Panduan Lengkap Solat Jenazah Lelaki: Niat, Cara, Doa dan Hikmah Solat Jenazah

Solat jenazah lelaki atau perempuan adalah satu amalan penting dalam Islam yang menghormati individu yang telah meninggal dunia. Ia melibatkan doa-doa khusus untuk memohon ampun dan rahmat Allah ke atas arwah yang telah meninggal. Solat jenazah juga mengingatkan kita tentang keterbatasan hidup manusia dan perlunya persediaan untuk akhirat. Ia merupakan simbolik kasih sayang terakhir dan pengingatan akan kematian. Solat jenazah dilakukan dengan penuh hormat di masjid atau tempat pengebumian, memberikan peluang kepada saudara seagama untuk mengucapkan selamat jalan kepada yang telah pergi dan memohon kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Amalan ini mengajar kita untuk sentiasa bersedia menghadapi akhirat yang pasti kita akan hadapi suatu hari nanti.


Maksud Solat Jenazah

Apakah maksud solat jenazah? Solat atau sembahyang jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang mati.

Tujuan solat ini adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah untuk si mati.


Beza Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan

beza solat jenazah lelaki dan perempuan


Solat jenazah untuk lelaki dan perempuan sebenarnya hampir sama, tetapi ada beberapa perbezaan kecil yang berkaitan dengan kedudukan jenazah dan cara doa khusus dibaca.


1. Kedudukan Jenazah

Dalam solat jenazah lelaki, jenazah lelaki diletakkan di hadapan orang yang akan melaksanakan solat jenazah, manakala dalam solat jenazah perempuan, jenazah perempuan diletakkan di hadapan mereka yang akan melakukan solat.


2. Takbir Pertama

Dalam takbir pertama solat jenazah lelaki, selepas takbir, biasanya dibaca doa yang merujuk kepada lelaki. Sebaliknya, dalam solat jenazah perempuan, doa yang merujuk kepada perempuan dibaca selepas takbir pertama.


3. Takbir Kedua 

Takbir kedua dalam solat jenazah lelaki juga diikuti dengan doa yang merujuk kepada lelaki. Dalam solat jenazah perempuan, takbir kedua diikuti dengan doa yang merujuk kepada perempuan.

Dalam kesimpulannya, amalan solat jenazah bagi lelaki dan perempuan hampir sama dalam banyak aspek. Dalam kedua-dua kes, solat jenazah adalah satu cara untuk menghormati individu yang telah meninggal dunia dan melibatkan doa khusus untuk memohon ampun dan rahmat Allah ke atas arwah yang telah meninggal. Solat jenazah dilakukan dengan penuh penghormatan sebagai bentuk akhir penghormatan kepada individu yang telah pergi.


Kelebihan & Pahala Solat Jenazah

solat jenazah lelaki perempuan


solat jenazah lelaki perempuan


Hukum Solat Jenazah

Solat Jenazah adalah solat yang dilakukan ke atas si mati. Hukum menunaikannya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika di suatu kawasan tersebut ada yang melakukannya, maka orang lain terlepas kewajiban untuk melaksanakannya.


Baca juga: Doa Mustajab Depan Kaabah


Rukun Solat Jenazah Lelaki & Perempuan

Cara sembahyang jenazah adalah TIDAK sama seperti solat-solat yang lain.

Perlu diingati bahawa solat ini TIADA rukuk dan sujud. Ia dilakukan secara berdiri sahaja dari awal sehingga akhir.

Cara mengerjakan Solat Jenazah adalah seperti berikut:

Ada 7 rukun di dalam solat jenazah, iaitu:

  • Niat
  • Berdiri tegak. Perlu diingat, Solat Jenazah tidak ada rukuk mahupun sujud. Ianya dilakukan hanya dalam keadaan berdiri.
  • Takbir sebanyak 4 kali.ianya termasuk takbir pertama (takbiratulihram)
  • Baca Al-fatihah selepas takbir pertama.
  • Ucap Selawat selepas takbir kedua (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad.)
  • Doa kepada Jenazah selepas takbir ketiha
  • Salam selepas takbir keempat.

