Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay

Bismillah. Shopee Malaysia mula memperkenalkan penggunaan berbeza bagi wallet seller dan buyer. Kini kita ada Seller Wallet dan ShopeePay. Ramai juga yang konpius, tetapi takyah la konpius sangat nya.... Senang je, sebabnya ShopeePay ni berada di ruangan BUYER, dan Seller Wallet di ruangan SELLER (My Shop). Jika dulu, kita menggunakan satu sahaja wallet bagi kedua-dua buyer dan seller. Nampaknya mungkin Shopee nak mengasingkan akaun bagi memudahkan urusan transaksi atau akaun mereka (agaknyalah! think harder..)


Apa Itu ShopeePay?



Shopeepay secara ringkasnya ialah duit yang kita gunakan bagi tujuan membeli. Thats why we are the buyer. Shopeepay ini boleh kita topup terus duit ke dalamnya tahu. Memudahkan lagi urusan shopping kita dekat SHOPEE!


Tekan je pembayaran menggunakan Shopeepay, masukkan pin, terus duit dibayar ke akaun seller Shopee serta merta. Tidak perlu lagi nak tunggu TAC number jika pakai online banking, atau beratur ke ATM atau susah-susah je nak ke 7e semata-masa nak bank in duit shopping kita tu. 


Selain kita masukkan duit ke dalam ShopeePay akaun, pembelian yang kita cancel atau refund juga akan terus masuk ke ShopeePay. 


Jom Belajar Cara Nak Guna dan Aktifkan ShopeePay Anda


Langkah Pertama: Pergi ke icon Me. Anda akan terus nampak SHOPEEPAY. Klik je kat situ.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Kedua: Akan keluar paparan macam di bawah ni, contoh sini dalam ShopeePay saya ada duit refund hari tu. Saya masih belum dapat keluarkan lagi sebab belum aktifkan ShopeePay. huhu.

So ikutkan, nak withdrawkan duit refund ke, cancel order ke. Terus je tekan withdrawal, tetapi kalau belum aktifkan. Kita kena aktifkan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Langkah Ketiga: Ok sebelum tu, cek dulu kalau anda dah setting ke belum no akaun bank anda dekat ShopeePay Bank Accounts. Kalau belum sila isikan dahulu.


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Langkah Kelima: Dah letakkan no bank akaun anda? Bolehlah aktifkan. Ikut sahaja panduan yang Shopee suruh buat. Apa Shopee nak? Gambar kad pengenalan anda dan anda berselfie dengan kad pengenalan! Hah, mudah sahaja.

Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay


Apa Itu ShopeePay dan Cara Guna ShopeePay



Senang sahaja kan? Takde susah atau keliru pun. Dah confirm nanti terus boleh withdraw duit tersebut ke dalam akaun bank anda. Biasanya duit akan masuk dalam masa 1 - 3 hari. Paling cepat biasanya CIMB, sehari je dah masuk. Maybank kadang-kadang bermasalah jugak. Delay sahajalah. Itu je. 



Diharap entri ini dapat membantu kalian semua. 


Jika suka dengan entri ni, jangan lupa share kay.

89 ulasan:

  1. Hi. Are there any benefits of using ShopeePay? Dapat extra coins ke, voucher ke, apa ke? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya salah satu kaedah payment sahaja buat masa ni. boleh topup duit dalam tu, senang nak shopping tak perlu susah2 login bank atau ke atm

      Padam
  2. Panduan yg di kongsi sungguh membantu newbie cam saya nih .Terima Kasih..

