Cara Daftar Bisnes di Business Google Profile (Google Maps)
Apa Itu business google profile? Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan business google profile dalam melonjakkan sales produk / kedai / bisnes masing-masing. Bukan tidak tahu, sebenarnya saya yakin ramai tahu, cuma term yang saya gunakan ini tidak begitu familiar oleh rakan-rakan kan? Bagaimana kalau saya sebut, Google Map?
Semua orang tahu tentang Google Maps, malah kita gunakan sistem ni setiap kali kita nak tahu direction ke sesebuah tempat/lokasi. Pasti ada perasan, setiap bangunan, kedai akan muncul di sekitar lokasi. Jika tiada, bagaimana nak search lokasi sesebuah bangunan?
![]() |
Apa yang anda perasan selain bangunan? Ya, ada kedai yang mendaftarkan tapaknya di Google Maps. Inilah namanya Google Profile/Google Bisnes |
Kali ini, bukan rumah atau ofis sahaja. Sesiapa yang menjalankan perniagaan boleh gunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk / bisnes anda secara percuma! Anda boleh dapatkan pelanggan lokal di sekitar kediaman anda, taman anda, daerah, zon malah seluruh negeri yang anda diami atau seluruh Malaysia pun boleh jadi pelanggan anda! Best ke tidak?
Kini, bila seseorang mencari carian di google, bukan sahaja akan muncul di sebuah website, facebook page tetapi mereka yang daftar di Google Profile akan muncul dalam carian google iaitu melalui Google Maps! baiklah saya berikan satu contoh mudah.
Anak saya dah berusia 12 tahun sekarang, so saya nak cari pusat tuisyen berhampiran rumah. Apa saya nak buat? Of koz, selain duk skrol kat fb lebih baik saya search sahaja manalah tahu pusat tuisyen ini menggunakan kata kunci "pusat tuisyen kuantan" atau mereka dah daftar di Google Profile. Cara carian di google memudahkan saya melihat jarak dari rumah saya ke pusat tuisyen. Kedua, memudahkan saya untuk terus contact admin atau pemilik pusat tuisyen tersebut. Call ke whatsapp ke. Terpulang. Pentingnya ada nombor yang saya boleh capai dan hubungi.
So jom saya tunjukkan cara search dibuat satu per satu.
- Macam biasa kita ke google.com
- Search "pusat tuisyen" atau "pusat tuisyen kuantan"
- Lihat apa yang muncul, semestinya majoriti akan lihat page pertama sahaja, maksima yang serius akan search ke page ketiga-kelima (jarang)
![]() |
Ini pula ialah carian "pusat tuisyen kuantan", terus direct lokasi kediaman. mudah untuk saya lihat di mana pusat tuisyen tersebut dan jarak untuk saya hantar anak saya nanti. |
![]() |
Baiklah. Untuk carian "pusat tuisyen kuantan" jika anda lihat, selepas maps barulah muncul website dan facebook page tuisyen-tuisyen yang lain menggunakan keyword "pusat tuisyen kuantan" |
![]() |
Anda boleh lihat bertaburan pin-pin pusat tuisyen di kuantan. ha pilih dan nilaikan sendiri mengikut kehendak anda. Pemilik Google Business atau Google Profile yang bagus akan melengkapkan segala butiran mereka dan sentiasa up to date perkembangan bisnes mereka. Jangan buat sahaja tapi sepi. Memang larila pelanggan kan? |
Kelebihan utama daftar business google profile :-
ini adalah marketing percuma. Anda daftar secara percuma, dan munculkan diri anda di carian maps dan google search berdasarkan kata kunci dan lokasi anda secara percuma juga.
![]() |
Nampak tak kotak putih dalam maps ni? Ini bermaksud pemilik Google Profile tersebut menggunakan Google Ads untuk mempromosikan bisnes mereka |
Nak buat atau tidak Google Profile ni untuk kedai / bisnes anda?
Nak tak dapatkan marketing percuma ini dan tarik pelanggan berdekatan kediaman anda atau ofis anda?
Nak tak muncul di carian google bila customer cari kata kunci yang mereka perlukan?
Sudah tentulah NAK! Maka jangan berlengah lagi, terus lah daftarkan kedai / bisnes anda di Google Business hari ini.
Bagaimana cara nak daftar business google profile dan Muncul Pada Carian Google?
1. Wajib ada email google (gmail.com)
2. Klik sini Business Google Profile
3. Sign in atau manage now
4. Daftarkan kedai anda, dan follow sahaja step by step yang google tunjukkan
5. Verify
6. Setelah google verify bisnes anda barulah kedai anda akan muncul pada tapak google maps! alhamdulilah selesai =)
![]() |
Sign in atau manage google business profile anda |
![]() |
Bagi yang baru nak daftar pilih Add your business to Google |
Semoga entri ini membantu anda semua memaksimakan sebanyak mungkin marketing percuma secara online. Gunakan semua medium yang anda insya Allah dan penting rajin update tentang bisnes anda supaya pelanggan tahu anda masih aktif =)
Masih blurr cara setup google business profile dan muncul pada carian google?
Boleh hubungi saya pada bila-bila masa insya Allah
Leave a Comment