Poslaju Down Dan Kesan Terhadap Shopee Seller dan Lain-Lain Servis Menggunakan Poslaju Sistem

Sejak semalam baru saya tahu yang Poslaju sedang mengalami gangguan bukan sahaja di Shopee tetapi seluruh sistem yang link dengan mereka. Masalah yang kami alami di Shopee ialah kami tidak dapat langsung untuk generate tracking number (AWB). Ini merupakan masalah kepada Shopee seller yang mengambil Program Poslaju Free Shipping. Apa yang saya fikirkan ialah jika poslaju yang mempunyai masalah adakah pihak Shopee akan extend masa shipment kami? huhu


Jika tiada extend, takkan kami semua dikenakan penalti pula?


Keluar error kan? Langsung tak dapat nak print AWB. Terpaksa kita semua sabar menunggu

Bagi customer Shopee, sekiranya anda sedang membaca entri ini. Maafkanlah kami semua kerana kami tidak dapat membuat apa-apa selagi sistem Poslaju tidak dibaikpulih. Kami yang menggunakan Poslaju via program Free shipping Shopee perlukan AWB untuk mengeposkan tempahan-tempahan kalian.


Diharap pelanggan Shopee khususnya untuk bersabar. Kami juga resah bila tak dapat uruskan pengeposan kalian semua. Buktinya, saya tunjuk bukti keresahan rakan-rakan Shopee saya juga.







Baru tadi juga saya dapat email dari Sendparcel memaklumkan perkara yang sama.



Ini bermakna semua kurier servis yang turut menggunakan sistem Poslaju juga tidak dapat membuat hantaran kerana mereka semua perlukan tracking number dari sistem Poslaju.




Sama-samalah kita doakan agar sistem Poslaju kembali baik dan kita semua boleh poskan order daripada customer semua.


Harap semua faham walaupun kita semua nak cepat. Apa yang berlaku adalah diluar bidang kita kan?


Ini baru server down dari Poslaju, belum hal-hal lain lagi kan?

Catat Ulasan

0 Ulasan