Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Syukur alhamdulillah, setelah setahun saya belajar dan berada dalam circle perunding harta warisan dari syarikat amanah Hans Legacy Sdn Bhd, hari ini saya beranikan diri daftar sebagai perunding yang sah.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ 

Alhamdulillahil lathee bi ni’matihi tatimmus saalihaat


perunding harta warisan sah dan berdaftar

Saya berminat mendalami ilmu faraid sejak menguruskan kematian arwah adik lelaki saya, arwah kematian kerana covid, sudah berkahwin tetapi tidak memiliki anak. Warisnya cuma abah, emak dan isteri. Nampak mudah tetapi tidak. Urusan harta pusaka arwah selesai dalam masa hampir 2 tahun juga. 

Dan pada masa ini, walaupun abah dengan emak mempunyai ilmu agama mereka rupanya tidak jelas akan faraid, bertengkar juga dek hal ini. Sekejap kata A, kejap tukar B. Yang isterinya tidak ada pengetahuan langsung, syukurlah mak abah berikan mandat dia uruskan, jika kita lihat, ada banyak kes, di mana keluarga si mati akan masuk campur dan berlakulah banyak sengketa tambah lagi kurangnya ilmu. 

Pengalaman saya melihat, sangat kurang waris yang menguruskan mendapatkan nasihat daripada pihak yang tahu, ramainya urus sendiri dengan google, baca, lihat youtube dan acah-acah tahu kemudian salah menguruskan. Lalu terjadilah khilaf. 

Termakan duit anak yatim, jika arwah mempunyai anak. 

Tidak mendahulukan urusan hutang si mati. 

Terus mengandaikan, duit dan harta si mati ialah hak masing-masing tanpa mengambil tahu siapa berhak dan siapa tidak berhak.

Astagfirullah. 

Oleh sebab itu, saya mula mengambil inisatif untuk belajar dan mendalami ilmu harta pusaka atau faraid ini. Saya juga mempunyai keluarga, isteri seseorang, anak seseorang maka saya patut ambil tahu cara menguruskan jika tiada di kalangan kami yang ada ilmu ini. 

Semoga niat ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan kepada orang ramai melalui blog ini insya Allah. 


Hans Legacy, syarikat pengamanah paling termurah setakat ini. 

Terkejutnya saya apabila melihat harga yang ditawarkan oleh syarikat Hans Legacy, dan mereka ini tidaklah femes seperti Wassiyah Shoppe, low profile menarik perhatian saya untuk sertai. 


Yang paling penting, walaupun saya sertai mereka dari awal sekadar perunding tidak rasmi mereka tidak pernah lokek untuk terus memberi ilmu dan bimbingan. 


Sempena Ramadan mulia tahun 2024 ini kan, Hans Legacy ada membuat promosi untuk wasiat dan hibah. 

promosi ramadan wasiat dan hibah harta

PROMOSI RAMADAN KAREEM

Diskaun sehingga 15% 


1️⃣ PAKEJ DISKAUN 1 (1 PAKEJ HIBAH)

DISKAUN 5%, = DEPOSIT SERENDAH 50% DARI HARGA PAKEJ SELEPAS DISKAUN

DISKAUN 10%, = BAYARAN PENUH


2️⃣ PAKEJ DISKAUN 2 (2 PAKEJ HIBAH)

DISKAUN 10%, = DEPOSIT SERENDAH 50% DARI HARGA PAKEJ SELEPAS DISKAUN

DISKAUN 15%, = BAYARAN PENUH


  • Bermula 16 MAC -31 MAC 2024
  • Untuk ‘NEW BUSINESS’ sahaja.
  • Tertakluk untuk semua pakej hibah
  • Hanya boleh pilih salah satu promosi sahaja


Jika pembaca berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh terus hubungi saya di nombor 018-9100852 atau terus klik di sini www.wasap.my/60189100852/promosiramadanhartapusaka

Catat Ulasan

0 Ulasan