9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar : Maksud, Doa, Tanda Dan Amalan Disertakan

Bila masuknya bulan mulia Ramadan, Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu-tunggu. Apakah kelebihan malam lailatur qadar ini sehingga ramai mencarinya? 

kelebihan malam lailatul qadar

Para ulama’ berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, adalah berdasarkan kepada beberapa nas, antaranya ialah firman Allah SWT:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.



Ibrahim al-Nakha‘i ketika menafsirkan ayat ini berkata: “Beramal pada malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun.”

9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar

  1. Kelebihan malam lailatul qadar yang pertama adalah malam tersebut merupakan malam diturunkannya Al-Qur’an. Sesuai dengan firman Allah SWT di surat Al-Baqarah dan Al-Qadr. “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran…” (Q.S Al-Baqarah: 185) “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan” (Q.S Al Qadr: 1) 
  2. malam lailatul qadar tersebut lebih baik dari pada seribu bulan. Allah SWT berfirman, “Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Q.S Al-Qadr:2–3) Banyak ulama berpendapat bahwa ibadah dan amalan baik yang dilakukan di malam lailatul qadar, akan dibalas dengan pahala yang sangat besar. 3.
  3. Malam dipenuhi dengan keberkahan. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul.” (Q.S Al-Dukhan: 3-5) 
  4. Malam lailatul qadar adalah malam yang penuh kesejahteraan.Selain penuh dengan keberkahan, malam lailatul qadar juga dipenuhi dengan kesejahteraan dan kedamaian. Allah SWT telah berfirman dalam surat Al-Qadr, “Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr: 5) 
  5. Para malaikat akan berbondong-bondong turun ke bumi. Maka pada malam tersebut dianjurkan bagi umat muslim untuk banyak berdoa. Allah SWT berfirman: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.” (Q.S Al-Qadr: 4) 
  6. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
  7. Dosa umat muslim akan diampuni. Pada malam lailatul qadar, Allah SWT membuka lebar-lebar pintu ampunan bagi siapa saja yang meminta ampun kepada-Nya. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa menegakkan shalat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari, An Nasa’i, dan Ahmad). 
  8. Malam lailatul qadar merupakan malam yang penuh kebaikan. Pada malam tersebut dianjurkan bagi umat muslimin mengerjakan ibadah dan amalan baik dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Namun bagi mereka yang mengabaikan malam tersebut maka akan menjadi orang-orang yang merugi, karena mereka melewatkan kesempatan untuk mendapatkan banyak pahala dan keutamaan, yang bahkan setara dengan seribu bulan. 
  9. Mendapat keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar. Al-Dhahhak berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.” Manakala Mujahid pula berpendapat: “Ia merupakan malam yang selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”
Rasulullah bersabda, 

“Sesungguhnya bulan Ramadhan ini telah menghampiri kalian. Dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang dari menjumpainya, maka sungguh dia telah terhalang dari seluruh kebaikan. Dan tidaklah terhalang dari menjumpainya kecuali orang-orang yang merugi.” (HR. Ibnu Majah). 

Semoga apa yang saya paparkan diatas bermanfaat atau bisa menambah pengetahuan kita tentang kelebihan malam Lailatul Qadar bagi kita semua untuk menjalankan Sunnah dan mengerjakan amalan-

amalan pada malam Lailatul Qadar tersebut.

Apa Itu Malam Lailatul Qadar?

Apakah yang dimaksudkan dengan malam lailatul qadar?

Lailatulqadar (لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

— Surah al-Qadr: 1-3

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam)

al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan

Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam.

Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain.

Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan.

Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar?

Malam Lailatul Qadar hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan pada malam ganjil. 

Kelebihan malam Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah SAW sewaktu berada di Gua Hira'. Selepas  itu, al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama kira-kira 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah.


Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah Taala dalam al-Quran, antaranya firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar."  (Surah al-Qadr, ayat 1 - 5)  

Pendapat yang masyhur menyatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. (Hadis riwayat Ahmad) Terdapat juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia tersebut terjadi pada malam ganjil sepuluh hari terakhir. 

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Apakah alamat atau tanda-tanda berlakunya malam lailatul qadar?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan tanda-tanda malam lailatul qadar iaitu;

  1. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya, Ubadah bin al-Somit RA berkata secara marfu’: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.”
  2. Matahari terbit keesokan harinya tidak terang dan tidak panas, Daripada Ubay bin Kaab RA menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:  “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” 

Doa Bertemu Lailatul Qadar

Tanpa izin Allah swt, maka tiada daya untuk kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar, oleh itu seawal Ramadan lagi, kita lazimkan dengan memohon doa agar dipertemukan dengan malam penuh kebaikkan ini. 



Doa-Doa Malam Lailatul Qadar


Rasulullah SAW sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan antara doa yang sering baginda SAW baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." 

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat sahaja, malahan doa itu bertujuan untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah Taala kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah Taala

Doa Malam Lailatul Qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam al-Qadr.

Berikut doa malam lailatul qadar:

kelebihan malam lailatul qadar


Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW:

Wahai Rasulullah SAW, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab, Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii…

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).


Amalan Lailatul Qadar

Apakah amalan yang boleh dilakukan pada 10 malam terakhir demi meraih malam lailatul Qadar? Sekiranya kita tidak mengetahui yang manakah malam tersebut, maka amalan ini anda laksanakanlah sebaiknya, berikut adalah amalan-amalan yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang 10 malam terakhir.

kelebihan malam lailatul qadar


  • Melakukan Solat Malam (Qiamullail)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.

Daripada ‘Aisyah RA, katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)” (HR Muslim)

Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:

  1. Solat Tahajjud
  2. Solat Taubat
  3. Solat Hajat
  4. Solat Tasbih
  5. Solat Witir
  • Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.

Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini.

  • Melakukan Iktikaf
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan. Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata: “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” (HR Bukhari, Abu Daud & Ibn Majah)

  • Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara Berjemaah
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan bahawa sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua

Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” 

  • Perbanyakkan Doa, Selawat dan Zikir
Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah RA beliau berkata maksudnya:

Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ?

Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

Bagi wanita yang sedang haid, tetap boleh melakukan amalan meraih pahala lailatul qadar seperti banyakkan berdoa, berzikir dan bersedekah. Insya Allah, semoga amalan yang dilakukan ini walaupun tidak seperti kaum lelaki atau wanita tidak haid, hanya Allah sahajalah yang menentukan besar pahala dan diterima amalnya.

Kesimpulan

Oleh itu, marilah kita melakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikannya. Penuhilah ia dengan Qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa, khususnya memohon keampunan dan rahmat dari Allah Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang.

Paling kurang usahakanlah solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah iaitu pada waktu Isyak dan Subuh. Ibu-ibu khususnya mempunyai kelebihan malam lailatul qadar ini dengan melakukan solat dua rakaat setiap hari ketika menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Luangkan sedikit masa untuk berzikir dan berdoa memohon keampunan, diterima amal ibadah dan rahmat dari Allah swt.

Semoga kita semua meraih malam Lailatul Qadar. Amin.


Sumber:

1. https://zulkiflialbakri.com/1023-lailatul-qadar-dan-kelebihannya/

2. https://www.hmetro.com.my/addin/2021/04/700211/lailatul-qadar-malam-istimewa-1000-bulan

3. https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/


Baca juga:

1. https://www.emmemarina.com/2023/10/smart-pen-al-qolam.html

2. https://www.emmemarina.com/2023/06/selawat-ke-atas-nabi.html

3. https://www.emmemarina.com/2023/12/17-hadis-tentang-kelebihan-membaca-al-quran.html

Catat Ulasan

0 Ulasan