Cara Setting Shop Shocking Sale Shopee (SS)

Assalamualaikum, hari ini alhamdulillah dapat invitation untuk gunakan Shop Shocking Sale di Shopee. Sejujurnya sudah hampir 3 tahun saya berniaga di Shopee belum pernah sekali pun saya berjaya join Shocking Sale Shopee. Jadi peluang yang ada ni, jika kalian semua ada dapat invitation ni kan, tolonglah gunakan sebaiknya!


Jadi jom kita cerita sedikit sebanyak pasal My Shop Shocking Sale Shopee. My Shop Shocking Sale dengan Shocking Sale di muka depan apps Shopee tak sama ye. Sistem yang sama tetapi nama sendiri ada perbezaan, iaitu MY SHOP dan SHOPEE.


My Shop Shocking Sale bermaksud Shocking Sale anda hanya berlaku di kedai anda sahaja. Jadi hanya yang masuk ke kedai anda sahaja akan dapat lihat promosi istimewa dari anda. 





Shopee Shocking Sale pula berlaku di muka depan aplikasi Shopee. Semua orang yang ada Shopee apps akan dapat lihat sale anda. 


Oleh itu tahniah kepada semua seller yang berjaya dapat MY Shop Shocking Sale, saya sendiri teruja tau. 


Tanpa buang masa, mari kita belajar cara setup Shocking Sale di kedai shopee kita ya. 


Cara Setting Shop Shocking Sale di Kedai Shopee




Page 1 - Ini adalah area anda perlu gunakan untuk create shop shocking sale. Tekan pada create new shocking sale

Bila anda tekan pada masa tersebut. akan keluar beberapa slot available. 


Di sini anda sudah pilih dan masukkan beberapa produk yang anda bakal buat shocking sale di kedai shopee anda.
Minimum 10% hingga maksima 99%



Bila anda sudah siap dan tekan submit. Akan keluar paparan seperti ini. Sewaktu editing anda masih boleh lagi adjust dan edit tetapi bila live period nanti. anda tidak boleh ubah apa-apa dah tau. 


hah, ini lah contoh shocking sale yang berjaya saya buat di kedai shopee kuuuu.... Huhu. Macam best je tengok countdown tu kan? 


Okay, nampak mudah. nampak macam best. tetapi ada kriteria produk untuk anda capai. Jika tak lulus kriteria ni, anda tidak boleh run juga shocking sale tahu. 


Shop Shocking Sale Product Criteria


Minimum stok produk : 3 unit ~ 1000 unit

Discount Limit: 10% ~ 99%

Promo Price: lebih rendah dari harga pasaran atau yang anda diskaunkan dalam masa 7 hari 
lower than lowest price in last 7 days (exclude Shopee Shocking Sale)

Product Rating(0.0-5.0): No Limit

Like(s): No Limit

Pre-Order(s): Must not be Pre-Order (wajib produk ready stok sahaja)

Orders in the last 30 day(s): No Limit (produk ni sudah ada jualan)

Days to Ship: <= 2

Repetition Control: >= 1
(The same product can‘t be enabled again until 1 day(s) later.
==> maksudnya bila dah berjaya buat shocking sale guna produk ni, anda boleh run semula shocking sale dalam masa 24 jam kemudian. Contoh 24 hb  dah run, next boleh run 26 hb kay.



Saya kongsikan Soal Jawab dari Shopee Education tentang My Shop Shocking Sale, Baca tahu. Dah baca barulah banyak ilmu :) alhamdulillah semalam saya dah buat di kedai. Dapat satu sale. Haa, rajin-rajin tambah follower. Nak berjaya jangan main-main dan banyak alasan tahu.



Nampak tak 1 sold tu. Allah aje tahu perasan masa tengok dapat sale hasil shocking sale ni tau. Alhamdulillah. aamiin.



Soal Jawab My Shop Shocking Sale



Q: Why can't I see my My Shop's Shocking Sale products in the Shocking Sale main page?
(Kenapa tidak boleh nampak produk My Shop Shocking Sale di paparan utama Shocking Sale? 

A: My Shop's Shocking Sale is a Flash Sale for your shop only, and will not be shown on the main Shocking Sale page.
(Sebabnya my SHOP kan, jadi shocking sale ni hanya berlaku di kedai anda sahaja kay)


Shocking Sale di Kedai Shopee

Q: Why can't I see my My Shop's Shocking Sale on PC Web?
(Kenapa tak boleh nampak shop shocking sale kat PC/ dekstop view?)

A: My Shop's Shocking Sale is viewable on Mobile App only.
(SS ni hanya untuk mobile apps sahaja, so customer yang tengok dekat handphone barulah diaorg boleh nampak SS kedai anda)

Jika anda lihat di sini, memang tiada sebarang paparan shocking sale. tetapi bila saya clik pada produk yang saya sudah berjaya shocking sale. Ada notis bahawa sale itu sedang dalam program shocking sale.

Paparan shocking sale muncul di produk yang kita dah submit untuk shocking sale


Q: Why can't I add/nominate certain products to My Shop's Shocking Sale?
(kenapa ada sesetengah produk tak boleh join shop shocking sale?)

A: Check that your products fall under the 'Applicable Categories' specific to each campaign.
(ni kalian kene cek balik, produk kriteria yang saya dah tuliskan di atas tadi)




Q: I want to offer XX% discount for my products. Why can't I input that discount?
(Kenapa dah letak offer pun gagal join?)

A: Make sure the discount offered lies in the 'Accepted Discount Range' of the campaign. 
(pastikan korang letak offer % tu, ikut syarat yang shopee dah tetapkan, 10% to 99% kay)  




Q: I have a few varieties for my products. Can I set a different discount % for each of the variety?
(boleh tak kalau lain produk, lain diskaun offer?)  

A: Yes, you can. You can set a different discounted price for each product variety. 
(boleh)




Q: Can I edit my products after submitting them?
(Boleh tak saya edit produk selepas submit SS?)

A: Yes, as long as the My Shop's Shocking Sale session has not started.
(Boleh. selagi SS anda belum start)




Q: How will campaign stock affect my normal product inventory/stock?
(Bila join SS ni, stock normal kat kedai akan terganggu tak?)

A: Once a product has been successfully confirmed into a My Shop's Shocking Sale, the campaign stock quantity will be immediately deducted from the product's normal stock.
(ada. kalau boleh setkan amount bagi produk yang anda bakal submit untuk shocking sale, manalah tahu jika tiba-tiba produk laku keras dan anda tiada stock pula)


e.g. Item A normal stock = 100. You commit 30 campaign stock to a My Shop's Shocking Sale, Item A's normal stock will now be 70 (100 - 30). Campaign stock not sold at the end of the My Shop's Shocking Sale will be added back to normal stock.



Alhamdulillah. Faham ya?


Mungkin masih belum ramai belum ada Shop Shocking Sale tetapi insha Allah nanti semua peluang akan diberikan. Teruskan usaha dan semoga berjaya.




Ada banyak lagi Shopee Marketing Tools yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan sales. Insha Allah kita kongsikan satu per satu cara menggunakan marketing tools dari Shopee ni.



Alhamdulillah. Anda suka perkongsian dari saya? Nanti kita sambung lagi kay. Doakan saya dapat terus share dan buat video tutorial sekali =)

0 Comments