5 Idea Surirumah Urus Masa dan Aktiviti Di Rumah

5 Idea Surirumah Urus Masa dan Aktiviti Di Rumah



Menjadi seorang suri rumah rahmah bukanlah bermaksud semuanya perlu sempurna. Semua tugasan di rumah perlu dilunaskan tanpa ada yang tertangguh. Jika ada yang berpendapat, apabila di sebuah rumah itu, isteri dan ibu kepada anak-anak merupakan suri rumah maka di rumahnya mestilah:
 
Lantai berkilat setiap masa,
Ibu perlu masak sepenuh masa tak boleh beli di luar,
Rumah mesti@wajib sentiasa rapi,
Tak boleh ada pakaian yang tak berlipat. Angkat, wajib terus lipat.

dan lain-lain sangkaan yang membayangkan kesempurnaan tanpa cacat cela, semua sangkaan ini silap.

Surirumah Rahmah itu seorang wanita yang memiliki perasaan, memiliki kemampuan terhad, ada masa rasa penat, fizikalnya mahu rehat. Ada bebanan emosi yang perlu dirawat. Dirinya memainkan peranan utama sebagai pendamping suami dan mendidik anak-anak .

Berusaha untuk sempurna itu tak salah, Tetapi apabila merasakan kekurangan diri, merasa diri ini 'loser' apabila yang dirancang tidak dapat disempurnakan, di situlah kesilapan terjadi. Hal-hal urusan di rumah adalah kerja bersama. Perlu ada perbincangan dan kerjasama daripada semua ahli keluarga terutamanya ketua keluarga iaitu suami untuk membantu melaksanakan misi mengurus rumah bersama-sama.

Lain orang, lain caranya.

Boleh pilih cara mengikut kesesuaian setiap ahli rumah.

Jika ada yang suka buat jadual, tampal di rumah, buat list menu, silakan.
Jika ada yang suka ke pasar setiap pagi dan meneliti barang-barang dapur setiap hari, silakan .
Jika ada yang mahu siapkan terus bahan-bahan masakan dan letak di dalam peti ais, silakan.
Setiap tindakan, mestilah berpandukan kepada ilmu dan kesesuaian praktikal.

Setiap suri rumah rahmah juga, kadang jadual berbeza-beza. Urusan berbeza-beza.
Ada yang mengurus anak - anak kecil yang ramai.
Ada yang ingin fokus membuat aktiviti awal kanak-kanak bersama anak-anak.
Ada yang turut menjaga ibu ayah yang sudah uzur.
Ada yang berniaga dari rumah, perlu packing barang dan pos .


Bagaimana nak dapat idea, tahu cara urus masa, urus aktiviti di rumah?

 
Antaranya :
1) Boleh saling bertukar pendapat, pandangan antara suri di circle Suri Rumah Rahmah.
2) Boleh juga terus bertanya jika anda baru sahaja menjadi ahli SRR
3) Boleh juga dapatkan bahan bacaan yang ditulis oleh pakar atau para ibu yang berkongsi pengalaman
4) Perhatikan ibu ayah kita yang membesarkan kita. Mana yang sesuai, bolehlah kita praktikkan
5) Utamakan prioriti. bincang dengan pasangan. Ini yang paling utama. Boleh agihkan tugasan antara ahli keluarga

 
Point hari ni adalah : nak mencadangkan kepada para suri untuk:
(1) Bertanya pada mereka yang berilmu/ berpengalaman (saling bertukar pandangan)
(2) Musyawarah (berbincang).


InsyaAllah sama-samalah kita usaha dan ikhtiar.
Yang penting, dalam melaksanakan semua urusan itu, jadikan keperluan emosi sebagai keutamaan juga ya 


Penulis :
Nur Hidayah Abdul Razak
@MamaIpahUya
Aktivis Media SRR



Catat Ulasan

0 Ulasan