5 Tips Suri Rumah Urus Masa Dan Kerja Di Rumah Setiap Hari

Dari penulis, Allan & Barbara Pease, buku bertajuk Why Men Can Do Only ONE Thing At A Time, And Women Never Stop Talking menyatakan bahawa "Orang perempuan mampu melakukan beberapa tugas yang saling tidak berkaitan pada masa yang sama. Ini kerana, jaringan saraf pada otaknya tidak pernah putus". Entri ini ditulis sebenarnya pada masa sama saya sendiri sebagai orang perempuan sudah hampir kepeningan gara-gara terlalu banyak berfikir dan menguruskan hal pada waktu yang sama!


Saya sedang menulis artikel ini, sambil membayar banking online kepada guru kelas blog saya. Sambil membuka games, play.org untuk menyediakan artikel untuk plays, bermain video di sana, buat recording dan siapkan entri untuk mempromosikan games mereka, ketika ini juga, saya buka di group Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah untuk mendapatkan kembali gambar-gambar poster Ebook berkaitan kedai online, surirumah dan resepi ketika berpantang. 


tips surirumah bekerja dari rumah


Ketika semunya dibuka, dan saya mula terasa serabut sangat. Allahu apa bende nak buat ni!


Pada saat itula saya teringat perempuan ada keupayaan multitasking dan ditulis dalam kajian Allan & Barbara Pease. Saya sebutkan satu per satu kepada suami pada mukasurat di mana wanita boleh berfikir dan melakukan banyak aktiviti serentak dan akhirnya para wanita menghadapi masalah mengenal kiri dan kanan. Kurang faham? Begini, disebabkan kita orang perempuan terlalu banyak berfikir dan melakukan multitasking, kita tunjukkan arah kanan, tapi kita maksudkan arah kiri. Dan perasan tak jika anda bertengkar dengan suami gara-gara anda tersilap maklumkan arah?


tips surirumah bekerja dari rumah


Owh, jika anda semua belum lagi ada buku Why Men Can Do Only ONE Thing At A Time, And Women Never Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, saya sarankan TOLONGLAH beli sekarang. Dapatkan! Buku ini sangat seronok dibaca dan banyak sangat ilmu yang berguna dalam kehidupan perkahwinan. Bila anda baca, anda faham kenapa anda sebegitu, dan suami sebaliknya. Seronok dapat memahami tingkah laku suami anda, dan percayalah selepas ini hidup anda akan semakin ceria dengan taktiks dan boleh bersabar bila suami anda lakukan kesilapan :)

Jadi Bagaimana Suri Rumah Nak Manage Jadual Supaya Kurang Lakukan Kesilapan?


5 Tips Suri rumah Kekal Fokus Setiap Hari Akibat Terlalu Multitasking


1. Listkan tugasan rumah yang wajib dibuat dahulu seawal bangun pagi. Adakah kene sediakan breakfast? Adakah mengemas dahulu? 

2. Apakah tugasan utama untuk disiapkan berkaitan bisnes anda?

3. Tulis setiap perkara utama, jangan terlalu banyak. Mentor saya pesan, 3 utama perlu dilakukan. Siapkan dan tulis lagi. 

4. Jadikan rutin bangun awal pagi seawal 5 pagi setiap hari. Boleh kita tahajud, listkan tugasan dan paling penting jangan tidur semula selepas subuh kay


Diharap entri ini dapat membantu anda semua kekal fokus, lakukan kurang kesilapan dan kurang stress. Jika tiada aturan, maka apa sahaja kita buat akan kucar-kacir.


Satu lagi saya lupa share, tips ke 5, amalkan setiap hari 40 kali zikir Allahumma Ya Bari sama ada selepas solat subuh atau sebaiknya saat bangun dari tidur. Insha Allah urusan anda pada hari itu akan dipermudah dan dijaga oleh Allah swt. 




Catat Ulasan

0 Ulasan