Bengkung Boleh Kempiskan Perut? Pengalaman Saya & Rutin Senaman Ringan

Sejujurnya saya bukan jenis yang suka bersenam. Kalau boleh cari jalan yang lebih mudah, memang itu yang saya akan pilih dulu. Tapi sejak kebelakangan ini, saya mula sedar badan dah tak sama macam dulu.

Tinggi saya sekitar 159cm. Sebelum kahwin dulu berat cuma 43kg sahaja. Lepas melalui beberapa kehamilan sampai anak kelima, berat badan saya pernah naik turun juga. Akhirnya saya berjaya stabilkan sekitar 50kg.

Tapi sejak kebelakangan ini berat naik lagi lebih kurang 5kg dan yang paling terasa ialah bahagian perut. Bukanlah besar sangat, tapi cukup untuk buat saya rasa badan dah mula “gelebeh”.

Saya rasa mungkin ada beberapa faktor. Antaranya faktor umur, pernah ambil suntikan depo, dan juga gaya hidup yang banyak duduk. Kerja saya banyak depan laptop, jadi memang duduk lama setiap hari.

Kalau cuba buat workout yang agak berat, badan cepat rasa sakit. Bila dah sakit, mulalah cari alasan untuk berhenti.

    Antara girdle yang saya ada, ada lagi korset, girdle, arm korset? Cuma ini ajelah gambar yang saya rajin nak snap

    Kenapa Saya Mula Pakai Bengkung

    Disebabkan itu juga (malas bersenam), saya mula fikir mungkin ada cara lain yang boleh bantu kemaskan badan tanpa perlu workout terlalu banyak.

    Antara yang saya cuba ialah pakai bengkung.

    Sebenarnya saya sendiri bukanlah terlalu suka pakai bengkung. Kadang-kadang rasa panas dan kalau pakai lama sangat boleh jadi gatal. Biasanya saya pakai sekitar 4 hingga 6 jam sahaja.

    Tapi satu perkara yang saya akui, bila pakai bengkung memang rasa perut lebih kemas sedikit. Bila pakai baju pun nampak lebih teratur.

    Sebab itu ramai orang kata bengkung boleh bantu kempiskan perut.

    Tapi dalam masa yang sama saya mula tertanya-tanya juga… betul ke bengkung boleh kecilkan perut? Atau sebenarnya ia cuma buat perut nampak kemas sementara sahaja?

    Realiti Yang Saya Sedar Tentang Bengkung

    Selepas baca beberapa perkongsian dan artikel kesihatan, saya mula faham bahawa bengkung sebenarnya lebih kepada memberi sokongan pada bahagian perut dan pinggang.

    Tekanan daripada bengkung membuatkan perut nampak lebih kemas ketika dipakai. Tapi ia tidak semestinya menghilangkan lemak di bahagian perut.

    Maknanya, bila buka bengkung, bentuk badan biasanya akan kembali seperti biasa.

    Walaupun begitu, saya masih pakai bengkung sekali-sekala sebab rasa lebih kemas. Tapi dalam masa yang sama saya sedar badan saya sebenarnya lebih perlukan pergerakan iaitu WORKOUT! 

    Jika saya mampu konsisten setiap hari, saya yakin saya kali ini boleh atasi rasa takut dan tak suka buat senaman. 

    Rutin Power Walk Yang Saya Mula Buat

    Disebabkan saya memang tak suka workout yang terlalu berat, saya cuba cari senaman yang lebih ringan.

    Akhirnya saya jumpa beberapa video power walk di YouTube. Senaman jenis ini lebih kepada berjalan di tempat dengan pergerakan tangan dan kaki.

    Biasanya saya buat sekitar 12 hingga 20 minit sahaja.

    Nampak mudah, tapi sebenarnya cukup untuk buat badan berpeluh sedikit dan rasa lebih segar.

    Yang penting, senaman ini saya boleh buat secara konsisten tanpa rasa terlalu terbeban.

    Jika anda nak cuba boleh follow channel WALK AT HOME

    Yang penting, senaman ini saya boleh buat secara konsisten tanpa rasa terlalu terbeban.

    Saya biasanya ikut sahaja video dari YouTube menggunakan laptop di meja kerja. Kadang-kadang sambung ke TV supaya lebih jelas. Senang juga sebab tak perlu keluar rumah.

    Bila difikirkan semula, senaman berjalan seperti ini sebenarnya sesuai untuk orang yang baru nak mula bergerak semula selepas lama tak bersenam. Walaupun begitu, disebabkan sangat jarang bersenam, boleh tahan juga ya senaman workout dari WALK AT HOME, laju jantung dipump, ada beberapa pergerakan untuk badan sekali tau. Cubalah!

    Power Walk, brisk walk dalam rumah
    jika rajin saya buka channel di TV, jika tidak terus buka di PC, curi masa sedikit masa buat kerja di rumah

    Kenapa Saya Mula Fokus Pada Otot Core

    Bila saya mula baca lebih banyak tentang kesihatan badan, saya baru faham bahawa bentuk perut sebenarnya banyak berkait dengan otot core.

    Otot core ini merangkumi bahagian tengah badan seperti:

    • otot perut
    • pinggang
    • bahagian belakang bawah

    Kalau otot ini lemah, perut lebih mudah nampak menonjol walaupun berat badan tak terlalu tinggi.

    Sebab itu ramai trainer selalu tekankan latihan yang menguatkan core.

    Senaman Kempis Perut Yang Saya Cuba

    Saya tak buat senaman yang terlalu susah. Cukup beberapa pergerakan asas yang boleh dilakukan di rumah.

    1. Plank

    Plank antara senaman yang paling popular untuk kuatkan core.

