Program Waqaf Buku dari Pejuang Usahawan


Assalamualaikum w.b.t & Salam Pejuangan


Sukacitanya kami di PejuangUsahawan.com melancarkan program Wakaf Buku yang bertujuan untuk membekalkan buku-buku ke masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan, atau kepada orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewakaf.


Keutamaan sumbangan wakaf buku akan diberi kepada sekolah-sekolah yang berdaftar sebagai penerima wakaf Al-Quran bersama Pejuang Usahawan. Kami akan hantar wakaf buku bersama dengan wakaf Al-Quran. Kos penghantaran akan ditanggung oleh PejuangUsahawan.com.


Jumlah wang yang terkumpul akan diguna untuk membeli buku-buku, kitab-kitab pengajian & bahan bacaan yang bersesuaian dengan pihak sekolah. PejuangUsahawan akan berbincang dengan pihak institusi dan sekolah terlebih dahulu untuk menentukan tajuk & kategori buku yang bersesuaian.


Kami menyasarkan jumlah wang sebanyak RM5,000 - RM10,000 untuk sesebuah institusi. 
 

CARA MUDAH UNTUK SERTAI PROGRAM WAKAF BUKU:

Transferkan jumlah wang yang mahu diwakafkan ke akaun berikut:

=========
Maybank Islamic Berhad
=========

Pejuang Usahawan  Sdn Bhd
564810512401

Mohon tulis "WAKAF BUKU" sebagai reference / payment details.
 

Tuan-tuan & puan-puan boleh transfer sejumlah wang mengikut budi bicara masing-masing. Kami tidak meletakkan sebarang nilai minimum ataupun maksimum untuk sumbangan wakaf.


Semoga ALLAH.s.w.t memberkati pejuangan kita berjaya di dunia & akhirat.




Alhamdulillah. Saya selalu juga mengikuti pejuangusahawan ni. Follow channel mereka di telegram. Banyak input berguna kepada saya sebagai peniaga. Tak dapat hadir ke seminar atau bengkel, kita usaha cara lain untuk mendapatkan ilmu kan?


Sahabat nak berwaqaf?


Mari berwaqaf, usah tunggu kaya ya. Berwaqaf lah semasa anda boleh walaupun sedikit. 

Catat Ulasan

0 Ulasan