Kematian Tanpa Harta

 KEMATIAN TANPA HARTA:


Abah meninggal sedikit pun tak meninggalkan harta. 

ASB ada dlm rm50. Tabung haji tak sampai pun seratos.


Ada pun cuma tanah felda yg dah tukar nama pd anak2. 

Motor kereta semua dah dijual masa arwah sakit. 


Kami anak2 mencari harta sendiri dgn usaha sendiri. Nak harap harta warisan, lagilah tak ada. Arwah atuk cuma penoreh getah estet. 


Tapi ada baiknya. Tiada harta tiada urusan susah payah. Urusan faraid abah hampir tiada. 

Urusan peninggalan arwah cuma baju2 bundle yg arwah suka beli 


Takat rm5 je bajunya paling mahal pun kami hampir tak jumpa abah begitu saja sepanjang hayatnya


Begitulah, 

Tak kaya tak miskin

tp tetap ada makan

rumah tempat berteduh

anak2 semua habis sekolah dgn baik.


Semua bekerja dalam bidang masing2.  Tak ada kereta mahal2, tak ada rumah mcm istana tetapi kalau sorang susah adik beradik datang kerumun. Mak dan abah cukup ajar soal tolong menolong.


Sederhana saja hidup ini

Pemergian abah sehelai sepinggang.


Begitu juga harta dunianya. Berpenat2 untuk dunia

konon utk kesenangan anak2. 


Entahlah anak2 bila dah besar tak tau ingat ke kita atau tidak.🤔


Bila kita meninggal semua bergaduh pasal rumah dpt pd siapa..


Last2 urusan dunia sangkut. Urusan akhirat pun sama. 


Hujung2 hidup ni mati saja. Tak ada apa pun kan. 


Ada baiknya penat buat ibadat. Dari penat kumpul harta dunia last2 mati mengejut. 


Sumber  : Suria Azmi


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama