Sebagai seorang suri rumah yang berniaga dari rumah, setiap sen dan setiap hari amat berharga. Bila kita urus bisnes kecil, aliran tunai (cash flow) boleh jadi nyawa bisnes. Kalau duit masuk lambat, kita mungkin tak dapat beli stok, tak dapat bayar pembekal, atau tak dapat bergerak pantas untuk kembangkan bisnes. Itulah sebabnya saya nak kongsi cerita sebenar saya, kenapa selepas mencuba pelbagai platform pembayaran, akhirnya saya kembali memilih Billplz untuk bisnes kecil saya dan juga projek-projek NGO yang saya uruskan.
Masa mula-mula saya berniaga online, saya memang guna Billplz. Masa tu cajnya RM1 per transaksi untuk FPX, dan saya rasa ia berbaloi kerana prosesnya mudah dan duit masuk ke akaun bank dengan cepat. Lama-kelamaan, saya beralih kepada ToyyibPay (TP) kerana cas transaksi lebih murah dan duit masuk juga cepat, maka ianya berbaloikan? selain itu saya nak lihat perbezaannya juga. Awalnya, TP okey sahaja, tetapi satu masalah besar mula timbul, lagi-lagi saya sudah jarang gunakan bila bisnes agak slow, rupanya transaksi duit dari Toyyibpay ambil masa hingga empat hari bekerja untuk masuk ke akaun bank. Untuk bisnes kecil seperti saya atau mereka yang nak segera rolling duit, atau nak submit order pada suplier seperti dropshipperkan, tempoh menunggu tu terlalu lama. Bila modal tersekat, kita tak boleh bergerak pantas, urusan pelanggan stuck dan menyebabkan hilang kepercayaan mereka kepada peniaga kita ni.
Akhirnya, saya buat keputusan untuk kembali semula kepada Billplz. Sebab utama? Payout yang lebih cepat, caj yang berbaloi, dan ciri-ciri tambahan yang saya perlukan untuk uruskan bisnes dan projek NGO dengan lebih profesional. Dalam keadaan sekarang, “Billplz real-time payout Malaysia 2025” jadi faktor penting kenapa saya rasa platform ni lebih sesuai untuk peniaga kecil dan NGO macam saya.
Payout Cepat & Kos Rendah
Bila kita urus bisnes kecil, setiap transaksi itu sangat bermakna. Dengan Billplz, duit daripada pelanggan atau penyumbang boleh masuk ke akaun bank pada hari bekerja berikutnya (next-day payout). Kalau guna pelan Enterprise, kita boleh dapat real-time payout melalui ciri Payment Order API sesuatu yang tak ditawarkan oleh banyak platform lain. Untuk saya, ini memudahkan aliran modal supaya saya tak perlu tunggu berhari-hari untuk gunakan duit tu semula. Terkini saya menguruskan syarikat event program Al-Quran, Arafeeq, mengalami masalah untuk rolling duit cash dan ini menyukarkan flow program mereka.
Selain itu, kos transaksi Billplz sekarang lebih rendah berbanding dulu. Kalau dulu RM1 per transaksi, kini cuma RM0.70 untuk FPX B2C (bayaran daripada pelanggan individu). Bayangkan kalau ada 100 transaksi sebulan, penjimatan tu boleh jadi besar, terutama untuk usahawan kecil atau NGO yang kutip banyak sumbangan kecil. Usah risau anda boleh cas transaksi tersebut kepada pembayar.
Dan sebenarnya cas free plan atau standard adalah RM1.10 setiap transaksi, beza RM0.10 sahaja berbanding Toyyibpay. Jadi adakah saya bertukar sepenuhnya? Tidaklah, saya masih ada kedua-dua akaun merchant ini, cuma untuk cash flow yang segera, saya memilih Billplz.
Payment Form – Tak Perlu Website Pun Boleh Kutip Bayaran
Salah satu ciri yang saya paling suka dengan Billplz sekarang ialah Payment Form. Dengan ciri ni, saya tak perlukan website besar atau sistem e-commerce yang kompleks. Saya cuma cipta halaman bayaran untuk sesuatu projek atau produk, masukkan description kemudian kongsikan link kepada pelanggan atau penyumbang melalui WhatsApp, media sosial, atau email.
Untuk satu payment form kita boleh set beberapa jenis harga yang berbeza dan untuk satu unit harga boleh ditambah dan ditolak kuantitinya seperti ala e-commerce. Baguskan?
Ini memudahkan sangat urusan kutipan derma tanpa perlu bayar kos tinggi untuk setup website. Ia juga sesuai untuk bisnes kecil yang nak jual produk tanpa kedai online penuh.
Integrasi Dengan E-commerce & Automasi Bisnes
Bagi peniaga yang ada kedai online, Billplz sekarang lebih fleksibel. Ia boleh diintegrasikan dengan platform seperti WooCommerce, Shopify, EasyStore dan OnPay. Untuk pelan Standard (RM99 sebulan), kita dapat lebih banyak kelebihan seperti:
- Boleh jual lebih banyak produk dan kategori.
- Guna custom domain supaya halaman bayaran nampak lebih profesional.
- Urus produk digital dan juga penghantaran (Deliva) secara automatik.
- Ini penting untuk usahawan yang nak naikkan tahap bisnes mereka tanpa perlu sistem mahal.
Sebenarnya ciri ni juga ada pada Toyyibpay. Kena semak semula plugin sedia ada bagi ecommerce ya.
Cara Daftar Billplz 2025 Untuk Bisnes Kecil & NGO
Kalau anda baru nak mula, “cara daftar Billplz 2025 untuk bisnes kecil & NGO” sangat mudah:
Layari laman rasmi Billplz.
Tekan sign up dan follow sahaja step by step yang diminta oleh pihak Billplz dan jujurnya urusan dengan billplz adalah lebih kompleks berbanding toyyibpay.
Lepas akaun diluluskan, anda boleh terus mula. Nanti dalam entri lain saya kongsikan la ye cara setup payment form. insya Allah
Kenapa Saya Pilih Billplz Berbanding Platform Lain
Selepas mencuba ToyyibPay dan Billplz, saya sedar bahawa Billplz lebih sesuai dengan keperluan saya kerana:
- Payout lebih cepat (next-day, atau real-time untuk Enterprise).
- Payment Form yang mesra pengguna dan sesuai untuk NGO serta bisnes kecil.
- Automasi pembayaran melalui API, termasuk Split Payments.
- Integrasi dengan pelbagai platform tanpa kos pembangunan sistem yang besar.
Bagi saya, Billplz 2025 bukan sekadar payment gateway, tetapi sebuah platform yang membantu peniaga kecil, freelancer, NGO, dan usahawan online urus bayaran dengan lebih pantas, mudah, dan profesional.
Kalau anda juga nak mula guna Billplz untuk bisnes atau projek NGO anda, boleh daftar di sini:
Dan kalau anda perlukan aliran modal yang cepat serta ciri automasi, pertimbangkan untuk naik taraf ke pelan Standard atau Enterprise supaya anda boleh akses Payment Order API dan real-time payout.
0 Ulasan