Website Tak Perlu Mahal: Realiti Kos, Blogger & WordPress

Ramai orang nak bina website. Bila ramai kenalan tahu yang saya boleh bina website, mereka mula bertanya banyak soalan, ada juga yang berkata sudah ada website rupanya tersalah pilih platform website. Ada yang nak mula, end up matikan hasrat kerana takut modal terlalu tinggi. 

Macam-macam lagilah alasan "takutnya nak bina website", tetapi nak ada website. Peningkan?

Semua alasan dan salah faham ini menyebabkan ramai juga tak mula-mula, bukan sebab tak ada idea, tetapi sebab takut kos, takut teknikal, dan takut tersalah langkah.

Bila sembang pasal website, yang selalu orang dengar ialah:

  • “Mahal.”
  • “Kena ribu-ribu.”
  • “Kena upah developer.”

Hakikatnya, itu bukan realiti untuk peringkat awal. Jujurnya sebelum saya decide untuk bina website sendiri, saya pernah cari beberapa orang pembina website dan mereka cas sahaja di antara RM2,000 hingga RM8,000. Wah, mana saya ada duit sebanyak tu?!

Disebabkan Allah beri kelebihan saya sedikit ilmu memahami cara teknikal membina website, walaupun simple tetapi ianya berfungsi seperti mana yang saya inginkan. 

Ya. Saya berjaya bina website sendiri, branding? Portfolio? landing? ecommerce? semuanya telah saya cuba. Alhamdulillah. 

Maka sahabat-sahabat semua, entri ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar saya sebagai pengguna website, pembina website, dan penasihat kepada klien.

Tujuan saya satu: bagi orang faham realiti sebenar supaya berani mula tanpa rasa terbeban.

E-Central adalah blogger style website menggunakan platform Wordpress, sangat sesuai kerana scala mereka besar dan janaan trafik yang tinggi


Website Ada Fasa, Bukan Terus Besar

Website bukan projek “sekali siap”. Ia berkembang berperingkat, ikut keperluan. Itu persoalan yang paling penting. Untuk apa anda ingin membina website?

Saya ada tuliskan pada entri lepas, anda boleh baca di sini: https://www.emmemarina.com/2025/12/tujuan-buat-website.html

Secara ringkas, ada tiga fasa biasa:

  1. Fasa 1 – Branding & Kehadiran Online
    Cukup orang tahu kita wujud, ada alamat rasmi, dan boleh dirujuk.
  2. Fasa 2 – Function
    Mula perlukan landing page, borang, pendaftaran, atau jualan asas.
  3. Fasa 3 – Content Berat & Traffic Tinggi
    Banyak artikel, media, storan besar dan trafik konsisten.

Masalah berlaku bila anda terus bayar kos fasa 3, sedangkan anda baru nak mula fasa 1. Kenapa perlu terus bayar besar untuk perkara yang anda cuma nak gunakan secara asas dan pemula?

Sebab itu, sebelum bercakap tentang platform dan kos, penting untuk faham tujuan sebenar buat website terlebih dahulu.

Realiti Kos Asas Website (Yang Ramai Tak Cerita)

1. Kos Domain (Alamat Website)

Domain ialah nama website, contohnya namabisnes.com.

  • .com → sekitar RM50 – RM70 setahun
  • .my → sekitar RM60 – RM100 setahun

Nota penting:
Domain dibayar setahun sekali, bukan bulanan. Saya sangat sukakan servis netkl kan? Saya pernah ceritakan tentang mereka di sini; Pengalaman Mengurus & Membaiki Website Jualan

2. Kos Hosting (Tempat Simpan Website)

Hosting ibarat rumah untuk website. Anda perlukan rumah ini untuk jadikan website anda clickable instead of "404 error". Bila anda dah beli domain, sebagai contoh: kitasukawebsite.com, ianya tidak akan boleh muncul jika tiada rumah. 

Tidak kiralah apa rumah anda, anda perlukannya untuk mengfungsikan domain yang telah anda beli!

Untuk peringkat awal:

  • Shared hosting sudah mencukupi
  • Tak perlu server besar
  • Tak perlu storan tinggi

Anggaran kos: RM120 – RM250 setahun.

Hakikatnya, majoriti website baru tidak perlukan hosting mahal. Jika tak yakin, boleh hubungi saya.

