Cara Urus Harta Pusaka Selepas Kematian Ibu/Bapa

Bapa/Ibu Meninggal dunia, tinggalkan pusaka hartanah. Apa waris² perlu buat ?

Kredit : Fadzli Rozali 

Sebarang urusan pindahmilik hartanah atau masukkan nama waris baru dalam geran tidak boleh dibuat oleh kerana penama(bapa/ibu) telah meninggal dunia. 

Jadi waris² kena mulakan dengan buat permohonan tuntut pusaka di Pejabat Pesaka Kecil, di Pejabat Tanah & Galian (jika harta kurang RM 2 juta) . Selagi tidak selesai proses tuntutan pusaka , tiada apa yang boleh dibuat ke atas harta² si mati. 

 Pertama sekali , Waris² kumpulkan semua senarai harta-harta Si Mati . Ini termasuk ; 

- Tanah 
- Rumah taman
- Harta alih (akaun bank, TH, ASB, Barang Kemas)
- Harta Kenderaan 

Kemudian siapkan dokumen-dokumen utk permohonan pusaka arwah ayah/ibu; 
1. Sijil Mati 
2. ic pasangan (jika hidup) , sijil mati pasangan jika sudah meninggal 
3. Salinan kad pengenalan ibu & ayah si mati JIKA masih hidup. Jika sudah meninggal tak perlu sijil mati . 
4. Salinan Kad Pengenalan depan belakang semua waris faraid yang masih hidup. 
5. Untuk harta melibatkan Tanah @ rumah , kena beli satu Dokumen Carian Rasmi hartanah tersebut di pejabat tanah. Pejabat tanah akan keluarkan dokumen Carian Rasmi tersebut utk urusan tuntut pusaka.  

Bila semua dokumen² diatas dah siap, baru lah didaftarkan Permohonan Urus Harta pusaka kecil. 

Permohonan Guna Borang A dan dibuat secara online. Selepas permohonan online yang lengkap dibuat , barulah nanti Pejabat Pusaka Kecil akan process dan keluarkan tarikh utk bicara serah surat kuasa kepada salah seorang pentadbir yang dilantik dikalangan waris² nanti . 

Pentadbir akan guna surat kuasa yang diberi untuk agihan harta pada waris² faraid dan turun nama waris² baru kedalam geran tanah. 

Jika Tuan/Puan nak minta saya buat kan permohonan tuntut pusaka pun boleh juga. Tuan/Puan boleh hubungi saya. 

Saya hanya perlukan semua dokumen² yang disebut di atas . 

KLIK UTK INFO LANJUT

www.wasap.my/60103379012/urushartapusaka

Catat Ulasan

0 Ulasan