Hari Ke-5 Hardcore Diet Malaysia (HDM) — Perjalanan Baru Bermula

Perjalanan hari ke-5 dalam Hardcore Diet Malaysia (HDM) bukan mudah. Saya kongsikan pengalaman kawal craving, cabaran no sugar 45 hari, dan bagaimana saya gabungkan method HDM serta Kevin Zahri untuk ubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

kopi butter = indocafe + pure butter (salted), tanya saya? tak sedap huhu. But lama-lama, inilah penyelamatnya.


Kalau beberapa minggu lepas, saya mungkin tak sangka saya akan bertahan sampai hari ke-5 tanpa gula, tanpa tepung, dan perlu kawal makan dengan sangat disiplin. Tapi hari ini, saya masih di sini. Masih bertahan. Masih belajar.

Saya join satu program berbayar Hardcore Diet Malaysia (HDM) lengkap dengan ebook, guideline dan juga coach yang sangat menjaga ahli-ahlinya. Bagi saya, benda paling penting bila masuk program macam ni bukan sekadar menu makan — tapi support system dia.

Coach sentiasa pantau, beri semangat, jawab soalan ahli, dan paling penting… buat kita rasa kita tak berjalan seorang diri.

Dan sebenarnya, perjalanan ni bukan mudah.

Sejak mula HDM, rutin saya berubah banyak. Saya jadi tidur awal sebab badan cepat penat dalam fasa adaptasi. Tapi malam ni lain sedikit. Badan dah mula ok. Tak terlalu lemau macam hari-hari awal.

Masalahnya bila badan dah rasa “normal”, datang pula cabaran lain.

Rasa nak mengunyah.

Bukan lapar pun sebenarnya.

Cuma mulut rasa nak makan.

Itulah yang saya baru belajar tentang diri sendiri — kadang kita makan bukan sebab lapar. Kita makan sebab bosan, sebab rutin, sebab nak kunyah sesuatu sambil berehat.

Malam ni saya cuba kawal diri dengan buat kopi butter sahaja. Dalam HDM, bila waktu makan dah habis, memang kena berhenti makan. Itu yang paling mencabar sebenarnya.

Nak kawal diri daripada makan benda yang “tak perlu”.

Dan perjalanan ni masih jauh lagi.

Fasa penuh HDM ialah 45 hari. Hari ini baru selesai hari ke-5. Maksudnya masih ada lagi 40 hari perjalanan yang perlu ditempuh.

Kalau dikira dari hari mula Isnin lepas, tempoh 45 hari saya insyaAllah akan tamat sekitar 17 Jun 2026.

Lama lagi sebenarnya.

Tapi saya cuba untuk tak fikir terlalu jauh. Fokus satu hari demi satu hari.

Dalam masa yang sama, saya juga join program Kevin Zahri bermula 6 Mei hingga 6 Jun. Menariknya, cara Kevin Zahri sangat berbeza dengan approach Iffat Salleh dalam HDM.

Satu lebih tegas dan ketat untuk reset badan.

Satu lagi lebih kepada pendidikan gaya hidup sihat yang realistik dan sustainable.

Tapi jujurnya, saya suka kedua-duanya.

Saya memilih HDM untuk bantu reset badan dan buang lemak.

Saya memilih pendekatan Kevin Zahri untuk belajar hidup sihat dengan lebih seimbang — belajar makan dengan betul, bersenam, faham badan sendiri dan belajar macam mana nak reset diri semula bila terlebih makan nanti.

Sebab matlamat saya sebenarnya bukan sekadar kurus.

Saya nak ubah cara pandang saya terhadap makanan.

Saya nak belajar bezakan lapar sebenar dan “craving”.

Saya nak badan lebih sihat.

Saya nak ada tenaga.

Saya nak jadikan senaman sebagai rutin hidup.

Dan paling saya harapkan… semoga sakit yang saya hadapi sekarang perlahan-lahan bertambah baik dengan perubahan gaya hidup ini.

Perjalanan ni masih panjang.

Hari ke-5 baru permulaan.

Semoga saya terus kuat sampai hari ke-45. Insya Allah, nanti saya share lagi tentang pengalaman fasa 1. Kita habiskan dulu 7 hari fasa 1 ya.

Catat Ulasan

0 Ulasan