6 Cara Berkesan Memaksimakan Marketing di Facebook Page Anda

Alhamdulillah saya kongsikan bagaimana nak maksimakan marketing facebook page anda. Saya pasti anda sudah pun memiliki sebuah kedai facebook yang rasmi sebagai tapak bisnes anda di media sosial Facebook kan?.


Baiklah, mari kita buat checklist adakah kedai facebook anda sudah lengkap atau belum? Kemudian, saya akan listkan apakah tindakan selanjutnya yang harus anda lakukan untuk mendapatkan prospek yang lebih targetted dan sudah tentu sales!


servis bina facebook page



Checklist Marketing Facebook Page:-

Apakah yang dimaksudkan dengan checklist ini ialah persiapan, atau infomasi yang lengkap mengenai kedai facebook anda. Sudah tentu anda tidak mahu buat kerja separuh jalan, bila kita mula buka kedai, infomasi mengenai kedai anda, produk, cara hubungi, cara pembelian haruslah lengkap dan tepat. 

1. Tentang kedai (about)

Isikan segala info tentang kedai anda, nama kedai, username, nombor yang boleh dihubungi, nombor whatsapp, website (jika ada), perihal kedai dan produk. Semuanya haruslah betul. 

** tips: untuk nama kedai dan username gunakan kata kunci bisnes/produk supaya anda mendapat prospek yang targetted berbanding nama branding kecuali anda dan brand anda sudah femes. 

2. Cover page & profile page

Pilih gambar yang sesuai dan melambangkan produk/bisnes anda. Ini juga merupakan marketing direct untuk customer tahu apa sebenarnya kedai anda dan cara menghubungi anda dengan lebih mudah & senang. 


Anda boleh letakkan promosi terkini, copywriting ringkas jadi customer tengok sahaja sudah tahu. Usah biarkan customer terskroll2 tak sudah-sudah di page anda dan akhirnya hilang minat. Lagi teruk, anda langsung tidak meletakkan sebarang gambar pada cover dan profile page. Ini terus menghilangkan kredibiliti kedai facebook anda di mata pelanggan. 


SIAP!. jom ke sesi seterusnya


Mari kita beralih kepada apa perlu dibuat setelah siap kedai facebook anda. 


Sudah berjaya bina facebook page, tidak bermaksud anda lepas tangan dan harapkan keajaiban berlaku. Terus dapat sales berderu-deru! Cuba lihat brand-brand besar, apa mereka lakukan? Facebook page mereka sentiasa aktif bukan? Follower dan likes bertambah dari masa ke semasa, mendapat review yang bagus dan status page mereka sentiasa dikemas kini dan update setiap hari. 


Barulah kedai/brand mereka di facebook itu dipercayai. Ibarat rumah yang siap tetapi tiada penghuni, kita tetap menganggap rumah itu kosong dan tiada bertuan tetapi bila sudah ada yang masuk ke dalam rumah, menghiaskan dan menetap. Barulah kita tahu rumah itu hidup dan yakinlah kan nak berkawan, berjiran dan bertanya akan hal tuan rumah setuju? Begitulah situasi rumah kedai anda di facebook. 


Facebook personal ialah medium untuk anda berkawan, share tentang hal peribadi manakala Facebook page ialah medium anda berniaga, share tentang produk, aktiviti bisnes secara terbuka dan tak risau kawan-kawan meluat, rimas anda asyik sibuk menjual dan update suruh membeli di wall mereka. Disebabkan hal inilah, Facebook mengasingkan urusan personal dan bisnes :)


Ringkasan aktiviti marketing di Facebook page anda supaya lebih kedai anda lebih dipercayai dan mendapat prospek yang tepat. 

1. Invite kawan-kawan dari facebook personal untuk like page anda. 

- Ada 2 cara yang boleh anda buat iaitu melalui facebook dekstop atau apps facebook page (Meta Business Suite)

- Paling mudah nak invite like secara banyak 100 users dalam 1 klik ialah menggunakan apps, tetapi saya prefer guna dekstop kerana dapat sent invitation like ke inbox kawan facebook :). Cara ni kills two birds in one stone kerana dapat menghidupkan semula kawan facebook yang tak perasan anda wujud sebagai kawan dia. 


servis bina facebook page

servis bina facebook page
Guna facebook page apps dan dalam satu klik anda boleh invite 100 orang sekaligus untuk like page anda.


servis bina facebook page



servis bina facebook page
Baguskan? Dapat berinteraksi dengan rakan-rakan facebook dan mewujudkan aktif engagement bersama rakan yang pasif


2. Update sekurang-kurangnya satu post setiap hari. Nak lagi bagus, update status 3-10x sehari jika mampu, tetapi sehari sekali pun memadai. 