    BalasPadam
  3. saya nak tanya shopeepay ni tk bahaya ke....sbb melibatkan gambar ic & gambar selfie bersama ic...bkn ke ic peribadi punya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah shopeepay ni slamat kerana dia menggunakan ic

      Padam
    2. sebenarnya ni cara paling secure sebab takde orang boleh curi duit awak. bukan shopee sahaja buat method tangkap gambar ni.. tng juga perlukan anda tangkap gambar dgn ic.. bagi membuktikan diri anda ialah owner kepada pemilik ic tersebut

      Padam
  4. Susah lah tunggu proses pembayarannya tu,last 2 gagal.mcm MN caranya yg mudah,Blum fhm lagi caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 aktifkan shopeepay, once dah aktif shopee akan gunakan shopeepay ni tuk urusan refund khususnya. kemudian jika kita nak pakai belanja di shopee taknak susah2 online banking boleh sahaja topup duit ke shopeepay dan gunakan bila-bila masa

      Padam
  5. Salam sis..kalau kita ada buat cancellation,, x aktif shopee pay mmg xdpt refund la yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. ye betul. akan masuk ke no akaun yang kita daftarkan. amik masa 1-3 hari waktu bekerja

      Padam
  6. Shopee pay ini duit dari mana? Saya topup 100 jdi nanti Saya bayar balik atau Shoppe potong ke bank saya terus. Maaf Saya Tak faham apa itu topup shopeepay

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu topup duit masuk ke dalam shopeepay tu hehe.. nanti bila dah aktif, jika ada refund order ke kan.. awak cancel order, duit akan masuk ke shopeepay. awak boleh guna balik tuk order di shopee atau withdraw ke bank akaun

      Padam
  7. Balasan
    1. insha Allah selamat. lazada dan touch n go juga guna method yang sama. boost apps pun begitu

      Padam
  8. Saya nak Tanya, shopee pay kena block sebab salah masuk no pin. Bile col shoppe Centre, Tak dapat sebab no tidal ada dalam perkbidmatan. Boleh bantu saya x? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba call no latest mereka. atau chat melalui shopee apps awak. boleh live chat direct

      Padam
  9. Nak tanye pin no tu Kene create masa first time activate Akaun shopeepay ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. no pin ni saya sendiri dah create seawal berniaga di shopee.. bukan semata2 shopeepay je. hanya 1 pin tuk urusan buyer and seller

      Padam
  10. Sya dah aktifkan semua dah..no akaun n ic..tp xleh nk withdraw dr shopeepay..keluar msg "you need a verifed bank account to withdraw money"..knp erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah isi no akaun kat setting belum?

      Padam
    2. sama kes mcm sye.no akaun pun da isi kat setting mc x le withdraw..apa sbbnya yaa?

      Padam
  11. dah klik pada me, tapi xde pun shopeepay tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je sis.. semua org ada.. update ke tak shopee tu? Me tu kita as buyer. bukan as seller

      Padam
  12. Assalamualaikum,,kenapa ShoopeePay saya tdk dpt buat pembayaran walaupun balance masih ad?Byk kali msk no pin still xblh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gunakan no pin yang mana ya? no pin ni ada 1 sahaja. digunakan untuk shopeepay and withdraw duit as seller

      Padam
  13. Hello selamat malam, shopeepay tu, pin tu kena create sendiri kah atau pun dari pin shopee mula2 log in dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pin yang awal awak guna. tak perlu create pin lagi dah

      Padam
  14. Shoppe pay dgn shopee wallet tak sama Ker?Sya dah aktifkan dah shopee pay.tapi mcmana nak tgk penjual tu dah refund duit ke shopee wallet?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sama sekarang. shopeepay for buyer. shopee wallet for seller

      Padam
  15. assalamualaikum sis....sy topup shopee pay ..lepas topup tu dlm proses ..tunggu punya tunggu gagal..adakah duit tu akan refund...bila cek akaun bank dah buat pembayran ke shopee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastikan dah aktifkan shopeepay dulu before topup

      Padam
  16. Memang limit perbelanjaan setakat RM200 je ke? Bila lebih ia terus ke online banking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah aktifkan belum? saya takde masalah limit belanja kat shopee guna shopeepay

      Padam
    2. sme mcm saya..limit 200 je..cmne tu ey...