Niat Solat Jenazah Lelaki

Lafaz niat solat jenazah berbeza bagi jenazah lelaki atau perempuan.

niat solat jenazah lelaki

Niat Solat Jenazah Perempuan

niat solat jenazah perempuan


Cara Solat Jenazah Lelaki & Perempuan

cara solat jenazah lelaki perempuan


cara solat jenazah lelaki perempuan


  • Berdiri tegak dan membaca niat.
  • Membaca surah al-fatihah.
  • Angkat takbir kedua dan baca selawat (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad)
  • Angkat takbir ketiga, diikuti doa buat si mati.
  • Angkat takbir keempat, dan baca (Allahuakbar, Assalamualaikumwaramatullah), beri salam

Doa Solat Jenazah Lelaki & Perempuan

doa solat jenazah lelaki perempuan


solat jenazah lelaki perempuan


Perkara-perkara Sunat Dalam Solat Jenazah

Terdapat beberapa perkara sunat semasa melakukan Solat Jenazah antaranya adalah seperti:

  • Sunat mengangkat tangan ketika takbir
  • Meletakkan tangan di atas pusat sebagaimana solat fardu yang lain.
  • Membaca doa selepas takbir keempat:
  • Hendaklah menbuat sekurang-kurangnya tiga saf.
  • Imam hendaklah berdiri berdekatan dengan pinggang mayat sekiranya mayat tersebut jenazah perempuan, dan berdekatan dengan bahu sekiranya jenazah tersebut lelaki.
  • Memandang sebelah kanan dan kiri semasa memberi salam.
  • Sunat mendirikan sembahyang jenazah secara berjemaah, tetapi diharuskan melakukannya seorang diri.

Baca juga: Solat Hajat

Kesimpulan


Setiap yang hidup pasti akan kembali kembali kepada penciptanya.

Ambillah pengajaran daripada setiap kematian yang berlaku. Semoga dengan ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Selain itu, apabila berlakunya kematian kita dituntut untuk menguruskannya terutamnya apabila berlaku dari kalangan keluarga.

Semoga panduan ini menjadi manfaat kepada kita semua.


Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Jenazah Lelaki & Perempuan


Berikut adalah beberapa persoalan mengenai masalah yang berkaitan solat jenazah ini:

Apa Itu Solat Jenazah?
Solat jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang mati.

Apakah Hukum Solat Jenazah?
Menurut ijmak ulama, solat jenazah ke atas jenazah yang bukan mati syahid adalah fardu kifayah, iaitu bagi orang yang masih hidup di kawasan tersebut.

Sekiranya ada pihak yang telah melakukannya, walaupun seorang, maka terlepaslah kewajipan ke atas orang lain.

Apa Tujuan Solat Jenazah?
Tujuan solat jenazah adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah untuk si mati.

Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan?
Dalam keadaan begini, tunaikanlah hajat mereka dan niatkan dalam hati:
“Sahaja aku solat ke atas jenazah yang disolatkan imam, 4 takbir fardu kifayah sebagai makmum kerana Allah Taala.“

Solat Jenazah Perlu Dilakukan Kepada Siapa?
Jenazah yang wajib disolatkan adalah jenazah orang Islam. Ia termasuklah jenazah yang keislamannya hanya dilihat daripada ibu bapanya yang Islam atau salah seorang daripada mereka Islam. Boleh juga dilihat dari negeri tempat tinggalnya.

Begitu juga wajib didirikan solat ke atas orang Islam yang melakukan dosa besar dan orang yang dihukum mati oleh pemerintah

Apakah Hikmah Solat Jenazah?
Sembahyang jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk meringankan bebanannya.

Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.

Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.

Inilah hikmah solat yang kita lakukan

Apakah Rukun Solat Jenazah?
Solat jenazah terdiri daripada 7 rukun yang mana jika salah satu daripada 7 rukun ini ditinggalkan – maka tidak sah solat jenazah tersebut, bahkan tidak sempurna tuntutan fardu kifayah.

Tujuh rukun solat jenazah tersebut adalah:

1. Niat
2. Berdiri bagi orang yang mampu
3. Takbir empat kali
4. Membaca al-Fatihah
5. Membaca selawat
6. Mendoakan keampunan buat si mati
7. Memberi salam

Hukum Menjadi Makmum Masbuk Dalam Sembahyang Jenazah
Makmum yang masuk lewat ketika imam sudah melakukan takbir sekali atau lebih daripada sekali takbir, makmum perlu bertakbir dan terus membaca al-Fatihah walaupun ketika itu imam bukan dalam takbir pertama.

Apabila imam memulakan takbir berikutnya sedangkan makmum belum sempat membaca al-fatihah, maka makmum perlu mengikut imam mengangkat takbir dan tidak perlu membaca al-Fatihah.

Apabila imam selesai dan memberi salam, makmum masbuk tadi perlu menambah bilangan takbir dan bacaan-bacaannya.

Bilakah Waktu Mengerjakan Solat Jenazah?
Diharuskan solat jenazah pada semua waktu kerana solat ini adalah solat yang mempunyai sebab.