3. Jika anda sudah ada customer yang pernah membeli dari anda, minta mereka untuk beri review pada page anda. Ini akan menaikkan trust dan sekaligus menjadikan kedai anda lebih digemari oleh pakcik facebook. 

servis bina facebook page
Page yang ada review berada di atas sekali



servis bina facebook page
Beginilah paparan apabila page anda ada review. Best mata memandang bila tengok ada star dekat kedai facebook page



4. Create facebook shop

- jika anda menjual produk dan nak customer tahu apa yang anda jual, cara terbaik ialah listkan produk anda di kedai online anda kan?

- sama seperti anda sedang bina ecommerce, dengan meletakkan nama produk, info, gambar dan harga. 

- tak perlu susahkan pelanggan terpaksa skroll, sesi perbualan yang panjang, mereka sudah nampak produk di katalog kedai anda, clik dan jika berminat boleh terus buat pembelian =)


cara buat katalog shop facebook page

5. Connect instagram dengan facebook page

- Ha, tahu tak feature ni? Nak jaga kedua-dua kedai ni kan agak makan masa, kini anda boleh jaga kedua-dua akaun hanya dari satu tempat iaitu melalui facebook page anda.

- Anda boleh update status, story, reels, iklan, reply inbox dan komen dari facebook page anda sahaja. Tak perlu lah buka kedua-dua apps, dan terlepas pula notis dari salah satu medium. Semuanya serba serbi mudah kan?


servis bina facebook page


servis bina facebook page


6. Buat iklan berbayar (facebook ads)

- ini ialah kegemaran ramai semua seller. Ramai contact saya untuk saya buatkan fb ads tapi malangnya ini bukan kemahiran saya lah. Saya prefer suggest rakan saya. Anda sendiri pun boleh belajar sendiri dan test pengiklanan anda.

- apa yang penting ialah, copywriting anda sampai atau tidak kepada targetted prospek, 

- beberapa soalan yang anda boleh fikirkan dan draft sebelum beriklan ialah:-

siapa pelanggan anda?

ke mana anda nak iklankan? 

nak guna gambar atau video?

nak closing direct ke website, inbox page atau wasap?

apa tujuan iklan - awareness, closing, event, sales?


Boleh tak agak-agak dapat idea cara nak run kedai facebook page anda semua? 


Penting sangat-sangat, kita harus aktif dan jika ada modal, boleh run iklan berbayar secara konsisten walau gunakan modal yang minima, cthnya untuk awareness. In time iklan yang berterusan ini sama ada percuma atau berbayar pasti ada hasilnya. 


Dan paling saya suka bab facebook page ni ialah ianya muncul di carian google! tak mustahil, anda dapat customer dari google walaupun anda tiada website. 


facebook page naik pada carian google seo facebook
Kedai facebook page client ini muncul di carian google, siap ranking no 1 lagi. amacam menarik?


Oh ya, pada semua owner syarikat/kedai yang miliki tapak kedai anda, kedai fizikal, tolong listkan kedai anda ini di google business atau google maps. Ini juga salah satu marketing percuma yang sangat berkesan pada masa depan syarikat anda semua. 


----------------------------------------------------

Menarik kan ada facebook page ni? Anda masih belum ada kedai facebook page sendiri? Usah risau, boleh contact saya insya Allah, maharnya cuma RM50 sahaja percuma design profile dan cover page. 


Nak tahu lebih lanjut, jom sembang di wasap 018-9100 852.


servis buat facebook page

Boleh juga upah saya untuk setup google bisnes anda dan website atau blog. Insya Allah, kalau tak complicated sangat websitenya kita riki2 la harga berpatutan. Jom sebarkan manfaat bisnes/produk/servis anda buat seluruh rakyat Malaysia.


7 sebab anda wajib ada facebook page untuk perniagaan bisnes anda


harga servis buat facebook page







Catat Ulasan

0 Ulasan