Cara Hilangkan Lalat Dengan Spray Organik Anti Serangga Sepuluh Ribu (Review)


Lalat. Saya pelik bila lalat semakin banyak di rumah. Nak kata terlalu kotor di dapur atau dah lama tak buang sampah macam tak. Pinggan mangkuk di cuci setiap masa dan cuci sinki. Sisa makanan dibuang setiap hari. 


Haii. Mana pula datang sekumpulan lalat. Rupanya ada pusat penyembelihan ayam tak jauh dari rumah. Baru agaknya. Saya teringat dulu semasa di UMP, banyak betul lalat, katanya lalat akan banyak menghinggap apabila berdekatan dengan rumah penyembelihan ayam. Sadis kan? 


Tak tahan dengan situasi lalat yang semakin banyak. Saya cuba cari solusi untuk menghilangkan lalat. 


Menurut artikel di mstar, 

Tahukah anda, lalat tidak hanya hinggap tetapi ia turut memuntahkan air liur ke atas makanan sebagai salah satu cara membuatkan makanan itu cepat lembik dan berair.

Atas sebab itu, makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat cukup mudah basi dan berair.

Ia sekali gus memudahkan haiwan itu untuk menikmati makanan yang sudah basi dan lembik kerana lalat tidak mempunyai gigi dan makan dengan cara menjilat cecair.

Lebih menggelikan, lalat juga akan membuang air besar ke atas makanan dan biasanya kita tidak akan dapat lihat najis dan air liur yang ditinggalkan dengan mata kasar.



Lagi banyak baca, lagi seram saya rasa. 



Terus ke kedai dan cuba cari produk yang boleh menghalau lalat. Saya ada produk sembur serai wangi, tapi baunya terlalu kuat dan rasanya seperti tidak berkesan untuk lalat selain semut. 



Saya beli produk spray Anti Serangga Sepuluh Ribu. Katanya berkesan untuk hapus lalat. Okayla. Balik rumah terus sembur. 

Kesannya tidak serta merta tetapi lebih baik daripada serai wangi. Dalam beberapa jam, mungkin sebab racun tu sudah dijilat oleh lalat tersebut. Maka, bergelimpangan la lalat-lalat di dapur. Bising jugalah anak-anak tengok lalat mati merata kan. Dia orang ni memang jakun jugalah haha. 

Tengoklah tu. Jatuh ke lantai. Ada di kaunter top dan meja makan. Banyak tahu. Alhamdulillah ada anti serangga sepuluh ribu, syukur sangat-sangat. Eh, mari saya kongsikan Details produk ni kay. Owh ya, saya dapati produk ini tidak dipasarkan di pasaran media secara meluas. Tetapi Insha Allah anda boleh jumpa produk ni di kebanyakan kedai runcit area rumah anda. 


ANTI SERANGGA SEPULUH Ribu PASTI BERKESAN


ORGANIK 
TIDAK RACUN

Boleh digunakan untuk menghapuskan
1. Lalat
2. Lipas 
3. Semut
4. Lipan
5. Anai-anai
6. Labah-labah
7. Kutu-kutu
8. Siput babi
9. Nyamuk 
10. Kuya pokok
11. Belalang 
12. Kumbang 
13. Pijat
14. Pacat
15. Lintah
16. Dan lain-lain serangga 


Harga 
RM20 500ml
RM25 750ml



Catat Ulasan

0 Ulasan