Hukum Mengerjakan Solat Jenazah Selepas Waktu Subuh Dan Asar
Para fuqaha al-Syafi’eyyah menyebutkan bahawa solat jenazah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dari sudut ia tidak terhad kepada waktu-waktu yang tertentu.

Oleh itu, hukum mengerjakan sembahyang jenazah selepas subuh ataupun asar adalah dibolehkan.

Bolehkah Solat Jenazah Dilakukan Seorang Diri?
Ia sunat dilakukan secara berjemaah, namun sah apabila dibuat seorang diri.

Hukum Wanita Mendirikan Solat Jenazah
Hukumnya harus untuk wanita mendirikan solat jenazah. Tetapi tidak memadai (tidak tergugur kefarduan) apabila hanya orang perempuan yang melakukannya sedangkan terdapat orang lelaki ketika itu.

Hukum Solat Jenazah Selepas Mayat Dikebumikan
Apabila jenazah sudah dikebumikan sedangkan jenazah belum disolatkan lagi, maka harus disolatkannya di atas kubur.

Akan tetapi apabila jenazah yang belum disolatkan itu sudah dimasukkan ke dalam kubur tetapi belum ditimbus lagi, maka perlu dikeluarkan jenazah dan disolatkan.

Bagaimanakah Cara Solat Jenazah Ghaib?
Solat Jenazah Ghaib ialah solat ke atas jenazah yang tidak ditemui atau jauh tempatnya serta sukar untuk pergi ke sana. Solat Jenazah Ghaib dilakukan sama seperti sembahyang jenazah biasa.

Menurut ulama mazhab asy-syafi’e seperti Imam an-Nawawi, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya melakukan solat ghaib untuk mayat tersebut.

Tetapi adalah makruh jika dilakukan solat ghaib itu di atas kubur, melainkan jika kubur itu adalah kubur para nabi dan orang yang mati syahid dalam peperangan.

Ibnu Qudamah (ulama mazhab Hanbali) mengatakan hukumnya adalah harus melakukan solat ghaib di atas kubur mayat tersebut.

Adakah Solat Jenazah Mempunyai Rukuk Dan Sujud?
Solat jenazah adalah solat yang tidak mempunyai rukuk, sujud dan tasyahud.

Rukun utama sembahyang jenazah adalah empat takbir termasuk takbiratul ihram. Empat takbir boleh dianggap sebagai rakaat bagi solat jenazah kerana setiap takbir memisahkan bacaan-bacaan yang tertentu.

Mengapa Tiada Rukuk dan Sujud Dalam Solat Jenazah?
Solat jenazah adalah satu-satunya solat yang tiada rukuk dan sujud.

Hikmah tidak disyariatkan rukuk dan sujud padanya adalah supaya orang yang jahil tidak menyangka rukuk dan sujud itu untuk jenazah disebabkan kedudukan jenazah berada di hadapan orang yang solat.

Siapakah Orang Yang Afdal Menjadi Imam Solat Jenazah?
Menurut mazhab Syafi’e, wali kepada jenazah lebih aula (utama) mensolatkan jenazah, kerana sembahyang jenazah adalah doa untuk si mati.

Doa kaum kerabat dan waris adalah lebih mudah dimakbulkan Allah Taala.

Susunannya seperti berikut:
1. Bapa
2. Datuk dan ke atas
3. Anak lelaki
4. Cucu dan ke bawah
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Anak lelaki saudara seibu sebapa
8. Anak lelaki saudara seibu.
9. Seterusnya mengikut tertib ‘asobah dalam ilmu faraid.

Bagaimanakah Kedudukan Jenazah Dalam Solat Jenazah?
Kedudukan jenazah dalam solat jenazah adalah seperti di bawah:

Jenazah perlu diletakkan melintang di hadapan Imam. Manakala imam dan makmum menghadap kiblat.

Kedudukan kepala jenazah adalah seperti berikut:
— Sebelah kanan bagi jenazah perempuan.
— Jika jenazah lelaki, kepalanya diletakkan disebelah kiri imam.

Sekiranya jenazah itu lelaki, imam perlu berdiri setentang dengan kepalanya dan sekiranya jenazah itu perempuan, imam perlu berdiri  sententang dengan pinggangnya.

Bagaimana Kedudukan Saf Solat Jenazah Mengikut Bilangan Makmum?
Berikut pula adalah kedudukan saf sembahyang jenazah mengikut bilangan makmum yang hadir:

solat jenazah lelaki


Catat Ulasan

0 Ulasan