Review McDonald's Gambang Kuantan

McDonald's Gambang Kuantan ni dekat sahaja dari rumah. Bolehlah jarak bawah 10km. Namun tidaklah setiap masa kami ke sini, bila teringin singgah dan boleh berjimat belanja makan McDonald's dengan pilihan menu Rahmah atau promotion deals di aplikasi McDonald's.

Luas juga jika dilihat dari luar. McDonald's di Kuantan ada beberapa cawangan sahaja iaitu di Jalan Gambang-Kuantan, Riverfront Kuantan, teluk Cempedak, indera mahkota dan di dalam mall Megamall. 

Sebelum ni agak renyah nak makan di McDonald's Gambang kerana seat di aras bawah tidak banyak. Alhamdulillah mereka sudah tukar layout baru. 


Cantikkan?

Pertama Kali Di McDonald's Gambang?

Usah bimbang, staff di McDonald's Gambang sangat baik dan mesra. Membantu anda menguruskan tempahan dan mengambil berat. Sejujurnya disebabkan dulu2 selalu berkunjung ke McDonald's sini, memang sukalah tempat ni. 



Mcdonald's Kuantan

Cuma ada empat branch McDonald's di Kuantan:-

McDonald's Indera Mahkota


McDonald's Jalan Gambang


McDonald's Kuantan Riverfront


McDonald's Mega Mall Kuantan


McDonald's Teluk Cempedak


Tips Jimat Beli Makanan di McDonald's


Boleh dikatakan harga set di mana-mana premis fast food sudah meningkat. Satu set burger atau ayam goreng mencecah RM20-RM30 pada waktu sekarang. Dah tak jimat,malah mahal! Belum lagi nak merasa air di Mc Cafe McDonald's kan?

Jadi bagaimana nak jimatkan duit anda dan boleh makan beramai-ramai bersama keluarga?

1. Order melalui mobile apps McDonald's
2. Kumpul Mcdonald rewards point
3. Pilihan Mcdonald Menu Rahmah
4. Mix and Match Mcdonald
5. Family Meals Mcdonald

Aplikasi McDonald's


Dah ada belum aplikasi McDonald's? Jika belum daftarlah hari ini.

Anda boleh install di Play Store atau Apple Store

Kelebihan McDonald Apps

Ada banyak kelebihan apabila anda menggunakan apps McDonald's. Antaranya promosi di mobile phone sahaja, yang tidak boleh anda dapatkan di kaunter McDonald. 

Anda boleh buat pembelian secara online di apps dan ambil di McDonald's Kuantan berdekatan anda, saya percaya adakalanya anda tidak mahu menunggu lama kan? Jadi order terlebih dahulu, sampai sahaja di McDonald's terus ambil pesanan dan makan. 

Ada banyak informasi, menu serta promosi terbaru yang ada di dalam apps McDonald's. Jadi downloadlah hari ini.







McDonald's Promotion

Siapa yang tidak sukakan promosi? Dengan berdaftar dengan Apps McDonalds anda boleh kumpul points, dan berbelanja dengan penjimatan yang sangat banyak. Pasti berbaloi!



Mcdonald's Menu Rahmah


Di McDonalds juga ada pilihan menu Rahmah, harga menu rahmah ini ada set burger dan air. Lengkap kan? Bolehlah jika jemu nak makan nasi, try pula menu lain. Insya Allah kenyang tau


Juga ada menu Family Meal yang menjimatkan, lengkap ada air, burger, ayam goreng, aiskrim lagi dalam menu tersebut. 



McDonald's Mobile Order Only

Inilah tadi saya cerita tentang order online McDonalds melalui apps sahaja. Sangat berbaloi untuk anda cuba. Dan boleh order setiap hari isnin hingga jumaat bermula jam 10 pagi hingga 2 pagi. 



McDonald's Free Drink

Nak dapat minuman tambahan atau percuma di McDonalds? Jangan lupa berikan feedback anda selepas pembelian. Anda boleh dapat minuman bergas seperti coca cola, sprite saiz medium.




Penutup


Sesekali belanja diri sendiri dan keluarga McDonald tiada salahnya. Nak merasa kan? Cuma jadilah pembeli bijak, makan dapat jimat pun dapat. 


Baca juga: Campsite Kuantan

Catat Ulasan

0 Ulasan