7 Sebab Utama Anda Perlu Buat Wasiat Semasa Hidup

Masih ramai orang Islam sendiri keliru, pada zaman kini tahun 2023, masih nak buat wasiat? Perlu ke? Takde ke badan-badan yang menguruskan harta kita selepas kematian kita nanti?

Mudahlah kan jika semua urusan kematian kita nanti ada orang lain uruskan namun realitinya tiada benda percuma di dalam dunia ini.


Kos jenazah perlu dibayar

Upah penggali kubur

Pengurusan masjid


Siapa yang akan uruskan jenazah kita nanti? Ya. Keluarga kita, Pasangan kita. Merekalah yang akan keluarkan belanjanya, makan-makan pada jiran dan sanak saudara yang berkunjung. Mujur, jika anda bekerja, sudah ada Perkeso, Socso dan banyak lagi dapatlah ringankan beban keluarga menanggung tetapi biasanya bukan segera pada hari jenazah anda dikebumikan.



Baiklah. Itu baru cerita tentang urusan jenazah kita kelak. 


Bagaimana dengan urusan pembahagian harta pusaka selepas kematian?


Oleh sebab itulah, sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, kita harus menyediakan sebarang surat berkaitan cara kita nak uruskan harta yang ada untuk waris-waris yang masih hidup.


Wasiat adalah cara untuk memastikan bahawa harta yang kita miliki akan dibahagikan mengikut syariat Islam setelah kita meninggal dunia. Ia adalah tanggungjawab dan tindakan bijak untuk melindungi harta dan menguruskan warisan kita dengan adil dan tepat.


Sesungguhnya, membuat wasiat adalah penting bagi setiap Muslim. Ia adalah satu bentuk ibadah dan menunjukkan kesedaran kita terhadap tanggungjawab yang Allah swt. berikan kepada kita sebagai pemilik harta. Dengan membuat wasiat, kita memberikan ketenangan kepada diri sendiri dan keluarga serta memastikan harta kita akan digunakan dengan bijak dan adil.


cara buat wasiat



    Siapakah Waris Anda?

    Yang wajib anda tahu:-

    •  Ibu Bapa Kandung
    •  Pasangan
    •  Anak Kandung


    Bukan Waris Tetapi Anda Nak Wasiatkan Harta?

    Boleh. Iaitu 1/3 dari harta anda, sama ada untuk disedekahkan, diwariskan kepada anak angkat atau mereka yang memerlukan. 


    cara buat wasiat


    7 Kelebihan Buat Wasiat Yang Patut Anda Ambil Tahu.

    1. Proses pentadbiran harta pusaka diuruskan oleh Wasi (Penama/Pengurus Harta Pusaka).

        - Wasi adalah seorang yang dilantik oleh pewasiat di dalam wasiatnya untuk mentadbir harta pusaka. Dengan lantikan ini, urusan urus harta pusaka adalah lebih mudah tanpa menunggu sijil dari Amanah Raya, mengambil masa yang lama, turun naik pejabat dan mengelak pergaduhan di kalangan keluarga waris.

    2. Proses pentadbiran lebih cepat dan ringkas.

        - Proses mendapatkan Geran Probet tidak memerlukan persetujuan semua waris.

    3. Pengecualian Bon Pentadbiran.

        - Tidak perlu mengemukakan 2 orang penjamin yang mempunyai nilai harta setara dengan harta pusaka.

    4. Penyelesaian hutang dan tunggakan kewajipan.

        - Wasi bertanggungjawab melunaskan tunggakan kewajipan pewasiat terhadap agama dan membayar hutang individi dan organisasi.

    5. Memelihara kepentingan waris bawah umur/kurang upaya.

        - Kepentingan waris bawah umur dan waris kurang upaya dipegang dan diuruskan oleh penjaga ad litem.

    6. Wasiat 1/3.

        - Jaminan pelaksanaan pemberian harta kepada bukan waris seperti sedekah jariah untuk saham akhirat . 

    7. Pengagihan baki harta pusaka kepada waris.

        - Jaminan pengagihan harta pusaka kepada ahli waris.


    cara buat wasiat


    Maksud Harta Pusaka Berwasiat

    📍Jika simati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah yang mengandungi cara-cara bagaimana harta pusakanya hendaklah dibahagikan antara waris-warisnya.

    📍Orang yang menyediakan wasiat sebelum mati kebiasaanya akan melakukan dua perkara penting, iaitu mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris) dan melantik pentadbir (wasi).


    Maksud Harta Pusaka Tanpa Wasiat

    📍Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat dipanggil harta pusaka tak berwasiat. Hukum Faraid akan dipakai bagi pembahagian harta pusaka orang-orang Islam.

    📍Faraid adalah sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan dengan pembahagian aset kepada waris-waris yang sah seseorang yang telah meninggal dunia, berdasarkan hukum agama Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith.

    📍Tanpa wasiat atau paling utama lantikan wasi, segala urusan simati akan mengambil masa yang lama untuk ditadbirkan mengikut ilmu Faraid keluarga simati. 


    wasiat : urus harta pusaka

    salah faham tentang wasiat


    Mengikut portal rasmi E-Syariah, harta pusaka (Faraid) terbahagi kepada dua, iaitu:

    1️⃣Harta tidak alih seperti tanah dan rumah.

    2️⃣Harta alih seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas, dan seumpamanya.


    MANA PILIHAN ANDA: BERWASIAT ATAU TIDAK BERWASIAT?


    perebutan harta pusaka


    Apa Itu Perancangan Harta Pusaka?


    "PERANCANGAN HARTA ISLAM" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.


    Sebab Perlunya Merancang Wasiat dan Harta Pusaka


    1️⃣Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda.
    2️⃣Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang.
    3️⃣Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga.
    4️⃣Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda.


    cara urus harta pusaka


    Penutup

    Semoga entri ini dapat membantu anda semua. Berwasiatlah jika anda mempunyai harta dan keluarga. Lantiklah wasi supaya urusan anda kelak dipermudahkan, mudah untuk anda, mudah untuk waris. Sudah banyak kes dan isu perebutan harta pusaka selepas kematian, kisah penganiayaan terhadap isteri dan anak-anak di bawah umur 18 tahun khususnya, suami atau pun isteri, jika anda mahukan harta pusaka anda ditadbirkan dengan betul mengikut perundangan Islam. Rancanglah sekarang!



    ========================================

    Iklan Urus Harta Pusaka


    Perlukan bantuan rundingan urus harta pusaka?

    Tidak tahu cara kira Faraid waris anda?


    Insya Allah, kami akan bantu anda sebaiknya sehinggalah proses selesai.

    Amanah kami menjaga, mengurusan dan memberi panduan buat anda dan wasi sehingga selesai pembahagian Faraid mengikut turutan proses pengurusan harta pusaka.




    Hubungi saya, Puan Emme Marina
    Perunding Harta Pusaka dari Syarikat Hans Legacy Sdn Bhd
    +60 10-337 9012



    Catat Ulasan

    0 Ulasan