Cara Turn On Vacation Mode di Shopee

 Assalamualaikum, adakah anda mahu berehat lama berniaga di Shopee? Ada 3 pilihan untuk anda semua.

  1. Setting masa to ship kepada pre order semaksima mungkin (30 hari)
  2. Sold out produk anda
  3. On kan vacation mode

Kelebihan pilihan pertama dan kedua ialah kedai anda tetap boleh berjalan seperti biasa. Customer boleh membeli dan bertanya kepada anda mengenai produk seperti biasa. Cuma jika anda tidak aktif login di Shopee, akan keluar warning apabila customer nak buat pembelian. Warning ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa anda sebagai owner kedai sudah lama tidak aktif. Ialah kita faham, risau kan kalau kedai bersawang ni. 


Namun, jika anda tidak mahu diganggu langsung, sudah nak tutup kedai atau move on atau ambil masa untuk bertenang. On kan sahaja vacation mode dan bertenanglah anda memikirkan apakah plan seterusnya. Berbeza dengan pilihan satu dan dua, pilihan ketiga ini kedai anda akan disembunyikan sepenuhnya. Tiada trafik. Ibarat sedang menutup kedai fizikal maka orang takkan datang melawat atau membeli. 


Baiklah, jom saya kongsikan bagaimana cara untuk anda ON kan vacation mode pada kedai Shopee anda. 

1. Masuk ke shopee seller center - anda hanya boleh setkan melalui dekstop view sahaja dan tiada setting ini pada apps.
2. Pergi ke setting "Shop Setting" dan "Basic Setting", ada pilihan untuk anda lakukan percutian kedai anda.
3. Adakalanya anda gagal untuk rehatkan kedai, anda perlu matikan dahulu semua marketing yang anda lakukan. 

  • Discounts promotions
  • Bundle deals
  • Add-On deals

 

Dah tutup semua marketing yang anda sertai, barulah anda dapat On kan vacation mode. Mudah sahaja kan?

cara on kan shopee vacation mode


Semoga membantu sahabat seller semua. Selamat bercuti dan kembali dengan penuh semangat!

  •  

  •  

Catat Ulasan

0 Ulasan