    Cara buat:

    • posisi seperti push-up tetapi sokong badan dengan siku
    • pastikan badan lurus dari bahu hingga kaki
    • tahan sekitar 20 hingga 30 saat

    Walaupun nampak mudah, senaman ini sebenarnya cukup mencabar kalau lama tak bersenam. Mengigil-gigil kaki dan perut saya menahan walaupun tak sampai 1 minit.

    2. Leg Raise

    Senaman ini lebih fokus kepada bahagian perut bawah.

    Caranya:

    • baring di lantai
    • angkat kedua-dua kaki perlahan
    • turunkan semula tanpa hentak lantai

    Biasanya saya buat sekitar 10 hingga 12 ulangan sahaja. Cukuplah dulu buat masa ni, lagi-lagi bulan Ramadhan dan amalkan detoks drink, rasanya habis tenaga dah selepas buat Power Walk.

    3. Glute Bridge

    Senaman ini bagus untuk bahagian pinggang dan core.

    Caranya:

    • baring dengan lutut bengkok
    • angkat pinggul ke atas
    • tahan 2 hingga 3 saat sebelum turun semula

    Biasanya saya buat sekitar 12 hingga 15 ulangan. Senaman ni paling OK, at least saya boleh buat tanpa terlalu stress, gigil, menahan.

    Rutin Ringkas Yang Saya Cuba Kekalkan

    Buat masa ini rutin saya sangat sederhana sahaja.

    Power walk sekitar 12 hingga 20 minit

    kemudian sambung dengan senaman ringkas:

    1. plank
    2. leg raise
    3. glute bridge

    Keseluruhannya mungkin sekitar 5 hingga 10 minit sahaja dan campur dengan power walk, jadi lebih kurang 20-30 minit sehari. Dan saya juga cuba amalkan senaman pada hari Isnin hingga Jumaat (Sabtu Ahad cuti!)

    Walaupun nampak sedikit, saya percaya pergerakan kecil yang konsisten lebih baik daripada buat senaman berat tapi hanya sekali-sekala.

    Sedikit Tentang Sejarah Bengkung

    Sebenarnya bengkung bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya Melayu. Ia sudah lama digunakan terutama dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

    Dalam amalan tradisional, bengkung biasanya dibuat daripada kain panjang yang dililit pada bahagian perut dan pinggang.

    Tujuan utamanya ialah untuk:

    • memberi sokongan pada perut
    • membantu ibu bergerak dengan lebih selesa
    • memberi rasa kemas pada bahagian abdomen

    Biasanya pemakaian bengkung digabungkan dengan amalan lain seperti:

    • bertungku
    • berurut
    • penjagaan makanan semasa pantang

    Namun dalam penggunaan moden, bengkung sering digunakan sebagai shapewear untuk membuatkan bentuk badan nampak lebih kemas.

    Setuju dengan kenyataan di atas, lima kali bersalin sememangnya saya akan amalkan memakai bengkung sekurang-kurangnya sebulan atau lebih. 

    Tips Kempiskan Perut Yang Realistik

    Daripada pengalaman sendiri, saya rasa ada beberapa perkara kecil yang sebenarnya memberi kesan.

    1. Banyakkan Pergerakan

    Tak semestinya perlu workout berat. Pergerakan seperti berjalan pun sudah membantu. Namun, rupanya pergerakan kecil di rumah atau buat kerja rumah tidak dikira senaman ya. Anda perlu buat lebih dari sekadar pergerakan dari rumah, maybe sebab itu ramai amalkan brisk walk, tetapi saya takut nak berjalan seorang diri, maka Power Walk atau Walk at Home sangat membantu.

    2. Kuatkan Otot Core

    Senaman ringkas seperti plank boleh membantu menyokong bahagian tengah badan. Best plank sebenarnya dan ada banyak jenis senaman plank, sudah tentu yang paling basic juga sudah cukup mencabar.

    3. Kurangkan Minuman Manis

    Ini satu perkara yang saya sendiri sedang cuba ubah.

    Saya memang kurang minum air kosong dan lebih kerap minum minuman manis.

    Saya sedar cuma saya masih lagi belum dapat amalkan air kosong sepenuhnya. Diharapkan kita semua dapat kurangkan air manis dan lebihkan air kosong kay!

    4. Kurangkan Duduk Terlalu Lama

    Bila kerja depan laptop berjam-jam, badan memang kurang bergerak. Jadi saya cuba bangun sekejap dan bergerak sedikit setiap beberapa jam. Saya akan cuba mengemas rumah lebih kerap, semasa berjalan, gerakan tu keraskan sikit. 

    Soalan Lazim Tentang Bengkung

    Betul Ke Bengkung Boleh Kempiskan Perut?

    Bengkung boleh membuatkan perut nampak lebih kemas kerana tekanan pada bahagian abdomen. Namun ia tidak menghilangkan lemak perut secara kekal.

    Berapa Lama Boleh Pakai Bengkung?

    Kebanyakan orang memakai bengkung sekitar 4 hingga 8 jam sehari bergantung kepada keselesaan.

    Bolehkah Pakai Bengkung Masa Tidur?

    Biasanya tidak digalakkan kerana badan memerlukan ruang untuk bergerak dan berehat dengan selesa.

    Penutup

    Perjalanan saya untuk kembali aktif sebenarnya masih baru. Saya masih cuba membina rutin yang sesuai dengan diri sendiri.

    Bengkung mungkin boleh membantu dari segi kemasan bentuk badan, tetapi pergerakan badan tetap penting untuk kesihatan jangka panjang.

    Bagi saya yang memang tak suka workout berat, rutin sederhana seperti power walk dan beberapa senaman core ringkas sudah cukup sebagai permulaan.

    Yang penting, buat sedikit demi sedikit tetapi konsisten.

    Catat Ulasan

    0 Ulasan