      Padam
  17. nak tanya , if kita dah cancel order lepastu baru perasan yang shopeepay belum diaktifkan. lepas dah aktifkan, adakah kita akan dapat refund tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. refund order akan masuk ke payment method
      if by cc.. akan masuk ke cc balik

      Padam
  18. Kalau x aktifkn shopee pay mmg xdpt refund Nye langsung atau shopee bayar balik masuk account yg kite bayar tu ke?..sy x bape Pham la

    BalasPadam
  19. Kalo x aktifkan shopeepay ni mmg xdpt balik refundnye ke atau shopee masukkn balik refund kat akaun bank yg kite bayar tu??..x bape Pham la

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua refund, akan masuk ke method pembayaran. kalau bayar pakai shopeepay, shopeepayla.. kalau tak.. akan masuk ke bank akaun or credit card

      Padam
  20. Kalau saya nak buat satu lagi akaun shopee boleh guna Shopee pay lagi tak? Yang sekarang saya tak aktifkan lagi yang kena ambik gambar ic tu semua dan tak guna pun Shopee pay tu untuk beli barang.

    BalasPadam
  21. Asslm kalau yg byr mllui topp tu cmna .kita topp pstu kita byr trus ke seller tu ka .cmtuka .kurg fhm

    BalasPadam
  22. Kenapa saya nak topup guna kad debit tak boleh.. asyik failed ja

    BalasPadam
  23. Klau saya nk duit yg dimasukkan kan hanya ke dlm shopee pay tnpa memasukkan no akaun bank xboleh ke?

    BalasPadam
  24. Assalam sis. Sy dah setting ni acc bank.. Tp tk activekn shopeepay tu. Dpt balik tak duit payment yg kita cancel tu? Twq

    BalasPadam
  25. Assalam sis. Sy dah setting no acc kat shoppee. Tp tak active shoppeepay pun. Dpt balik tak duit payment yg kita cancel tu? Tq

    BalasPadam
  26. Buat mcm lazada je senang..tak perlu nk ambil gambar ic dan gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. lazada tu...diaorg buat sendiri dahla tak boleh wd duit dari lazwallet tu.. haiyo

      Padam
  27. Nk tnye cara ni utk kegunaan duit lebihan dlm shopeypay nk pindah masuk bank akaun ke..yg tranfer tu bank akaun

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lebih nak transfer.. transfer sahaja ke akaun bank kita tu sis

      Padam
  28. assal.amacam mana kalau shopee dah block pin wallet?macam mana nk buka semula ya.saya tersalah tekan semasa isi akaun no.jadi...kalau ada buyer ingin beli barang dkt shopee shop saya...mmg stak boleh ke?harap dapat bantu saya.

    BalasPadam
  29. Kalau lazada boleh je bayar tanpa minta number ic dan akun bank.. Shoppe pun sama ke? Maksud saya tak payah isi2 still boleh bayar pakai duit dalam wallet?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lazada lain. shopee lain. lazada siap buat akaun wallet tanpa izin kita pun hehe. cara shopping kat shopee still boleh guna selain shopeepay

      Padam
  30. Assalam sis, nak tanya.
    Kalau kita tekan withdrawal tu, maksudnya duit balance dlm Shopeepay kita tu akan terus di-transfer masuk ke dlm acc bank yg kita daftarkan ke?

    Btw terima kasih sis ats artikel yg sgt membantu.

    BalasPadam
  31. Sya dah aktifkan semua dah..no akaun n ic..tp xleh nk withdraw dr shopeepay..keluar msg "you need a verifed bank account to withdraw money"..knp erk? Account bank semua dah setting tetapi dekat situ tulis jenis tetapan lalai..apa maksud lalai tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetapan lalai eh? kurang pasti saya in malay. owh ya, bank yang kita dah save di shopee cuba cek balik dah verify ke belum.

      Padam
  32. Kakak saya dah masukann number ic saya, tapi belum verify ic,, apakah uwang dalam shopeepay tu boleh guna beli barang..

    BalasPadam
  33. Kak saya dah daftar kp saya tapi belum verify ic saya,,apakah saya boleh beli barang tanpa verify ic dulu?