Blogger, WordPress & Canva: Jangan Keliru Fungsi

Blogger – Fokus Menulis Content

Blogger sesuai jika:

  • fokus menulis artikel
  • nak bina tabiat konsisten
  • bajet sangat minimum

Namun perlu jelas hadnya:

  • tidak sesuai untuk ecommerce sebenar
  • terhad untuk landing page & funnel
  • fungsi sangat minimum

Blogger bukan salah, tetapi ia website jenis penulisan, bukan website fungsi.

WordPress – Seimbang Antara Content & Function

WordPress ialah pilihan paling fleksibel kerana:

  • boleh menulis blog
  • boleh bina landing page
  • boleh buat ecommerce asas
  • boleh tambah fungsi bila perlu

Yang ramai tak tahu: WordPress tidak semestinya mahal.

Saya sendiri menggunakan setup WordPress (domain + hosting asas) dengan kos sekitar RM160++ setahun termasuk domain untuk klien dan website sendiri.

Canva Website – Cantik & Cepat, Tapi Terhad

Canva website sesuai jika:

  • nak microsite ringkas
  • nak paparan visual cepat
  • sekadar “ada online” sementara

Namun ia tidak sesuai untuk:

  • penulisan content konsisten
  • SEO & carian Google
  • ecommerce sebenar
  • aset jangka panjang

Ringkas Tentang SEO & Carian Google

Ramai bina website dengan harapan orang boleh mencari mereka di Google.

Untuk tujuan ini:

  • Blogger dan WordPress menyokong asas SEO
  • Artikel boleh muncul dalam carian Google jika konsisten

Canva website pula tidak direka untuk SEO jangka panjang.

Ringkasnya:
Blogger & WordPress menyokong SEO.
Canva website bukan platform SEO.

Pengalaman Sebenar Sebagai Peniaga Online

Sebagai peniaga online, saya pernah menggunakan pelbagai platform seperti EasyStore, JomNiaga, Squarelet, OnPay dan OrderSini.

Semua platform ini ada kelebihan, terutamanya untuk mula menjual dengan cepat.

Namun, selepas melalui pelbagai fasa, saya dapati bahawa menguruskan website sendiri sebagai owner adalah pilihan terbaik untuk jangka panjang.

Kita bebas bina mengikut kesesuaian sendiri, tanpa terikat dengan sistem platform tertentu.

Bila Blogger, Bila WordPress?

Jika ditanya:

“Saya sekadar nak menulis blog.”

Jawapan saya mudah: guna Blogger sahaja.

Saya sendiri masih mengekalkan blog di Blogger sejak 2012 kerana:

  • tidak mahu menambah kos yang tidak perlu
  • sudah selesa menguruskan content
  • fungsi penulisan masih relevan

Namun untuk keperluan baharu, sistem, landing page dan jualan, saya memilih WordPress dengan shared hosting sahaja.

Alhamdulillah, trafik dan aliran jualan berjalan dengan baik.

Penutup: Pilih Dengan Faham, Mula Dengan Tenang

Website bukan tentang siapa paling hebat platformnya, tetapi siapa paling faham keperluan dan fasa sendiri.

Website boleh bermula kecil. Kos boleh dikawal. Platform boleh dipilih ikut kemampuan.

Jika anda rasa ragu-ragu untuk mula, ingatlah bahawa setiap usaha profesional memang ada nilainya, dan membina website dengan cara betul adalah satu pelaburan jangka panjang.

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak bermula, itu juga normal. Anda boleh belajar, atau boleh juga mendapatkan bantuan.

Yang penting, mula dengan faham, bukan dengan takut.

Pelan-pelan, tetapi jelas.
Kecil-kecil, tetapi berfungsi.
Tenang-tenang, tetapi bergerak ke depan.

Perlukan nasihat, pandangan atau khidmat bina website bajet tetapi berpuas hati? Terus sahaja hubungi saya di talian 6018-9100 852.

PS: Entri ini sendiri ditulis di ruangan platfrom blogger, manakala website jualan saya www.jamburuj.com menggunakan Wordpress, boleh lihat juga website branding client www.arafeeq.com dan www.amaltilljannah.com

Simple tetapi berfungsi sebagai pemudahcara dan pembuka kata tentang syarikat tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan