ialah suku A4. Jadi A5 lebih besar daripada A6.

Quran Wanita ada dihighlightkan ayat berkenaan wanita manakala A5/A6 Magnet tak ada highlight ini.

A5/A6 Magnet cover berpelekat magnet. A5 Wanita cover berzip.


BATCH 13 akan dapat freegift yang sangat best😍
.
Freegift Safeeya:
πŸ–‹sampul raya
πŸ–‹kad doa x 5
.
Freegift Nafeesa:
πŸ–‹sampul raya
πŸ–‹kad zikir x 5

.
.
Gift ni kami bagi setiap pembelian seunit Al-Quran tau.
.

.
Jom join Batch 13.

.
OPEN PRE ORDER : 11 - 20 MEI 2019

Pengeposan BERMULA : 26 MEI 2019 InsyaAllah dan hari² seterusnya.

.
Siapa nak join order Batch 13?


Jom sambung sembang di WHATSAPP


www.wasap.my/60189100852/alqurantagbatch13
www.wasap.my/60189100852/alqurantagbatch13
www.wasap.my/60189100852/alqurantagbatch13


al quran tagging

al quran tagging A5 ekslusif wanita

al quran tagging A6 humaira baru

al quran tagging A5 humaira baru


Percuma Ebooks Panduan Bisnes di Shopee

Sudahkah anda mendapatkan Ebook Panduan Bisnes di Shopee yang telah saya sediakan buat kalian semua?

panduan bisnes di shopee


He. Belum la kan sebab saya belum lagi share di blog. 


Sebelum saya kongsikan link untuk kalian download, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua pembaca. Kerana kalianlah saya berjaya menyiapkan ebooks Panduan Bisnes di Shopee. Bermula di blog ini hanya sekadar mahu berkongsi bagaimana kalian boleh berniaga di Shopee saya mula mendapat ilham bahawasanya nak tunggu saya share satu per satu entri memang akan ambil masa yang lama kan?


Kasihan pula kalian terpaksa tunggu.


Itulah saya menyiapkan ebook panduan shopee ni. Memang niatnya untuk dikongsikan bersama-sama semua pembaca. 


Di dalam ebook panduan shopee ni, ini adalah ebook asas anda mula berniaga di shopee, dari pengenalan mengenai shopee sendiri hinggalah ke latest version shopee iaitu Shop Decoration, Targetting Ads, Latest View Cara Upload Produk dan banyak lagi insha Allah. 


Pendek kata, insha Allah, ebook Panduan Bisnes di Shopee ni harapnya takla memeningkan kepala kalian untuk faham. Saya cuba buat seringkas dan mengikut step by step semudah mungkin.


Nak dapatkan ebook percuma Panduan Bisnes di Shopee?


Mari klik link ini untuk daftar dan terus download rujukan buku panduan versi pdf ini ya.






Anda boleh sharekan link ini untuk tujuan sharing. Dilarang sama sekali mendownload dan mengedarkan sendiri Ebook Panduan Bisnes di Shopee ya. 



Jika saya dapati ada yang share untuk tujuan persendirian bukan dari penulis asal, Saya akan hubungi kalian dan viralkan. mwahaha. ok tak baik macam tu. Sila share link jika kalian berniat untuk berkongsi Ebook ini. 




Salam Ramadhan dan Selamat Menjemput Rezeki

Bismillah. Salam ramadhan buat semua pembaca blog. Hari ketiga barulah dapat meluangkan sedikit masa menulis. Alhamdulillah, 2 hari bercuti pada awal Ramadhan diisikan masa dengan aktiviti.

Kebiasaannya, hari pertama dan kedua badan kita masih tidak biasa berpuasa. Apatah lagi anak-anak kecil, cuba bertahan dengan mimik muka yang monyok. Dari air muka mereka meminta sedikit air bagi menghilangkan dahaga. Alahai, sayu hati si ibu. Namun, tegas harus ada demi mendidik mereka. Sedikit nasihat dilontarkan agar semangat mereka untuk terus berpuasa sehingga azan Maghrib diteruskan. Allahu akbar

Malangnya hari kedua, kami semua tidak sempat bersahur. Gara-gara tidur lewat dengan kepenatan siang saya dibangunkan pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan subuh. Allahu. Paling saya terasa apalah nanti anak-anak mampu atau tidak. Memang sejujurnya, melepek mereka di sofa, di bilik. Hehe. Sungguh hari kedua ujian terhebat anak-anak syurga ini. Saya pula membenteng anak bongsu supaya tidak menyusu badan. Syukur, Allah bantu fahamkan. Seharianlah si kecil menyusu dengan botolnya sabar dan baik. Malam tiba, terus hilang kefahaman dan melekap sahaja di badan.

Saat itu, saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah bantu permudahkan urusan kami di hari puasa kedua. Bila anak kecil itu mampu faham dan sabar akan situasi mama supaya tidak menyusu badan. Allah maha mendengar lagi maha mengasihani.

Empat hari kami bercuti dari sabtu ke selasa, betul-betul sibuk. Sibuk sebagai seorang isteri, pengurus rumah dan ibu buat keempat-empat anak ini. Tidak duduk untuk berehat ada sahaja kerja dan permintaan untuk ditunaikan. Hendak melihat kerja atau beriklan sedikit cuma terlalu sukar. Fokus hilang. Mama cuma mahu rehat untuk badan dan minda.

Beginilah kehidupan saya bila bercuti dengan keluarga. Keluarga atau bisnes?

Sungguh ini adalah soalan bukan sahaja untuk saya tetapi semua wanita bergelar isteri. Ini juga soalan dan keputusan yang saya lakukan. Jika mahu berniaga dan menjadi suri maka pilih keluarga sebagai penyebab utama kerana inilah sebabnya kita ibu tidak bekerja diluar. Maka, keluarga adalah keutamaan, insha Allah, rezeki kita Allah akan beri sebaiknya.

Mahu disangkal lagi?

Apakah Allah tidak beri kita secukupnya?

Ada insan lain berbisik:
eh mahu bisnes tapi tidak online.
Eh, mahu bisnes tetapi lewat reply.

Banyak lagi, tetapi bagi kita yang memahami akan Allah dan aturannya. Insha Allah kita tahu, Allahlah yang memegang hati setiap pelanggan kita. Dia jaga rezeki kita. Dialah juga yang memberi setiap sen kepada kita.

Lalu, jika nak jadi suri dan berniaga. Maka niaga di depan? Keluarga di belakang?

Fikirkan. Hehe.

Inilah prinsip yang saya pegang. Ada yang berkata, jangan beritahu pelanggan akan situasi kita. Mereka tidak mahu tahu. Tetapi mereka manusia bukan? Mereka seperti kita. Kita juga manusia. Kita berbahasa dan mendengar. Dan ya, saya maklumkan sahaja pada customer akan kenapa saya lewat. Mereka akan faham, dan jika rezeki itu bukan milik saya maka ianya tidak akan jadi milik saya. Redhalah kita dan usah bersedih akan rezeki yang bukan empunya.

Insha Allah ada rezeki lain menjelma.

Teruskan usaha ya sahabat. Kita semua boleh.