Salam Kejayaan Buat Semua Blogger

Apabila saya mula blogwalking ke blog-blog rakan-rakan seperjuangan dan melihat blog sendiri. Sudah lama rasanya saya tidak aktif menulis. Alasan sibuk, tiada masa dan anak bukanlah alasan yang wajar.


Yang wajarnya saya sepatutnya lebih berdisiplin menulis blog.


Di sinilah sejak lamanya saya mencurahkan segala ilmu, meluahkan rasa dan berkongsi akan kejayaan dan pengalaman berniaga online sepenuh masa. Alhamdulillah, rupanya blogwalking ni dapat menaikkan semangat juang untuk terus berblog dan berkongsi cerita.


Dalam kisah kita, ada kisah orang lain


Mentor saya pernah berpesan dulu, teruskan berkongsi. Kita tidak tahu dalam kisah kita ada erti untuk orang lain. Ada pengalaman yang sama, ada insan yang mungkin memerlukan kisah dan perkongsian yang kita berikan.


Bukankah itu salah satu amal terbaik yang paling mudah untuk kita lakukan?


 Tetapi perangai saya ni satu hal sebenarnya, dah berpuluh kali agaknya blog emmemarina.com ini berubah rupa. Setiap kali semangat membara je, saya tukar theme. huhuuuuu


Ibarat ubah mood la ni kan.


Bagi semangat sikit, bagi hati tu suka sikit. Insha Allah, rindu sangat nak aktif berblog.


Seperti biasanya, ayat cliche dan permintaan dari seorang insan kerdil. Doakan agar saya dapat terus istiqomah berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, dan apa jua yang dapat memberi manfaat buat seluruh pembaca blog emmemarina.com

13 comments:

  1. Tukar theme tu nak bagi rancak lagi tulis blog. Ye betul kadang2 apa yang kita share banyak bagi manfaat kat orang lain. Kita pun dapat pahala jugak kan?. Kadang2 mai mood malas...takde la nampaknya nak tulis blog. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Insha allah semoga terus istiqamah. Airah memang suka baca pengalaman orang lain. Yang share berdasarkan apa yang di lalui lebih dekat gitu.

    ReplyDelete
  3. Tak apa yang penting kita kena consistent dan juga selalu update mesti akan ada pembaca sendiri kat blog kita terus usaha ok kita pun kadang-kadang buntu juga nak tulis apa hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Semoga terus berkarya sampai bila2. Jadikan ianya hobi. Kalau minat menulis dan sharing insyaAllah akan sentiasa hidup j blog kita tu 😉

    ReplyDelete
  5. Rawlins pun sama - ada masa tetiba malas nak menulis, pastu ada idea balik so hadap balik PC.
    Tapi Rawlins tak rajin tukar theme sebab banyak kerja hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan! Nanti-nanti jom lah blogwalking kat blog saya jugak. And semoga kejayaan bersama semua jugak :D

    ReplyDelete
  7. Ya marina, semoga maintain aura & semangat menulis. Menulis lah selagi ada cerita yg nak dikongsikan

    ReplyDelete
  8. Selamat maju jaya kak! teruskan menulis dan kongsikan cerita dengan semua orang. start with a baby step back, insha-Allah nanti rajin dan disiplin la tu

    ReplyDelete
  9. wah rajinnnya tukar theme.. hehehe.. macam TB takut nak tukar2 sebab takut terusik coding .. hehehe.. apa-apa pun.. semangat baru memang kena mula dengan sesuatu yang baru jugak kan.. theme baru.. semangat pun terus baru.. yeahh

    ReplyDelete
  10. Takpe..lama2 nanti akan aktif juga... Sama mcm wawa.. Xberapa sgt aktif tp alhamdulillah readers sentiasa ada...moga terus sukses dlm bidang penulisan as blogger :)

    ReplyDelete
  11. Okay je kalau rajin tukar theme asalkan tak ganggu pembacaan readers. Kalau theme berat nak loading tu dah boleh berpotensi hilang loyal reader. Nice advice tu. Kadang macam malas nak update sebab rasa takde yang baca padahal 2,3 tahun lepas tu ada yang mencari buat rujukan.

    ReplyDelete
  12. semoga terus istiqamah dan terus menulis ikhlas dari hati. semoga penulisan yang baik-baik dapat menjadi ladang pahala berterusan dan memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana

    ReplyDelete
  13. slm perkenalan hi sy suzai :) bagusnyaa suka berkongsi ilmu teruskan sis! i nak follow tp x jmp plak button follow nya hahahha t gtau na mana

    ReplyDelete