    BalasPadam
  34. ada sebarang caj bayaran ke kalau kita daftar shopeepay nie? maksud, bila buat pembayaran atas pembelian kita, shopee akan caj berapa % atas pembelian kita?

    BalasPadam
  35. berapa lama masa diambil untuk IC verified?

    BalasPadam
  36. Hello..Sye tunggu tindakbalas' dr.shopeepay.+-24jam..akaun Sye 0.00.
    ? Nk topup

    BalasPadam
  37. Assalam sis.. kalau kita nk transfer semula balance shopee pay ke akaun kene verify ic dlu kan.. lpas da verify ic.. active kan acc maybank...then, berapa lame duit nak masuk dlm acc kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini saya tak pasti pula. kene baca di shopee guideline atau awak chat je tanya cs shopee. diaorg jawab cepat je

      Padam
  38. Kak dia ada tamat tempoh ke ke kak,kalau macam isi 200 saja saja tapi tak pakai dia telan ke duit kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya tiada, awak boleh keluarkan balik duit shopeepay tu

      Padam
  39. Saya takde online banking, bole ke guna shopeepay

    BalasPadam
  40. saya ade cancel barang kat shopee pastu saya dah aktifkan shopeepay tu sebab die kate nak refund tapi boleh ke takpayah guna akaun bank sebab saye takde akaun bank lagi.Duit refund tu burn ke atau macam mane?

    BalasPadam
  41. jika order tu dibayar dari shopeepay duit akan kembali semula ke shopeepay. jika tak, duit akan masuk ke bank akaun. kene semak la semula.. jika takde juga, hubungi pihak shopee sebab shopee yang pegang semua duit kita

    BalasPadam
  42. Assalam..
    Dh daftar / install shopee app..
    Nk activate shopeepay, rejected.. "Due to security concern..."..

    BalasPadam
  43. lambat jgk ke nk dpt duit yg ditrnsfer ke acc kte tu ey..risau plk..duit 6pp jgk tu..confirm dpt ke...😕

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha Allah, awak kene keep monitoring dengan pihak shopee

      Padam
  44. Hai sis.. lepas aktifkan shopeepay tu,berapa minimum nak top up.boleh kah kalau bawah rm100..sebab barang yg nak beli tu harga dia rm50 lebih ja.dan boleh kah top up guna agrobank.cek dlm list bank agro bank tiada tersenarai jadi terpaksa guna shopeepay..cuma nak tau,agro bank boleh top up shopeepay tak.

    BalasPadam
  45. Hai sis.. Withdraw tu apa ye? Apa function dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. withdraw duit dalam shopeepay let say ada byk duit kat situ dan taknak simpan kat shopeepay

      Padam
  46. Shopee pay khas untuk mbeli sahaja ke? Kalau nak jual barang bayar pakai shopee pay dapat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. membeli sahaja awak. jual barang?? awak as merchant boleh subscribe shopeepay, nanti org lain bayar kepada akaun shopeepay awak. yang ni bab lain.

      Padam
  47. Hai kak.. Saya dh cancel brng saya, mcm mna nk dpt duit refund tu sbb saya belum ada shoppe pay dn acc bank dlm akaun shoope saya... Saya hnya membuat online banking

    BalasPadam
    Balasan
    1. chat dengan cs shopee dear. duit akan refund ke no akaun dear . sebaiknya aktifkan sekali shopeepay so next time akan masuk shopeepay. dan update no akaun di shopee sis

      Padam
  48. Saya dah aktifkan semua, bila masukkn no acc jd so we unable to process your request currently due security reasons.please try again tomorow.. knpe ye..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika masalah teknikal ni kena tanya pihak shopee terbaiknya dear. chat aje dekat apps tu cepat je settle insha Allah

      Padam
  49. Nak tanya shppeepay saya tiba2 tamat tempoh
    Mcam mana saya kena. Buat..
    Deposit banyak lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana tu boleh tamat tempoh? dah verify kan? sepatutnya tiada tarikh tamat ke apa

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.