Perkara Boleh dan Tidak Boleh Semasa Total Lockdown 1 June 2021

Total Lockdown pada 1 June 2021, bagi saya sama seperti PKP 1.0 yang telah kita semua lalui pada 18 Mac 2020. Cuma kali ini beberapa perubahan besar seperti perkhidmatan penjajaan / peniaga kecil di buka sepenuhnya. Semua peniaga jalanan dibenarkan beroperasi dengan kaedah walk in. Insha Allah, kita doakan tiada isu beramai-ramai keluar kerana setiap rumah hanya dibenarkan seorang sahaja keluar membeli keperluan atau makanan. Jadi, saya berharap tiada panik buying dan akhirnya menyebabkan berlaku kluster panik buying. Sungguh wabak Covid-19 ini amat menggelisahkan saya. Saya takut bukan kerana COVID-19, saya takut apakah saya sudah bersedia bertemu Allah dengan amalan saya yang masih kurang dan terlalu sedikit untuk dihitung. 





Kematian itu pasti. Kita boleh mati semasa tidur. Kita boleh kehilangan seseorang dengan begitu mudah. Tetapi apakah kita mampu ready untuk menghadapi mati dengan amal dan ibadah kita? Itu adalah perkara yang perlu diberi renungan dan muhasabah diri. Wabak ialah satu ujian terhadap umat islam, dan bagaimana kita mengatasinya dengan redha atau marah kepada Pencipta yang menurunkan wabak?

 

Mari saya kongsikan apakah perkara yang boleh anda lakukan, perkhidmatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa TOTAL LOCKDOWN pada 1 June 2021 nanti.


TERKINI: PERKARA BOLEH & TIDAK BOLEH TOTAL LOCKDOWN


📌 Senarai Perkhidmatan Perlu


1. Makanan dan Minuman 

2. Perubatan dan kesihatan

3. Air

4. Tenaga 

5. Keselamatan

6. Pengurusan Sisa Pepejal

7. Pengangkutan 

8. Perkhidmatan Pelabuhan

9. Komunikasi 

10. Perbankan

11. Perkreditan

12. E-dagang 

13. Pengeluaran Bahan Api 

14. Hotel & Penginapan (Kuarantin) 

15. Pembinaan & Penyelenggaran 

16. Perhutanan 

17. Logistik 



📌  Semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN 


Kecuali sektor: 


1. Aeroangkasa

2. Makanan & Minuman

3. Pembungkusan Pencetakan 

4. Penjagaan diri & cuci 

5. Perubatan dan kesihatan 


Kesemuanya ada 12 sektor (60% kapasiti pekerja)


📌 Shopping mall DITUTUP kecuali Bahagian Makanan, Kedai Makanan & Restoran, Farmasi

📌 Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan, Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti DIBENARKAN

📌 Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan, 2 orang sahaja kecuali perubatan dan sebagainya

Tertakluk kepada radius 10 kilometer sahaja

📌 TASKA, tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun TIDAK DIBENARKAN beroperasi KECUALI bagi frontliners dan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja

📌 Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah dibenarkan

📌 Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dari jam 8 pagi hingga 8 malam

📌 Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad dibenar kepada joging dan senaman sahaja

Perlu patuhi penjarakan fizikal 2 - 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam

📌 Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama.


Duduk rumah jika tiada keperluan. Beli barangan secara online sekiranya ianya bukan barang basah. Kurangkan aktiviti keluar rumah dan bertemu orang ramai. Ianya yang terbaik bagi menjaga keluarga anda sendiri. Ingat, jangan sesekali jadi asbab diri kita menjadi pembawa dan membawanya pulang ke pangkuan tersayang.


Saya kongsikan gambar yang saya dapat dari DG Hisham. Beliau dan frontliners sudah kepenatan. Mereka berjuang sejak tahun 2020 sehingga hari ini. KITA?


Kita buat apa untuk bantu mereka? Tanya diri sendiri. Saya? Saya duduk rumah dengan anak-anak, amalkan COD dan order secara online walaupun setin susu pekat SAJI. Yes seriously tahu, tapi bukanlah setin semata-mata, belilah secara bijak! 














Kita semua boleh lakukan. Duduk di rumah semasa TOTAL LOCKDOWN. Tolong turunkan graf jangkitan Covid-19 di Malaysia. Sama-sama kita semua boleh.


Catat Ulasan

0 Ulasan